Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Duti Setem: Pada Harga Jual atau Harga Penilaian?


Memandangkan terdapat banyak hartanah yang dijual pada harga dibawah harga pasaran, maka ramai yang seronok membeli hartanah. Tidak dinafikan, sekarang adalah “buyer’s market”. Banyak hartanah yang dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Walau bagaimanapun, dalam keghairahan membeli pada harga yang lebih rendah, pembeli selalu rasa ‘menang’ dan teruja, sehingga terlupa pada bayaran duti setem.

Sekalipun anda beli hartanah pada harga yang rendah daripada nilai pasaran, penilaian duti setem yang perlu dibayar adalah bergantung kepada penilaian duti atau harga jual beli, yang mana lebih tinggi. Ini dicatat dalam Perkara 32, Jadual 1, Akta Setem 1949. Perhatikan perkataan ” ..of the amount of money value of the consideration or the market value of the property, WHICHEVER IS THE GREATER.”

Persoalannnya, siapakah yg menentukan berapa nilai duti setem yang perlu dibayar? Sudah tentu Pejabat Duti Setem, LHDN yang akan tentukan, mengikut penilaian dan laporan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia (JPPH).

BACA: Modal Nak Beli Rumah Tak Ngam? Takpe, Boleh Guna Jalan Ni

Jika didapati harga jual beli menurut perjanjian jual beli adalah lebih tinggi, maka nilai duti setem adalah berdasarkan harga tersebut. Sebaliknya jika laporan daripada JPPH menyebut harga penilaian adalah lebih tinggi daripada harga menurut perjanjian jual beli, maka duti dikira daripada harga jual beli.

Penilaian dan taksiran adalah bidangkuasa penuh LHDN dan tugas peguam adalah menghantar dokumen untuk mendapat notis adjudikasi. Peguam tidak terlibat dlm menentukan berapa nilai duti yang perlu dibayar.

Sumber: Jamaliyah Hidayah & Co.

Kongsi Artikel Ini
Najib Mohamed
Najib Mohamed

PEA1827. Hari-hari minum kopi sambil baca post-post kakiproperty. Sudah 10 tahun menjejaki kaki di dalam industri hartanah. Perunding hartanah sepenuh masa dan bekerja sambilan sebagai office boy di KPGroup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *