Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Maksimumkan nilai jualan rumah anda dengan helah yang mudah sahaja. Sebenarnya bukan mudah untuk mendapatkan pembeli untuk rumah yang ngin anda jual namun kini terdapat banyak cara yang anda mampu untuk lakukan sendiri bagi menaikkan nilai jualan rumah anda.
Sebahagian besar kekayaan pemilik rumah secara purata datang dari nilai rumah mereka. Itu bererti bahawa menjual rumah merupakan keputusan kewangan utama, dan adalah masuk akal untuk memaksimumkan nilainya. Anda boleh melakukannya dengan cepat jika anda menyimpan sedikit petua dan helah apabila anda mempersiapkannya untuk dijual.
Perkara yang paling penting yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan nilai jualan rumah anda ialah untuk menangani sebarang masalah berkaitan keselamatan yang ada. Pagar yang tidak stabil, lantai tidak rata dan beberapa masalah lain yang boleh menyebabkan kecederaan di rumah.
Lama kelamaan, cat bakal mengalami keretakan, pudar dan bahkan menjadi kotor sepanjang masa. Itu boleh membuatkan rumah anda kelihatan seperti keadaan huru-hara walaupun seluruh bangunan itu kelihatan serba sempurna. Penyelesaiannya adalah untuk memberikan balutan cat baru sebaik sebelum menjualnya.
Pokok yang ditanam adalah pelaburan jangka panjang kerana mereka memerlukan masa untuk berkembang, tetapi mereka juga dapat membuatkan pemandangan luar rumah agar kelihatan lebih menarik dan membuatkan keadaan rumput lebih selesa. Untuk hasil yang terbaik, pilih pokok yang berbuah atau berkacang dan yang menawarkan lebih banyak naungan.
Rumah-rumah yang cantik sentiasa mampu untuk mendapat harga yang lebih baik daripada yang hodoh, dan tidak ada yang boleh membuatkan rumah kelihatan lebih buruk daripada bersepah. Hanya dengan membersihkan, mengurus perabot, menghilangkan sampah-sarap dan menggilap permukaan logam akan menjadikannya lebih menarik. Ini salah satu cara yang paling murah dan termudah untuk membuatkan rumah kelihatan lebih baik.
Ia agak murah dan mudah untuk memasang penapis air pada mana-mana kepala paip moden. Pembeli menggemari mereka kerana mereka dapat memberikan rasa air yang bersih tanpa perlu untuk membelinya dalam botol. Ketergantungan yang berkurang kepada air botol juga menjadikannya salah satu bentuk ciri hijau, yang merupakan titik jualan utama bagi pembeli moden.
Semoga dengan tip-tip mudah yang telah kami berikan ini mampu menolong anda untuk menaikkan ‘selling point’ bagi rumah anda, manalah tahu jika anda hendak menjual rumah anda pada dua atau tiga tahun yang akan datang. Bukan sahaja anda mampu untuk menjualnya dengan lebih mahal malah mampu untuk menarik lebih ramai pembeli yang berminat.
Jika ada sebarang komen, atau pendapat boleh la tulis diruang komen ya.
Jangan lupa untuk like FB kami di
FB : Kaki Property
#kakiproperty