Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Bila kita membeli rumah baru daripada pemaju, kebiasannya kitchen cabinet tak ada. Yang diberi adalah sink zink itu sahaja. Kadang-kadang saya terfikir juga, beli rumah mahal-mahal dapat sink zink sahaja? Tapi ada relevan nya sebab ramai nak buat kitchen cabinet dengan citarasa sendiri. Jadi hari ni kita bagi 5 tips renovate kitchen cabinet.
Siapa yang tak suka dapur yang cantik. Saya yang lelaki pun suka dapur cantik. Tapi terutamanya para isteri memang nak kan dapur yang cantik. Kalau nak beli rumah pun, perkara paling awal yang para isteri tengok adalah besar dan cantik tak dapur rumah tersebut.
Sebelum nak renovate kitchen cabinet, rancang betul-betul terlebih dahulu. Buat plan design dan pastikan kedudukan dan ukuran yang betul. Banyak dah jadi bahan kelakar sebab design nya tak kena. Ada yang bila dah buat, lupa nak letak tempat untuk tong gas. Awal dalam plan nampak cantik, bila dah siap tak kena pula dah tak boleh nak tukar.
Pilih material dan warna yang sesuai dengan rumah anda. Nanti tak lah nampak tak kena pula. Pilihlah warna yang sedap mata memandang. Material untuk di guna kan di kitchen cabinet mestilah kalis air. Cuba elakkan penggunaan kayu kerana akan memudahkan tumbesaran kulapuk bila basah.
Ini penting dan biasa lepas pandang. Di kitchen cabinet lah nak letak rice cooker, oven, toaster, coffee maker dan macam-macam lagi. Bila dah siap tengok cuma ada satu sahaja plug untuk power supply. Dah terpaksa ambil extension wire untuk tambahan. Punya lah renovate kitchen cabinet, akhirnya nampak serabut dengan extension wire yang berselirat.
Ini penting. Seringkali kita lupakan bab pencahayaan ni. Tak guna design dan renovate kitchen cabinet cantik-cantik, tapi gelap. Tak cantik. Kelam. Cuba cari lampu yang cerah sedikit untuk di letak di kawasan dapur. Dan sekarang ni pun ada jenis yang kalau buka laci kitchen cabinet akan keluar lampu. Kan cantik?
Apa-apa pun akhirnya yang paling penting adalah siapa yang akan renovate kitchen cabinet kita. Kalau di beri pada orang yang baru nak belajar buat, jadi lah caca marba. Tapi kalau diberi pada yang pandai buat dan berpengalaman, takut harganya mahal pula kan??
Jangan risau lah. Ada satu ni yang agak bagus dan beri harga berpatutan. Khas untuk bangsa Johor. Sebab dia cuma cover di Johor sahaja. Boleh lah tengok di website mereka di sini : kabinetguru.com
Nanti kalau dah siap design dan renovate kitchen cabinet tu, bagitahulah kami!!