Breaking News
Popular News


Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Selepas berlakunya *Boom* harga hartanah, kita dapat lihat secara average harga rumah dah mendatar. Didalam market yang mendatar ini, ada harga rumah yang naik, ada harga rumah yang jatuh. Hari ini Kaki Property nak berkongsi sedikit 3 Kondominum yang harga dia paling teruk jatuh.
Platinum PV 10 ini adalah komplex kondominium yang dibina oleh PVD Property. Lokasi kondomimium ini terletak di Setapak. Kondomimium ini siap pada tahun 2008 dan menjadi pilihan untuk yang berkeluarga. Unit disini bersaiz dari 1,182 psf sehingga 1,272 psf.
Nilai telah susut sebanyak – 18%
Abadi Indah Apartment di Taman desa adalah apartment yang dibina oleh Abadi Man Nien yang siap pada tahun 1994. Rumah berstatus leasehold ini mempunyai 10 hingga 12 tingkat dan mempunyai jumlah unit sebanyak 754 unit. Unit disini bersaiz serdehana dari 830 psf sehingga 952 psf.

G Residence ini adalah Serviced Apartment baharu yang terletak di Desa Pandan. G residence ini mempunyai 2 blok, 23 tingkat dan 474 unit apartment. Terdapat 5 jenis layout yang telah ditawarkan dan bersaiz besar dari 1,410 psf sehingga 3,315 psf.

Ini adalah harga nilai susut tertinggi, terdapat juga harga rumah yang naik. Jadi korang jangan risau bila nak melabur dalam hartanah. Cari lokasi yang elok, kalau tidak dapat capital gain sekalipun, korang boleh dapatkan duit sewa bulanan. Cuma kali ini Kaki Property tidak berkongsi secara detail kenapa harga rumah ini telah jatuh. Mungkin akan dikongsikan pada artikel yang lain.
Jika korang ada tahu lokasi mana lagi yang harga hartanahnya susut, sangan segan untuk tinggalkan komen dibawah ye!
Data ini diambil dari
TheEdgeProperty dan Brickz.my