Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Seronoknye korang bila dah dapat beli rumah idaman, yang kurang seronok waktu membayar ansuran tu. Hehe. Sebelum korang ‘start’ untuk bayaran ansuran bulanan tu, penting untuk korang tahu perkara asas dan penting tentang ansuran bulanan supaya korang faham dan tahu apa yang korang bayar setiap bulan ye.
Secara ringkasnya, ansuran bulanan ini adalah bayaran ansuran setiap bulan ke atas keseluruhan pinjaman perumahan seperti yang dipersetujui oleh dua pihak iaitu pihak peminjam dan pihak bank. Jumlah ansuran bulanan dan tarikh bayaran adalah bergantung dengan perjanjian yang dipersetujui antara pihak bank dan peminjam.
Terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi ansuran bulanan iaitu kadar faedah dan tempoh pinjaman perumahan seperti yang telah dipersetujui oleh pihak peminjam dan pihak bank. Berdasarkan dua faktor ini, kadar faedah boleh berubah mengikut jenis pinjaman perumahan yang korang pilih. Di sini pentingnya untuk korang membuat perbandingan kadar faedah dan jenis pinjaman perumahan yang sesuai dan terbaik untuk memudahkan korang membuat pembayaran tanpa sebarang masalah mengikut kemampuan korang.
Boleh. Dengan syarat korang ada akaun KWSP dan baki duit dalam akaun 2 mesti dapat membayar sekurang-kurangnya 6 bulan ansuran rumah korang.Untuk rujukan lebih lanjut, korang boleh klik sini terus ke laman web KWSP.
Bayaran ansuran bulanan rumah dengan menggunakan KWSP ini boleh digunakan apabila korang menghadapi masalah untuk melakukan pembayaran ansuran bulanan ini dengan menggunakan duit gaji korang. Contohnya, korang mengalami masalah kewangan , bayaran ansuran bulanan rumah melalui KWSP boleh bertindak sebagai ‘back up’ atau pelan kecemasan korang.
Perkara ini sebenarnye bergantung kepada perjanjian perumahan yang ditandatangani oleh pihak peminjam dan pihak bank. Oleh sebab itu pentingnya untuk korang baca dan faham syarat-syarat dalam ‘offer letter’ supaya korang betul-betul faham perjanjian yang ditandangani dan tindakan mahkamah yang boleh diambil jika korang ingkar perjanjian tersebut.
Dalam kehidupan,kadang kadang ada perkara yang tak diingini boleh menimpa diri korang dan jika korang terjebak dengan keberhutangan yang serius dan teruk.Jangan mudah berputus asa, Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit, atau biasanya dikenali sebagai AKPK, ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006 untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak.Untuk lebih maklumat lanjut tentang agensi ini, korang boleh merujuk ke laman web agensi AKPK di sini.
Nampak ‘simple’, tapi 5 perkara ni jika korang tahu dan faham,akan memudahkan korang dalam impian korang untuk membeli dan membayar ansuran rumah tanpa masalah.