Enter your email address below and subscribe to our newsletter

5 Rumah Bawah RM150K Dalam Kuala Lumpur Dan Lembah Klang.


5 Rumah Bawah RM150K Dalam Kuala Lumpur Dan Lembah Klang.

Mana nak dapat rumah murah lagi sekarang ni!- Ini kata-kata biasa yang kita dengar kalau pasal nak beli rumah. Betul. Sekarang tak macam dulu-dulu. Dulu-dulu rumah teres boleh dapat RM 100K sahaja. Rumah flat baru RM30K-60K.

Sekarang rata-rata rumah teres RM 500K ke atas. Kalau nak bawah RM 500K ada satu projek baru di Sungai Buloh. Harga nya dalam RM 4XXK macam tu. Nanti kami cerita.

Rumah apartment pula sekarang rata-rata start dalam RM 300K. Kondo pula dari RM450K. Fuhhh!! Dahsyat.

Itulah hakikatnya.

Tapi bukan tak ada sebenarnya rumah dalam RM 150K ke bawah. Ada. Rumah macam ni instalment baru dalam RM 700 je. Lebih kurang macam menyewa je harga nya. Baik beli. Ye tak?

Tapi kalau rumah macam ni, of course lah tak ada swimming pool dan guard beruniform bertopi senyum tiap pagi. But still, it is quite decent. Saya cakap dari pengalaman ok! Yang bagus nya, harga nya masih mampu milik dan boleh naik dengan cepat. Tak lah banyak. Tapi harga masih boleh naik dan kalau nak di jual semula ada orang yang mampu beli.

Jom, kita tengok dulu kat mana boleh cari rumah harga macam ni. Kita ambil yang tak jauh sangat dari pusat bandar. Kalau nak lagi murah ada je. Tapi macam biasa. Jauh lah..

Kami tunjukkan sebahagian je dulu ya! : 5 Rumah Bawah RM150K Dalam Kuala Lumpur Dan Lembah Klang.

 

1. Lestari Apartment , Damansara Damai.-Dari RM100K.

Lestari Apartment ni terletak di Damansara Damai. Damansara Damai ni sempadan antara Kota Damansara dan Sungai Buloh. Lokasi nya strategik.

Jumlah bilik : 3 bilik 2 bilik air

Size : 650 sqft

Pemilikan : Leasehold

Notes : Low cost property

Harga : Dari RM 100K – RM170K.

Lestari apartment ni adalah apartment lowcost. Jadi ia tertakluk kepada syarat rumah kos rendah.  Harga nya dari RM 100K hingga lah RM 170K. Cukup murah ni. Considering lokasi yang bagus.

Positive Point : Lokasi nya strategik. Kemudahan yang ada seperti KTM dan MRT yang baru di bina. So kalau duduk sini nak kerja di KL tak lah susah. Kemudian nya kedai-kedai pun banyak. Bank punya lah banyak. Kedai makan pun lagi lah banyak. Tak perlu risau.

 

Negative Point : Orang kata Damansara Damai ni sesak. But bro, tempat yang strategik mana-mana pun sesak. And another one is ramai orang dari Afrika di sini yang buat ramai orang di Damansara Damai tak berapa suka. But then oleh kerana Polis dah tingkat kan pengawasan, semua ok je.

Kesimpulan : Damansara Damai ni lokasi nya strategik. Nak keluar ke highway pun dekat. Nak naik LRT or MRT pun dekat. Once MRT semua dah siap, lagi lah senang. Kemudahan pun banyak juga. Kalau anda ni nak kan rumah dalam harga yang rendah macam ni, ni antara terendah di lokasi yang baik yang anda boleh cuba. Cuma nya anda kena lah layak untuk beli sebab ni bawah syarat rumah kos rendah.

 

 

2. Flat Danau Kota – Dari RM 140K.

Di Propertyguru dan propwall  ada yang di jual dalam lingkungan harga RM140K-RM 200K. Tempat ni gila punya strategik. Tengah KL kot. Not really tengah lah. Dalam KL di Danau Kota, Setapak.

 

Jumlah bilik : 3 bilik 2 bilik air

Size : 700 sqft

Pemilikan : Leasehold

Harga : Dari RM 140K – RM200K.

Flat Danau Kota ni harga nya nak cecah dah RM150K dan lebih dari tu. Banyak dalam range RM 180K. Tapi ada je owner jual harga rendah. Unit kat sini banyak, so boleh lah carik the best deal.

Positive Point : Tak nak cerita banyak. Location, location, location. Dalam Kuala Lumpur. Mall Setapak Sentral boleh jalan kaki je. Tak da sangat travel time kalau kerja dalam KL sebab dah memang duduk dalam KL. LRT pun dekat juga. Hospital Kuala Lumpur pun tak jauh.

 

Negative Point : Kawasan ni high density. Parking tu ada. Tapi sesak. Ramai orang kat sini. Dan banyak orang asing. Not really a problem though sebab ramai juga orang tempatan.

Kesimpulan: Ok. Lets be straight. Nak harga bawah RM 150K dalam KL bukan senang bang. Flat Danau Kota ni one of the best choice yang ada. Size dia pun OK. Ada 3 bilik 2 bilik air. Kawasan bawah maybe sesak sikit tapi bila dah masuk dalam kawasan rumah OK je. Koridor pun bersih. Kenapa saya tahu? Sebab saya pernah lah datang sini. Kalau boleh cari deal yang baik. Unit banyak. Kalau dapat dalam bawah RM150k sangat lah bagus. Sebat je. Mana nak dapat harga tu lagi tengah KL.

 

3. Taman Melati, Setapak – Dari RM 140K

Ada banyak flat di Taman Melati , Setapak. Dalam binaan flat ni ada banyak size. Yang majority size nya adalah dalam 545 kps dengan 2 bilik dan 1 bilik air. Lokasi dalam KL lagi.

Jumlah bilik : 2 bilik 2 bilik air

Size : dari 545 sqft

Pemilikan : FREEHOLD

Harga : Dari RM 140K – RM200K.

Harga berbeza-beza untuk flat ni. Ada yang mula dari RM 130K pun ada. Hinggalah RM200K. Sebab lokasi dalam KL jadi ia agak “hot” jugak lah.

Positive point : Lokasi strategik juga. Tak lah high density sangat macam flat Danau Kota. Masih dalam harga boleh beli lagi. Akses mudah ke MRR2, KARAK dan Duke. LRT Taman Melati pun dekat juga. UTAR, UIA, TARCollege jugak tak jauh. Dan paling penting : FREEHOLD (kalau anda kisah pasal free/leasehold ni lah)

 

Negative point : Size dia kecik. 2 bilik dan 1 bilik air. Ada yang 3 bilik tapi mahal lah sikit dan tak banyak unit.

Kesimpulan : Ni pun decent buy juga. Especially kalau fikir nak duduk sendiri. Kalau nak invest quite mahal juga ni considering size dia. Tapi kalau consider location, ok juga ni.

 

4. Flat Desa Mentari, Bandar Sunway,PJ – Dari RM100K

Flat Desa Mentari ni terletak di Bandar Sunway , Petaling Jaya. Area kampung Dato Haron. Sepanjang Jalan Kelang Lama. Sini banyak gerai makan sedap-sedap jugak. Ada kuey tiaw kambing juga dalam area ni. Boleh lah tahan rasanya.

Jumlah bilik : 3 bilik 2 bilik air

Size : dari 657sqft

Pemilikan : FREEHOLD

Harga : Dari RM 110K – RM180K.

Nota : low cost

Flat Desa Mentari ni pun hot area especially yang cari rumah sewa. Banyak yang kerja di PJ menyewa sini untuk dapat kan rumah yang murah. Sewa pun dalam range RM 550-800.

Positive point : Lagi sekali location dia bagus. Jalan Kelang Lama kan. Saya dulu duduk area-area sini juga. Kalau ada kenderaan senang sikit sebab location dia macam tengah-tengah. Nak ke Puchong, belakang je. Sunway dekat. KL dekat. PJ dekat.  Public transport terdekat yang ada KTM Dato Haron. Tapi kalau biasa naik bas, bas banyak sini. Bas free selangor pun lalu sini. Flat Desa Mentari ni blok dia banyak. Tapi ada satu blok tu saya tak ingat blok yang mana , dapat anugerah blok bersih dan ceria. Saya pernah pergi. Memang blok flat tu bersih dan kemas.

 

Negative Point : Parking sesak. Ada blok yang tak berapa bersih. Tapi still OK.

Kesimpulan : Kalau rasa berkelayakan especially kelayakan lowcost, beli lah. Location ni sesuai untuk yang berkerja di PJ dan Sunway. Area saya duduk ramai yang dari UM, PPUM , PJ Town dan sekitar.

 

5. Flat Seri Tanjung , Subang Jaya – Dari RM 140K

 

Flat Seri Tanjung terletak di USJ 16, Subang Jaya. Flat ni adalah flat low cost flat dan ada 10 tingkat. Terletak di kawasan “prime” di USJ.

Jumlah bilik : 3 bilik 2 bilik air

Size : dari 650sqft

Pemilikan : FREEHOLD

Harga : Dari RM 130K – RM180K.

Nota : low cost

Flat ni quite OK juga. 3 bilik 2 bilik air. OK la untuk tinggal. Ada taman permainan kanak-kanak dan 24jam sekuriti.

Positive Point : FREEHOLD.  Lokasi bagus. Dekat dengan Main Place, One City, The 19 USJ City Mall, Aeon Big, The Summit, Giant USJ, Mydin USJ, Sunway Pyramid, First Subang, Empire Subang dan Subang Parade. Universiti yang dekat adalah Sunway University College, Taylor’s University, Metropolitan College, Inti College, Segi College dan Monash University. Nak keluar ke jalan boleh melalui Damansara – Puchong Highway (LDP), Kesas Highway, New Klang Valley Expressway (NKVE), Federal Highway and NPE. LRT USJ21 pun ada dekat.

 

Negative point : Tak nampak yang negatif sangat kecuali perlu kan kelayakan untuk lowcost.

Kesimpulan:  Yang ni bagus untuk cuba. Jangan lepas kan peluang ni kalau jumpa. Rata-rata dalam iklan harga cecah RM180K. Try untuk negotiate harga.

 

………………………………….

Tengok. Sebenarnya ada je rumah bawah RM150K dalam KL dan Lembah Kelang ni. Harga pun OK. Lokasi pun OK. Dah tentulah kita tak boleh dapat semuanya. Nak landed double storey harga tu memang tak dapat bang. Kalau kita komplen pun tak dapat buat apa-apa. Jadi dengan pilihan yang ada ni, kita pilih lah dengan baik. Banyak sebenarnya. Weigh in kan yang baik dan buruk dan buat keputusan.

Oh ya. Nak cari rumah dalam harga ni? Klik link ini : Cari Rumah Sekarang dan daftar. Di bahagian nota isikan “bajet bawah RM150K”.

Kongsi Artikel Ini
Tajul Rijal Annuar
Tajul Rijal Annuar

Tajul Rijal adalah seorang Usahawan dan Perunding Hartanah. Beliau adalah salah seorang pengasas Kakiproperty.com.

Di masa lapang nya beliau suka menikmati sushi dan makanan korea bersama adik nya serta bermain bersama anak buahnya, Amsyar dan Cik Min.

Beliau pakar dalam digital marketing dan hebat dalam teknik sales. Selain itu, beliau juga Perunding Hartanah berpengalaman yang telah membantu klien nya menjual hartanah mereka dengan jayanya.

Untuk konsultansi, boleh whatsapp beliau di 0182407720

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *