Breaking News
Popular News
![](https://kakiproperty.com/app/uploads/2021/08/IMG20210103124600-1-1024x768.jpg)
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Dipetik daripada artikel TheEdgeProperty Saleha Yusoff, NawawiTie Leung Property Consultants director and regional head of research and consulting, berpendapat bahawa harga hartanah dijangka akan menurun 10 sehingga 15% berikutan wabak COVID-19 dan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi dunia. Penurunan harga hartanah ini dijangka lebih teruk jika dibandingkan pada tahun 1998, ketika Malaysia berhadapan dengan Krisis Kewangan Asia.
Walaupun ianya nampak satu kelebihan buat pelabur hartanah dan pembeli rumah pertama, ia tetap memberikan gambaran yang kurang jelas mengenai masa hadapan ekonomi negara kerana pasaran sewa hartanah kurang menarik atas kebimbangan hilang punca pendapatan dan pekerjaan. Pasaran sekarang tidak menentu bagi pelabur hartanah.
BACA JUGA ARTIKEL: Wajarkah Tindakan Untuk Beli Rumah Selepas PKP?
Saleha menambah bahawa pasaran hartanah banyak bergantung kepada pertumbuhan ekonomi negara. Jika dilihat pada tahun 1998, KDNK Malaysia jatuh 7.4% disebabkan oleh Krisis Kewangan Asia, sementara Indeks Harga Perumahan Malaysia (HPI) turut turun sebanyak 9.4%. Pada tahun berikutnya, iaitu pada tahun 1999, HPI merosot kepada 2.3%.
Gross Domestic Product (GDP) 1997-2020
Housing Price Index Malaysia 1997 -2020
source: tradingeconomics.com
Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan pertumbuhan KDNK pada tahun 2020 antara -2% dan 0.5% sementara Bank Dunia baru-baru ini menyemak semula pertumbuhan KDNK Malaysia dari 4.5% menjadi -0.1%.
Namun, berbanding dengan Krisis Kewangan Asia yang disebabkan oleh keruntuhan sistem kewangan, keadaannya lebih mencabar pada masa ini. Walaupun wabak COVID-19 membataskan aktiviti-aktiviti ekonomi di seluruh dunia, terdapat banyak faktor risiko lain seperti kejatuhan harga minyak sedunia, ketegangan ekonomi dan politik berterusan di antara Amerika Syarikat dan China, dan ketidakstabilan politik dalam negera kita sendiri.
Selain daripada faktor-faktor yang tersebut dan sebelum COVID-19 menjadi wabak lagi, pasaran hartanah tempatan sudah berada dalam keadaan perlahan yang berpanjangan.
Kelembapan pasaran dan penurunan harga hartanah ini ditambah pula dengan masalah hartanah yang belum terjual. Menurut data dari Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), terdapat 31,092 unit rumah kediaman tidak terjual bernilai RM18.77 bilion pada 3Q2019 berbanding 10,897 unit bernilai RM4.92 bilion pada tahun 2015.
Saleha menjangkakan penurunan jumlah transaksi yang serupa dengan penurunan 1998 yang berada pada kadar -30%.