Enter your email address below and subscribe to our newsletter

4 Ciri Pelaburan Hartanah Yang Menguntungkan.


Apabila ekonomi merudum, banyak developer yang akan bagi discount besar-besar. Kerana mereka perlu menghabiskan rumah yang dah dibina, jadi mcm mana korang nak tahu unit mana yang elok buat pelaburan, unit mana yang tak elok? Sebab murah macam mana sekali pun harga rumah yang developer offer, kalau tak dapat mencari penyewa susah jugakkan. Jadi jom kita tengok ciri pelaburan hartanah yang menguntungkan.

Mudah sahaja. Tetapi jangan bergantung kepada satu sahaja. Kena ada semua ini baru InsyaAllah pelaburan korang tidak akan sia-sia.

4 Ciri Pelaburan Hartanah Yang Menguntungkan

Ciri #1 : Populasi

Korang tengok kawasan persekitaran, populasi padat atau tidak. Selagi kawasan tu ada populasi yang tinggi, boleh nak melabur. Macam mana nak tengok populasi? Rajin-rajin bukak waze awal pagi. Kalau JAM je memanjang, Haaa maksudnya padat la tu.. =D kalau padat, elok la korang beli rumah pelaburan disitu. Tapi kena check symptom yang kedua

Ciri #2 : Bank

Symptom kedua cara nak kenal rumah-rumah yang boleh buat duit kat korang adalah BANK! Sebab bank akan buka kalau kawasan itu berpopulasi yang tinggi. Jadi kalau bank dah buka, itu dah petanda / symptom kawasan itu dah mempunyai populasi yang matang.

Ciri #3 : Hospital

Seterusnya kalau kawasan tu dah ada hospital, ini dah cantik. Korang dah jumpa symptom ketiga! Hospital ini juga adalah tanda populasi dikawasan itu dah ramai. Hospital tak boleh berniaga kalau kawasan itu tidak ada populasi yang cukup. Rugi dan bankrupt hospital itu nanti. Jadi kalau korang dah jumpa cawangan bank, jumpa pula hospital, dah elok sangat letak booking. Takut rumah itu habis pulak ^^

Ciri #4 : Pendidikan

Ini symptom terakhir dan yang paling best! pusat pendidikan disitu! Jangan la angap pusat tution tu sebagai pusat pendidikan pula. Cari yang ada minimum Kolej dan sekolah swasta. Ala, macam UiTM dulu, hidup terus kawasan Shah Alam tu. Siapa yang melabur kat situ sekarang memang dah macam ada mesin ATM. =D

Selesai Ciri Pelaburan Hartanah Yang Menguntungkan. Dah, Jom Melabur!

Harap korang boleh pilih unit dengan betul. Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut, korang isi je borang bawah nie dan team kakiproperty akan hubungi korang. Free of charge. hehehe.

————————————————

Pada korang yang nak jual mahupun sewakan rumah korang, boleh rujuk kat SINI untuk keterangan lanjut. Kami boleh bantu anda.

 

 

 

Kongsi Artikel Ini
Haziq Irfan
Haziq Irfan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *