Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Tadi, ada pembaca kakiproperty bertanya, kalau buat kerja sendiri, macam mana nak buat loan? Macam mana nak apply loan rumah tanpa slip gaji? Alhamdulillah, sekarang ini ramai yang nak berniada sendiri. Tak kira lah secara online atau off-line. Duit hasil dari perniagaan memang masuk bulan-bulan. Keuntungan alhamdulillah cukup. Jadi nak membeli rumah untuk duduk sendiri.
Kalau kerja dengan orang senang, makan gaji, keluarkan slip gaji, kalau kerja sendiri pula bagaimana ya? Jadi hari ini kakiproperty nak kongsi.
Jadi bila pelanggan korang nak bank in duit, suruh bank in duit terus ke dalam akaun syarikat. Kalau ada COD pun terus bank in duit tu dalam akaun syarikat. Jangan guna duit tu nak makan pula. hehehehe. Sebab bank nak tengok betul-betul aliran keluar masuk duit perniagaan korang. Baru lah kalau nak apply loan tanpa slip gaji pun tak ada masalah.
Kalau korang perlu membayar vendor ke, bayar principal ke, bayar tuan barang ke, datin-datin ke, guna akaun syarikat. Jangan nampak duit masuk je, duit keluar untuk kos perniagaan takde pulak. Ini bukan akaun simpanan ye, mesti ada keluar dan masuk.
Ini kepada yang bekerja mengikut komisyen. Suruh syarikat tu masukkan komisyen kedalam akaun syarikat kita. Bonus De’xandra pun cucuh masuk kedalam akaun syarikat kita. Baru nampak keewangan business, perniagaan dan syarikat kita nie stabil.
Senang, risau korang “TER”guna. jadi bank in je terus. sekarang lagi senang ada online transfer. semua dihujung jari =D. Tak perlu beratur panjang di bank.
Simpan elok-elok. Sekarang penyata online dah ada, print je. Lepas tu simpan. Senang bila nak buat loan rumah, korang boleh guna je penyata tu. Selain itu, sini boleh tunjuk aliran keluar masuk duit business korang. Boleh korang agak-agak mampu atau tidak untuk membeli rumah.
Admin nanti nak kongsi cara memantapkan lagi dokumen supaya yang takde slip gaji nie pun mudah nak beli rumah.
Like | Share | Comment artikel ini!
Jangan lupa like FB page kami ye. Klik SINI.
———————————————————
Haa kalau korang nak cari rumah untuk dibeli atau disewa, bolehlah ke sini Sewa/Beli Rumah. Nanti kami semak ye.