Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Adab masuk rumah baru mengikut Islam


Assalamualaikum pembaca semua,

Sempena bulan Ramadhan, Admin Kakiproperty nak berkongsi sedikit tentang adab masuk ke rumah baru mengikut Islam. InsyaAllah dengan adab-adab ini dapat membantu kita menghindari kecelakaan dan kemalangan bagi yang beragama Islam.

Abu Malik al-Asy’ari Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:

إذا ولج الرجل بيته فليقل اللهم إني أسألك خير المولج وخير المخرج بسم الله ولجنا وبسمالله خرجنا وعلى الله ربنا توكلنا ثم ليسلم على أهله

(رواه أبو داود)

Maksudnya: “Apabila seorang lelaki hendak masuk ke rumahnya maka hendaklah dia Berkata: “Ya Allah! Aku memohon kepadaMu sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik Tempat keluar. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah Tuhan kami, kami berserah”. Kemudian hendaklah seseorang itu memberi salam ke Atas keluarganya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Dan jika rumah itu tidak ada orang didalamnya, korang berilah salam keatas diri sendiri dengan mengucapkan

السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين

Ertinya: “Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang sahih.”

Adalah satu hikmat membaca atau menyebut nama Allah ketika masuk kedalam rumah supaya dapat menghindar syaitan turut masuk dan bermalam di dalam rumah.

 

Seterusnya adalah perkara yang sepatutnya dilakukan dan diamalkan sesuai dengan ajaran Islam serta sunnah Rasulullah SAW ketika melangkah memasuki rumah baru :-

1. Azan

Melaungkan Azan ketika pertama kali masuk office, rumah baru. Kalau banggunan itu dah lama tidak berpanghuni, elok juga korang laungkan azan. Sebab dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-’Ammar) yg suka tinggal di umah yg tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah

Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW. bersabda yg bermaksud; “Jangan lah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”Jadi lebih elok membaca surah Al- Baqarah sewaktu pertama kali masuk kedalam rumah.

3. Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas

Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda masuk rumah baru. Kalau boleh, alamkan juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi senayak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

Kalau korang ikut adab-adam basuk rumah baru, InsyaAllah keluarga korang akan dipelihara. InsyaAllah.

Selamat beramal. Admin Kakiproperty mendapat adab ini dari website ini.

Korang boleh masuk ke website itu untuk belajar dengan lebih lanjut.

 

Like | Share | Comment artikel ini!

Jangan lupa like FB page kami ye. Klik SINI.

Kongsi Artikel Ini
Haziq Irfan
Haziq Irfan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *