Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Rumah Subsales sebagai rumah pertama?! Stigma kurang tepat apabila membeli rumah pertama ialah ianya harus baru dan landed.
Sebenarnya, tak salah pun memiliki rumah pertama yang bukan landed dan bukan baru. Dari pasaran subsales misalnya. Ini abam senaraikan 6 sebab buat kita pertimbangkan pasaran subsales untuk rumah pertama. Point 3 akhir tu memang abam suka;
Kita tidak perlu merasa dup dap sementara menunggu rumah siap. Kerana subsales bermaksud kau membeli rumah daripada orang lain. Kan sudah tentu, kita dapat melihatnya dengan mata sendiri ketika sesi viewing berjalan.
Kita dapat menilai akan potensi kawasan persekitaran yang dipilih. Dengan kemudahan infrastruktur yang sedia ada, peluang pekerjaan yang terhidang, dan kepadatan penduduk terkini bakal memberi lebih keyakinan kepada kita.
Kita boleh saja lawati mana-mana portal jualan online berkenaan pasaran subsales sebelum mengambil keputusan untuk membeli secara serius.
BACA : Macam Mana Nak Jimat Kos Beli Rumah?
Betul, kita harus menyediakan sejumlah deposit yang besar ketika ingin memiliki rumah subsales. Namun, ada sedikit kelonggaran boleh dipohon. Ia bergantung kepada budi bicara Tuan Rumah sepenuhnya dan kemahiran Perunding Hartanah yang kau lantik semasa proses negosiasi.
Atas keizinan Tuan Rumah, mungkin boleh masuk awal dari biasa. Jika rumah yang kita beli itu untuk dibuat sewaan, lebihan dari ‘cashflow’ yang dijana sepanjang tempoh tukar hakmilik berjalan, boleh lah kita gunakan untuk menampung kos peguam Perjanjian Jual Beli (SPA) nanti.
Ada dikalangan Tuan Rumah yang nak melepaskan rumah segera atas beberapa keperluan yang mendesak. Mereka tak kisah pun untuk jual sedikit murah asalkan keperluan mereka dapat diselesaikan segera. Kita hanya perlu bertanya lanjut kepada Perunding Hartanah yang kau lantik. Untung sabut timbul, siapa tahu kan ?
===
Artikel ini ditulis oleh seorang pelabur hartanah tegar, En. Mukaram M Jamin. Beliau juga Speaker & Perunding Hartanah dan Pendiri Bisnes Rumah Sewa. Di masa terluang, beliau banyak berkongsi dan menulis pengalaman harian beliau.