Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Assalamualaikum. Setelah 2 minggu tiada perkongsian hari ini saya nak berkongsi tentang sebab sebab kenapa anda punya loan rumah kena reject. Kena tendang lah kira. Kan rasa kechiwa gundah gulana. Dah lama menyimpan duit deposit untuk beli rumah impian tapi bila memohon pinjaman, tak lepas. Haih!
Saya sekarang pun sedang menguruskan beberapa kes pembelian hartanah. Ada beberapa yang juga yang di reject. Dengar dengar di kalangan rakan rakan Perunding dalam keadaan ekonomi sekarang, bank memang agak ketat untuk memberi pinjaman.
Jadi mari kita lihat apa sebab loan anda di reject.
Ini basic. Jika anda mahu membeli hartanah bernilai RM300,000 yang bayaran bulanan nya dalam RM1500, anda mestilah mempunyai kemampuan gaji dalam RM2200 bersih. Tapi saya pernah tulis sebelum ini walaupun dari segi kiraan lepas, cukup ke bro nak makan dengan baki RM700 je? Jadi harga rumah perlu sepadan dengan kemampuan. Kalau belum mampu, cari jalan supaya mampu: kurangkan perbelanjaan, tambah pendapatan.
Ini jangan lah ada masalah. Kalau tak bayar memang minta maaf lah. Tak dapek den nak nolong.. Jika ada pinjaman kereta ke, kad kredit ke, jangan sekali kali lewat bayar atau tertangguh berbulan. Rekod tak cantik bro. Bila dah ada rekod di CCRIS yang kita ni tak bayar atau liat nak bayar, bank dah nampak dah yang kalau setakat hutang kereta baru RM400 pun tak lepas dan hutang kad kredit pun sangkut, kalau bayar pun bayar minimum, apa lagi nak bayar instalment rumah yang cecah RM1000 lebih sebulan. Mintak maaf le. Ingat, bank bukan tak tahu kita banyak duit, bank nak tahu kita ni boleh bayar ke tak.
OK. Ini kompleks. Ini lebih kepada behavior kita dalam transaksi kewangan. Tiap bank lain lain. Tapi basic nya sama, dia nak tengok cara kita uruskan wang. Antara faktor
Ini tengah hangat sekarang. Ada tersebar hari tu pekeliling yang katanya dari BSN supaya tak luluskan pinjaman kepada pekerja syarikat minyak kecuali pekerja Petronas. Itu pun perlu mendapat kebenaran atasan. Fuhhh. Berasap kawan. Kenapa jadi macam ni? Sebelum ni pun ura ura sama jugak dengar yang loan pekerja kilang tak diluluskan lagi. Kenapa? Sebab pekerjaan seperti ini buat masa keadaan ekonomi sekarang di anggap berisiko. Senang kata bank takut kena buang kerja siapa nak bayar pulak instalment rumah tu pulak kan.
Baca: Inilah Cara Yang Betul Beli Rumah Guna Duit Pengeluaran KWSP
Ini perkara asas bank lihat. Ni actually berkait dengan point 1 kat atas tu. DSR ni maksudnya berapa nisbah hutang nak dibanding dengan pendapatan. Biasa bank ambil 70%. Maksudnya dengan pendapatan kita, kita boleh berhutang 70% dari jumlah gaji.
Kata lah gaji RM4000. Maka bank bagi kita berhutang RM2800 (70%). Maksudnya RM2800 tu dah termasuklah untuk bayaran bulanan setiap hutang seperti hutang kereta, hutang personal loan buat kahwin, hutang ptptn dan lain lain lah. Katalah berbagai hutang tadi cecah dalam RM 2000. Maka ada baki RM800/month je lagi untuk kita berhutang. Jadi rumah yang boleh dibeli pada bulanan RM800 adalah rumah berharga 160,000.
Tapi kena ingat, agak agak cukup ke baki RM1200 untuk sambung hidup? Jadi jangan tengok DSR bank. Kita kena ada DSR kita sendiri sebenarnya.
Kalau beli rumah pakai ejen yang hensem macam saya insyaallah saya check semua sekali. Senang nasihatnya sebarang pendapatn kita, perlu disertakan bukit. Antara dokumen wajib ada dan kena ada sebaiknya 6 bulan: Slip gaji, penyata akaun bank, penyata KWSP, penyata income tax, penyata akaun akaun simpanan, penyata aset lain jika ada.
OK. Itu kalau berkerja makan gaji. Kalau berkerja sendiri macam mana? Sama juga. Cuma tambahkan bukti SSM. Ni nak beri nasihat penting bagi orang berniaga, isytiharlah cukai. Ini pengalaman saya sendiri menguruskan klien klien yang meniaga ni. Kalau tak isytihar cukai, memang cukup cukup susah nak uruskan loan anda. Bukan tak ada cara pengurusan cukai efektif supaya tak lah perlu bayar banyak.
Jangan terkejut, ini pun bank tengok juga. Bank ada sistem scoring tersendiri. Bank turut ambil kira faktor umur, pendidikan, pekerjaan dan tempat tinggal serta lain lain. Tetapi ia bukan faktor utama. Yang penting adalah financial attitude kita. Tapi macam mana pun, bank tengok juga lah sebenarnya.
This is a no-no! Kalau dah bankrap, of course la macam mana nak buat loan lagi kan.
Nasihat ini adalah supaya anda cek dulu pada bahagian anda sebelum nak beli rumah. Perit tau bila dah kumpul punya lama mengikat perut dan seluar untuk simpan deposit bila dah cukup, nak mohon loan tak lepas. Saya keciwa anda pun keciwa penjual pun keciwa.
Kalau kata anda yakin, dan rasa boleh, teruskan lah niat. Saya ulang lagi tahun 2016 ni bagi saya adalah masa paling sesuai membeli rumah. Harga market value tak jatuh tapi harga yang ditawarkan penjual mungkin boleh di negotiate. Sekarang kan buyers market.
Kalau duit dah cukup, dah yakin, klik link ini: cari rumah idaman. Isikan maklumat dan saya akan check. Selagi dalam KL dan Selangor insyaallah saya cubakan tapi biarlah logikal. Jangan lah nak cari rumah di landed di tengah KL pada harga RM100K. Tak dapat bang. Atau pergi ke stor mudah.my saya: Tajul ProNiaga dan cuba check listing saya yang ada di situ.
Oh ye, dah alang alang, saya ada satu listing subsale di Kajang Perdana. Location bagus. Nak masuk highway pun senang. Apartment dia pun bersih dan terjaga. Siap guard dan kolam renang. FREEHOLD lagi tu. Harga ditawar baru RM250,000. Boleh nego lagi jika minat. Nak tengok? Check link fb ni dulu: Apartment Perdana Impian Kalau minat call saya. Sesuai sangat untuk yang baru nak membeli rumah untuk nak baru membina keluarga. Anak anak dah besar cari rumah lebih besar lagi. Yang ini pasti nanti harga meningkat.
OK. Moga bermanfaat.
Jangan lupa like Facebook Page kami KakiProperty dan follow instagram kami di KakiProperty.
Kalau anda memerlukan bantuan untuk membeli rumah, kami juga boleh membantu anda. Klik SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
#Loan #PinjamanPerumahan #Hartanah #BeliRumah
[…] form kakiproperty. Kami akan hubungi dan cuba selesaikan. Ada banker yang boleh tolong. Baca: 8 Sebab Loan Rumah Anda Kena Reject Lagi senang. Beli rumah dengan kakiproperty. Kami akan tolong dari A sampai Z. Hehehe. Promote […]