Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Kenapa Harga Rumah High Rise Meningkat Mengikut Floor?


Kenapa harga rumah high rise meningkat mengikut floor?

Korang tak pelik ke asal rumah high rise seperti condo atau apartment, bila sebut tentang harga. Yang bawah boleh jadi murah, bila floor yang atas harga tak nak kalah.

Siap boleh buat hipotesis macam Sains lagi,

Semakin tinggi unit high rise tu, semakin mahal harganya

Haa kenapa? Meh saya share kenapa boleh jadi macam tu. Sebelum kita proceed, saya kategorikan low floor adalah dari tingkat 1 hingga tingkat 10. Yang selebihnya tu kira high floor la ye. Okay kita sambung.

2 Sebab Mudah Kenapa Harga Rumah High Rise Meningkat Mengikut Floor?

#1. Jual View

harga high rise meningkat
Wahh Cantiknya!

Pertamanya adalah pasal view rumah tu. Siapa je yang tak nak rumah yang buka tingkap atau sliding door je dah boleh nampak semua benda? Alangkah bestnya kalau macam tu. Bukit-bukit jauh pun boleh tengok.

Bila unit kediaman kita semakin tinggi, maka tak ada atau kurang halangan view bagi unit tersebut. Bila berada pada kedudukan floor yang rendah, unit kediaman kita tu lebih mudah dihalang oleh bangunan, kedai, perumahan dan lain-lain. So, no wonder yang kita tak kan dapat view yang diingini.

#2. Parking Mudah

harga high rise meningkat
gambar sekadar hiasan

Apa kaitan tinggi rendah rumah tu dengan parking pula? Macam pelik je. Kalau korang nak tahu, kebanyakan orang yang beli unit yang tinggi bukan semata-mata aspek view sahaja tetapi sebab parking unit tu juga.

Semakin tinggi kedudukan unit kediaman kita, semakin rendah kedudukan parking kita.

Ini memang standard di semua condo dan apartment yang gunakan parking bertingkat. Dalam pada masa yang sama, benda ni bagi kelebihan jugalah pada owner rumah tu. Tak payah nak jauh-jauh keluar dan masuk parking.

Bayangkan unit korang berada pada floor bawah, floor 1 lah sebagai contoh. Lepas tu, parking bertingkat pula around 6 floor. Jangan expect yang parking korang tu akan paling bawah. Confirm tak punya. Kalau dapat floor bawah, syukur rezeki lah tu.

Kebiasaannya unit yang rendah ni akan dapat parking tingkat yang paling atas. Korang rasa biasa je kan?

Cuba korang bayangkan, korang pergi mall dengan parking 6 tingkat, semua floor full parking, tinggal floor 6 je yang ada. Nak tak nak kena naik juga.

Sekali itu dia, berpusing-pusing haa. Menung jugalah nak sampai parking. Agak-agak korang sanggup tak nak naik sampai atas tu?

Parking punya pasal, kena pusing 6 tingkat. Padahal rumah bawah je. Samalah konsepnya dengan rumah high-rise ni.

Kesimpulan

Saranan saya, kalau nak beli kediaman high rise ni, ambil tahu semua aspek. Lagi bagus, buat research dan kaji kawasan sekeliling tu dulu. Tahu future development di situ. Barulah boleh jadi pembeli bijak.

Tak adalah nanti dah beli rumah high rise, tiba-tiba ada bangunan halang. Terus tak nampak view dah. Apa je boleh buat. Takkan korang nak pi bantai marah pemaju bangunan tu. “Asal buat bangunan kat sini? Ganggu view saya lah” Memang tak dilayan la.

So, tak salah untuk beli unit tinggi atau rendah sekali pun. View dan Parking bukan keutamaannya tapi ada tempat berteduh tu yang paling penting. Semoga bermanfaat.

BACA: Tips Pilih Lokasi Rumah Pelaburan Yang Terbaik!

Kongsi Artikel Ini
Aziz Idham
Aziz Idham

Penulis di KakiProperty. Suka berkongsi tips serta info asas mengenai hartanah dan kewangan demi manfaat semua pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *