Breaking News
Popular News


Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Pembelian rumah merupakan idaman setiap orang dan memerlukan komitmen yang panjang bagi individu yang bercadang membuat pinjaman perumahan. Kekuatan kewangan diri perlu diukur bagi tujuan keselamatan diri dan mengikut kemampuan diri. Anggaran pinjaman perumahan yang dibenarkan adalah berdasarkan jumlah baki Debt Service Ratio (DSR) yang masih ada iaitu dianggarkan sebanyak 60% .Antara langkah mudah adalah seperti berikut:
Pendapatan bersih bulanan bermaksud pendapatan kasar yang telah ditolak kwsp dan socso.
Manakala komitmen hutang bulanan adalah pinjaman atau hutang yang dibuat seperti pinjaman kenderaan, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, pinjaman pendidikan dan juga kad kredit.
DSR : Komitmen Hutang Bulanan / Pendapatan Bersih Bulanan X 100
• Komitment Hutang Bulanan : RM 700
• Pendapatan Bersih Bulanan : RM 4,000
• Pengiraan DSR = (RM 800 / RM 4,000) X 100
= 20%
Ini bermaksud nisbah komitment hutang anda dan pendapatan adalah sebanyak 20%.
Baki DSR merupakan indikasi baki pendapatan yang dibolehkan untuk membuat pembayaran bulanan rumah anda. Angaran DSR maximum dibenarkan ialah 60%.
Angaran Max DSR = 60%
Jumlah semasa DSR =20%
Baki DSR yang dibenarkan untuk tujuan pinjaman
= Angaran Max DSR – DSR semasa
= 60%- 20%
= 40%
Jumlah bayaran bulanan rumah yang dibenarkan = Baki DSR x Pendapatan Bersih Bulanan
= 40% x RM 4,000
= RM 1,600
Kebiasaanya harga rumah boleh diangarkan dengan factor 200 atau 220
Jumlah bayaran bulanan rumah yang dibenarkan = RM 1,600
Faktor harga rumah: 220
Angaran harga rumah bagi tujuan pimbiyaan = Jumlah bayaran bulanan rumah yang dibenarkan x Faktor harga rumah
= RM 1,600 x 220
= RM 352,000
Pastikan harga rumah yang anda pilih tidak melebihi RM 352k atau deposit perlu disediakan bagi tujuan pinjaman yang lebih rendah RM 352k