Enter your email address below and subscribe to our newsletter

10 Tips Beli Rumah Bagi Gaji Bawah RM3500. Jangan Sentap Bila Baca Tips Nombor 10.


Jika gaji saya bawah RM3500 dan belum memiliki hartanah, apa tips beli rumah yang wajib tahu untuk memiliki hartanah pertama?

Tips nombor 10 tu paling penting…

Saya bertemu sahabat hartanah saya ketika sessi “viewing” seunit hartanah di Klang dan dari kiraan kelayakan beliau. Nampaknya beliau memang celik kewangan dan agak sihat dari segi kewangan. Usia sekitar 31 tahun.

Saya puji beliau kerana keinginan dan cara berfikir cukup tepat dan jelas. Beli rumah dahulu dan kereta kemudian.

Baiklah, mungkin ramai rakyat Malaysia dengan pendapatan RM3500 ni.

Jadi, saya ingin sarankan tips beli rumah yang wajib tahu untuk miliki hartanah seawal usia.

#1- Elakkan “hutang jahat” seperti hobi main kenderaan mahal atau hobi motor besar dan gempak lagi mahal, jika boleh.

Lagi kilat sport rim lagi ramai kawan kata “waawwww” tapi poket koyak “weeeee” ha ha

Baik mulakan dengan hobi yang lebih murah dan kurang belanja, seperti “hobi kumpul setem ha ha ha dah makin rare” hobi ni.

#2- Buat “simpanan” seawal usia dan cuba dapatkan sekurangnya 15% dari harga hartanah yang diingini.

Ini bermaksud kena “realistik” jika mampu simpan RM12k atau lebih dalam setahun setengah. Belilah hartanah bawah 180k. Beli satu mana yang bawah kemampuan.

Harus ingat, wang simpanan KWSP juga cara untuk anda miliki modal bagi beli hartanah.

#3- Elakkan sikap “terlebih berangan” atau sikap terlalu memilih.. terlalu berangan tinggi hingga menyukarkan pemilikan.

Beli rumah transit atau beli rumah “pasti boleh sewa” juga sangat baik. Jika pembelian hartanah mampu beri “positif cash flow” itu lagi terbaik.

#4- Melancong itu seronok dan best! Jika dalam negara masih ok lagi. Jika belum miliki hartanah, baik elakkan melancong luar negara.

Kenapa? Dahulukan yang patut dahulu. Melancong seminggu mungkin kos ada untuk “downpayment”.

#5- Berbelanja sederhana, jangan sampai kedekut pula. Cukup sederhana pun sudah baik. Kurangkan ke shopping mall.

Rancanglah perbelanjaan bulanan anda. Ikut bajet yang anda telah tetapkan. Berbelanja setelah anda menyimpan. Bukan belanja dulu, baru nak simpan.

#6 – Kurangkan makan mewah. Tahukan sesetengah restoran kenakan GST 6% dan Service Charge 6%

Jadi, kena kurangkan makan kat restoran mahal. Nak lagi power makan bekal lagi best. Tak payah la malu sangat. Lagi malu kalau dok asyik meminjam hu hu hu.

#7 – Kurangkan hobi bercuti jalan santai ke shopping mall, boleh tukar hobi tadi pergi ke perpustakaan negeri atau perpustakaan negara.

Yelah, tak boleh tahan nafsu nanti tengok promosi sana sini. Nanti barang tak patut beli pun kita beli.

#8 – Beli kereta tak salah, tapi salah beli kereta. ltu yang salah.

Elakkan bayaran bulanan melebihi 20% dari pendapatan kita. Lagi rendah lagi baik.

Lagi baik, kumpul sikit duit. beli je kenderaan “cash” maksud saya biarlah kereta buruk sementara. 2-3 tahun ke!!!

Ada je vivi 8k ha ha ha.  Myvi 15k ada je.

Nanti dah mampu, beli la yang elok sedikit.

#9 – Elakkan bersahabat dengan kawan skim duit ajaib, goyang kaki duit masyuk.

Elakkan bersahabat dengan kawan skim duit ajaib, goyang kaki duit masyuk. Padahal duit tadi tu masyuk sebab ada orang lain jadi mangsa.

Kita dapat duit hasil kita tipu orang lain. Konon-konon “overriding” atau “hibah” ha ha ha atau apa apa pun bahasanya.

Jangan lah terjebak dengan perkara macam ni.

#10 – Ini paling penting….

Kita jangan rasa tak cukup dan kita abaikan “ibu bapa” kita, berilah mereka. Dah puas mereka berkorban untuk kita sepanjang hayat mereka.

Asyik mengeluh, kata tak mampu.

Tetapi, kita kereta tetap bertukar baru. Isteri bertambah lagi satu.

Percayalah, rezeki kita Allah akan buka lagi besar jika kita melakukan terbaik untuk mereka. Cukup kuat doa mereka pada kita.

Semoga ia bermanfaat, dan apa apa pun, kena realistik dengan pendapatan anda.

Janganlah minta benda tiada. Selalu semak harga market dan terus mencari.

Haaa. Kalau nak semak harga atau nak beli rumah, boleh lah ke sini : Beli Rumah, nanti kami tengok kan!

Kongsi Artikel Ini
Syahrizat Halid
Syahrizat Halid

Syahrizat Halid atau nama manja nya Abang Burung adalah seorang yang berpengalaman dalam dunia hartanah dan pelaburan. Beliau lebih dikenali sebagai "Cashflow Expert" yang dengan kepakaran nya mampu untuk mendapatkan nilai terbaik bagi pelaburan hartanah anda. Beliau boleh di hubungi di 019-383 8307

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *