Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Hari ni KakiProperty nak bawakan sesuatu yang lain sikit dari biasa. Tiap hari cerita pasal nak beli jual rumah, tak syok lah kan. Hari ni kita cerita macam mana tentang satu-satu hartanah tu di jadikan tempat yang best untuk majlis yang kita nak buat. Jadi hari ni kami nak bawakan kepada korang 5 tempat yang cantik untuk majlis korang!
Budaya di Lembah Kelang sekarang ni kalau nak buat event macam kenduri kahwin atau bertunang atau majlis lain yang perlu dijemput orang yang ramai, kita dah tak buat lagi kat rumah. Betul tak? Sebab satu nya kebanyakan rumah di KL ni tak memberi ruang sangat untuk buat majlis. Contoh macam rumah saya duduk di Seri Petaling ni, walaupun rumah teres, dah lah double parking, nak pasang khemah kat mana?
Jadi kebanyakan kita ni, akan memilih untuk buat majlis terutamanya kalau majlis kahwin lah, di dewan-dewan luar. Ia nya lebih mudah dan lebih selesa. Tetamu nak cari parking pun tak lah susah sangat. Tapi, kalau ada budget lebih, kita boleh lah cari tempat-tempat event yang cool dan cantik.
Jom, hari ni KakiProperty nak bawakan 5 tempat yang cantik untuk event korang, jom baca!
Jeumpa D’ Ramo merupakan sebuah banglo yang menjadi boutique hotel yang terletak di Jalan Bangkung dan Jalan Maarof di Bangsar. Banglo ini mempunyai 18 buah bilik dengan 3 suites, 4 bilik deluxe dan 11 bilik standard. Ianya sesuai untuk majlis seperti akad nikah, majlis perkahwinan, baby showers, BBQ dinner dan pelancaran produk.
Kapasiti : 500-700 pax
Nota: Buat masa ini ia nya sekarang dalam proses renovasi dan akan di buka semula nanti.
Gambar di ambil dari : FB Jeumpa D’ Ramo
Laman Pengantin Melawati ini sebagaimana nama nya terletak di Taman Melawati. Laman Pengantin menyediakan sebuah dewan yang besar beserta kemah yang mampu memuatkan dari 300 orang. Sesuai dengan namanya, tempat ini khas dan sesuai untuk majlis persandingan dan perkahwinan.
Kapasiti: Dari 300 ke atas
Gambar dari: FB Page Laman Pengantin Melawati
Laman Kayangan ini adalah tempat yang cukup terkenal untuk majlis perkahwinan. Ianya terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Selain majlis perkahwinan ianya juga sesuai untuk majlis lain seperti pelancaran produk, majlis berbuka dan lain-lain lagi yang berkaitan. Pakej di sini bermula dari RM55/pax sahaja!
Gambar dari FB Laman Kayangan Shah Alam
K’ Seena adalah sebuah rumah zaman kolonial berumur 100 tahun. K’ Seena terletak di Kuang. Banglo lama ini mempunyai satu bilik tidur dan satu bilik tetapi sahaja tetapi ia nya mempunyai laman yang sangat cantik dan luas seluas 24,000 kaki persegi. Majlis yang pernah di adakan di sini adalah majlis perkahwinan dan majlis rumah terbuka aidilfitri. Tempat yang cantik untuk majlis korang dan garden feel.
Dalam banyak-banyak, ni lah yang kami rasa cool dan hipster. Dengan design yang rustic dan seni bina yang di buat menggunakan kontena, ia nya sangat cantik dan instagram worthy! Colosseum ni pula lengkap dengan pelbagai kemudahan. Contoh nya bilik persalinan, bilik menunggu VIP, bilik penginapan dan lain-lain.
Colosseum ini sesuai untuk apa jua acara. Itu yang bagusnya. Tak restrict untuk kahwin sahaja tapi juga pernah digunakan untuk birthday party dan pelancaran produk.
Colosseum ni pun setakat ni dapat pujian ramai dan di facebook dapat 4.9 dari 5.0 rating. Boleh tahan! Serius tempat yang cantik untuk majlis korang.
Yang best nya, pihak pengurusan Colosseum sekarang memberi harga yang sangat berbaloi untuk di tempah bagi apa juga majlis. Kira nya kalau tempah sekarang boleh lah nego harga yang baik-baik untuk guna pakai tempat ni.
Nak tahu lebih lanjut pasal Colosseum dan nak dapatkan promo yang bagus? Boleh klik ke sini. Sekarang tau!