Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Abang Posmen Buat Duit Dengan Hartanah Tanpa Beli Rumah


Abang Posmen Buat Duit Dengan Hartanah Tanpa Beli Rumah

Abang Posmen Buat Duit Dengan Hartanah Tanpa Beli Rumah. Banyak rakan-rakan yang saya jumpa berminat untuk melabur dalam bidang hartanah ni. Mereka bercadang nak membeli dan kemudian sewakan rumah tu. TAPI, masalah yang sangat biasa kita dengar untuk golongan muda terutamanya, adalah deposit 10%-13% termasuk kos guaman. Yang ni tak ramai boleh sediakan. Banyak yang mintak nak bayar deposit guna kwsp, tapi TAK semudah ABC ye, itu kita cover dalam topik yang lain. Untuk penulisan ini, saya tertarik untuk ceritakan macam mana pembeli-pembeli rumah yang saya jumpa, macam abang posmen kita ni, berjaya membeli rumah, tapi mula menceburi perlaburan hartanah ni tanpa membeli rumah sebab tak cukup deposit. Ada 2 cara yang mereka buat:

Sublet

Banyak jugak yang saya jumpa tak tahu apa itu sublet. Sublet ni sewa atas sewa. Kita menyewa rumah tu daripada owner, kemudian kita sewakan pulak kepada orang lain. Tapi kena ada cara yang betul, kalau tak kena cara, rugi je buat.

1) Dapakan kebenaran owner untuk buat sublet. Jelaskan tujuan anda. Ini untuk elakkan salah faham antara anda dan owner, biar owner tau dan setuju, baru buat. Kalau dia tak nak, cari rumah lain.

2) Cari kawasan yang tinggi permintaan sewa daripada student/pekerja. Senang nak cari penyewa. Contohnya Apartment Perdana Seksyen 13, Shah Alam.

3) Sewakan per person, ikut kepala. Sebab kebanyakkan student takda modal nak sewa sebuah rumah, rata-rata nak sewa ikut bilik atau ikut kepala, diorang boleh jimat duit deposit.

4) Macam mana untung? Katakan sewa seorang RM200, rumah muat 8 orang. Total dah RM1600. Sewa kita bayar kepada owner katakan sebulan RM1000, jadi untung bersih dah RM600. Kalau 10 buah, dah RM6000 sebulan. Saya pernah jumpa pembeli yang pernah buat sublet hampir 100 buah rumah. Tapi, dia kena upah orang untuk uruskan, Penat tu kalau dia uruskan sorang.

5) Sediakan katil + tilam, mesin basuh, dan wifi untuk menarik penyewa.

Nampak macam best kan? Tapi hakikat sebenar bukan senang nak urus sewa per kepala ni, macam-macam kerenah. Ada bayar lambat, tak reti jaga rumah, rosakkan rumah, dan macam-macam kerenah. Kena ingat, rumah tu kita yang sewa, owner akan cari kita.

Homestay

Cara kedua, buat homestay. Kalau buat homestay, rumah lebih terjaga, sebab yang datang untuk bercuti, jadi kebanyakkannya diorang guna untuk tidur sahaja. Lepas customer check out, kita akan mengemas rumah, sebab tu rumah akan sentiasa terjaga.

1) Kawasan kena dekat dengan tempat tarikan percutian seperti seksyen 7 Shah Alam. Dekat dengan I-City, UiTM, dan UNISEL. Kebanyakkan customer yang datang selalunya nak melawat anak di universiti sambil berjalan-jalan di I-City.

2) Modal tinggi sikit, sebab kena jadikan rumah tu fully furnished/lengkap dengan semua perabot. Kalau boleh temasuk astro dengan wifi. Supaya kita boleh pikat customer untuk sewa lagi dengan kita masa akan datang.

3) Marketing kena power, kalau buat homestay, tapi tak promote tak guna jugak. Sekarang guna online je, facebook, mudah.my, blog, dan lain-lain lagi kalau ada idea.

4) Untung macam mana? Kalau ikut yang saya sembang dengan owner homestay, purata hari orang sewa adalah 14 hari sebulan, kalau cuti sekolah full setiap hari macam bulan 12. Dia sewakan RM250 sehari, sebulan dia dapat lebih kurang RM2400 bersih setelah tolak sewa dan semua bil. Kalau bulan 12, dapat untuk bersih dalam RM6000. Itu untuk sebuah homestay.

Tapi, macam sublet jugak, homestay pun ada kelemahannya iaitu penat nak urus. Yang datang menyewa tak tentu waktu, ada datang check in petang, ada datang malam. Lepas check out pulak, nak kena pergi kemas-kemas lagi. Sebab tu kebanyakkan yang buat homestay, ada upah orang uruskan. Korang kena pandai-pandai cari cara penyelesaian.

Kesimpulan

Dari 2 sumber di atas ini lah, ada pembeli rumah yang saya jumpa itu, berjaya kumpul deposit dalam masa setahun ja. Terus dia beli salah satu rumah yang dia buat sublet. Kalau korang tanya dia “Kenapa beli, kenapa tak terus sewa je?”. Dia jawab “Sebab kalau rumah sendiri, dia ada aset, dia ada lebih protection, dan dia boleh jual untuk dapat duit yang lebih banyak di masa akan datang”. Jadi, terpulang kepada anda nak cuba atau tak, sebab masing-masing ada cara tersendiri.

Bagi anda yang nak beli rumah, semak harga rumah, atau mungkin ingin menyewa rumah anda boleh pergi ke sini: Sewa/Beli Rumah

Kongsi Artikel Ini
Shafiq Azni
Shafiq Azni

Seorang penulis dan perunding hartanah. Baru menamatkan pelajaran di peringkat Master (Kejuruteraan Mekanikal). Suka berkongsi ilmu dengan semua orang. Sentiasa mendalami ilmu-ilmu hartanah agar dapat berkongsi dengan pembaca Kakiproperty.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *