Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Seluruh dunia telah gempar dengan ancaman penyakit baru, COVID-19. Apakah kesan COVID-19 terhadap pasaran hartanah Malaysia? Adakah ianya akan berlarutan dan merupakan salah satu punca kejatuhan ekonomi global?
Ada orang cakap kejatuhan harga minyak sekarang ini mungkin disebabkan oleh COVID-19 dan tidak menolak kemungkinan harga hartanah juga akan jatuh.
Saya tidak menolak kemungkinan tersebut tetapi ianya bukanlah satu yang ‘straight forward’.
COVID-19 menjadi penyebab rakyat kurang berbelanja kerana mereka tidak lagi pergi ke shopping malls, tempat-tempat awam. Kebanyakan bisnes akan terkesan.
Bila bisnes terkesan, hasil julan merosot, pekerja diberhentikan, dikurangkan masa kerja dan secara tak langsung, menjejaskan pendapatan.
Apabila pendapatan terjejas, rakyat yang terkesan akan mencari jalan untuk keluar daripada masalah kewangan (tidak membayar ansuran) dengan menjual rumah (kalau yang ada rumah lah). Jika lambat terjual, mungkin akan masuk list lelong.
Nak jual cepat rumah, pembeli akan meminta untuk mendapatkan harga yang lebih murah dari harga pasaran. Ini menyebabkan punca kejatuhan harga hartanah.
Tetapi, ini hanya kepada beberapa segmen bisnes secara langsung terjejas akibat COVID-19, seperti retail dan pelancongan. InsyaAllah, pekerja kerajaan masih terselamat.
TERBARU ! BNM menawarkan 6 bulan moratorium untuk pinjaman bank (kecuali baki kad kredit) bagi membantu rakyat menghadapi krisis wabak COVID-19.
Disebaliknya, dengan kadar faedah bank yang rendah, sepatutnya para pelabur dan pembeli hartanah untuk kediaman sendiri mengambil peluang untuk membeli hartanah sekarang!
Secara jujurnya, kesan COVID-19 Terhadap Pasaran Hartanah amat besar dan boleh membawa kepada kemelesetan ekonomi global yang besar. Kita juga sudah mulai merasakan bahangnya seawal merebaknya COVID-19 secara drastik dari China ke negara-negara eropah seperti di Itali, Sepanyol, UK dan lain-lain.
Di fasa awal krisis ekonomi ini, beberapa langkah yang wajar untuk kita ambilkira bagi memastikan keadaan ekonomi terkawal sehinggalah kes Covid-19 berjaya dilenyapkan.
Beli produk tempatan. Sokongan kepada produk dan perkhidmatan hasil tempatan sangat membantu dalam memastikan putaran wang dalam ekonomi terus berjalan.
Cakna terhadap keadaan semasa ekonomi terutamanya akan mengelakkan isi rumah terlepas daripada maklumat-maklumat penting. Dengan maklumat terkini kita mampu membuat persediaan dengan lebih tersusun rapi.
Mengurangkan permintaan terhadap matawang asing juga mampu memberi nilai kepada matawang Ringgit Malaysia.
Walaupun kita sedang berjimat-cermat dalam tempoh cemas Covid-19, jangan lupa untuk berkongsi rezeki kepada mereka yang kurang berkemampuan. Berkongsi rezeki tidak akan pernah jadikan kita miskin.