Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Sebelum ni saya duduk menyewa dalam rumah bujang dengan kawan-kawan seuniversiti. Budak mentah lagi, mana tahu secara terperinci mengenai perjanjian sewa ini.
Tapi lepas saya berkahwin, kami berpakat untuk keluar dari rumah sewa walaupun kontrak sewaan masih belum tamat.
Terkejutnya kami, apabila periksa balik perjanjian sewa, tiada langsung klausa berkenaan penamatan kontrak sewaan!
Maka, tuan rumah buat keputusan untuk tidak mengembalikan deposit rumah yang dibayar waktu mula menyewa dulu!
Bayangkan bagaimana perasaan kami apabila deposit rumah hangus macam sahaja. Bukan sikit deposit rumah yang dibayar dulu.
Jadi, saya nak kongsikan kepada pembaca kakiproperty.com klausa-klausa penting yang wajib ada dalam perjanjian sewaan, termasuk cara elak deposit hangus ditelan tuan rumah.
Jikalau anda suka dengan rumah sewa yang nak duduk, boleh minta masukkan klausa untuk memperbaharui perjanjian.
Ini penting sebab ada risiko tuan rumah tidak membenarkan penyewa menyewa semula dengan harga sama.
Sekiranya tuan rumah hendak naikkan harga sewa, perlu ada perjanjian sewa yang baru dengan harga yang baru dipersetujui bersama.
Tips: Mungkin anda boleh meminta kepada tuan rumah dengan membuat perjanjian sewa 2+1. 2 + 1 bermakna anda menyewa untuk tempoh 2 tahun (iaitu tidak ada pihak yang boleh menamatkan penyewaan dalam dua tahun pertama tanpa melanggar kontrak), dan +1 akan menjadi pembaharuan automatik pada tahun ke-3.
Perlu ada klausa penamatan kontrak sekiranya ada kemungkinan untuk keluar lebih awal sebelum kontrak tamat.
Sebagai contoh, penyewa perlu memberitahu tuan rumah dalam 2-3 bulan lebih awal supaya tuan rumah boleh segera cari penyewa baru lebih awal.
Ini penting untuk melindungi tuan rumah daripada kerugian akibat rumah kosong kalau tiada notis awal.
Sekiranya tiada notis awal, boleh letak penalti, ada dua pilihan samada deposit tidak akan dikembalikan atau bayar baki bulanan sehingga habis kontrak.
Sekiranya tuan rumah berhajat menjual rumah yang disewakan, tuan rumah perlu terlebih dahulu menawarkan kepada penyewa. Sekiranya penyewa tidak berhajat membeli, baru rumah tersebut boleh dijual kepada orang lain.
Tuan rumah juga tidak boleh jual kepada orang lain dengan harga lebih rendah dari harga yang ditawarkan kepada penyewanya.
Tuan rumah juga perlu berusaha mencari pembeli yang boleh mematuhi perjanjian sewaan supaya penyewa boleh terus menyewa sehingga kontrak tamat.
Perlu ada klausa bahawa segala penyelenggaraan rumah ditanggung oleh tuan rumah melainkan kerosakan akibat dari kecuaian penyewa.
Kos seperti yuran penyelenggaraan, cukai tanah, cukai pintu perlu dijelaskan samada dibayar oleh tuan rumah atau penyewa.
Kadang-kala ada juga tuan rumah yang masukkan sekali kos elektrik dan air bulanan kedalam bayaran sewa bulanan.
Menyatakan tindakan yang boleh tuan rumah lakukan sekiranya penyewa gagal membayar sewa bulanan.
Tuan rumah boleh ambil tindakan tertentu sekiranya penyewa gagal membayar dalam masa yang ditetapkan.
Tuan rumah perlu bagi notis amaran dan sekiranya berpanjangan akan keluarkan notis untuk penyewa kosongkan rumah akibat dari kegagalan bayar sewa rumah.
Anda sudah duduk menyewa, kena la berbaik dengan tuan rumah, pastikan bayar sewa sentiasa tepat pada waktunya.
Pro-Tips: Dapatkan nasihat dari peguam atau perunding hartanah untuk pastikan perjanjian sewa anda memang sudah melindungi segala aspek yang mungkin berlaku dari penyewaan rumah.
Untuk tuan rumah yang pening sebab ada penyewa yang culas untuk membayar sewaan, boleh baca perkongsian ini, Penyewa Tak Bayar Sewa, Tak Boleh Buat Apa! Betul Ke? Baca Penjelasan 2 Peguam Ini Untuk Menangani Kes Penyewa Tak Bayar
Sesuatu untuk kita pelajari dari pasaran hartanah Singapura: Polisi Perumahan Singapura.