Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Akak kerani mampu membeli 5 biji rumah!


Haa, mesti korang terkejutkan? Akak kerani ini mampu membeli rumah bukan 1 tapi 5 biji rumah! Ini yang admin nak bercerita nie. Admin jumpa akak nie di showroom, dia nak beli sebiji rumah. Admin pun bersembang la, rupanya ini adalah rumah ke-6 yang dia nak beli! Akak Zu ini berkerja dengan satu syarikat kontraktor kecil sebagai kerani. Dan suaminya pula berkerja sebagai team lead di sebuah kilang.

Gaji alhamdulillah cukup. Pergi kerja naik motor je, anak pula seorang.

Jadi admin pun korek la, macam mana akak ini boleh beli sampai 5 biji rumah nie?

Macam Mana Cara Akak Ni Membeli Rumah?

1. Niat kena betul.

“Adik, niat akak satu je, nak beri yang terbaik untuk anak-anak. Akak belajar tak pandai, gaji pun takat ini jela, nak naik tinggi mana sangat. Jadi akak pun beli rumah sebagai nak tambah punca rezeki”

Akak Zu memang tekankan niat ini. Kalau takde niat, takde tujuan, memang susah untuk memulakan apa pun.

2. Berjimat-cermat dan menabung untuk membeli rumah.

“Simpan duit dik, jangan ko nak berbelanja ja. makan sedap2 je keje. Akak Zu selalu tengok budak-budak muda selalu makan tempat mahal, lepas tu nak ambil gambar. Gambar tu tak kemana dik.”

Akak Zu memang simpan duit untuk buat downpayment rumah! Saya terkejut ini, dia tak reti langsung “teknik-teknik pelaburan hartanah”. 3 dari rumah akak ini adalah subsale dan dia memang bayar downpayment! yang lagi 2 tu bia beli projek jadi tak ade downpayment.

3. Buat agreement sewa.

“Agreement kena ada, yang ini akak belajar sewaktu nak beli rumah kedua. Nak beli tapi loan tak lepas. Akak pelik jugak, duit sewa dari rumah pertama masuk. Nasib baik ada seorang agen ini ajar akak, kena ada agreement.”

Nak sewakan rumah kena ada agreement. baru korang boleh masukkan kedalam loan. Kalau tak, bank memang tak akan layan. Semua yang

4. Banyak bersabar dan bertawakal

“Adik kena banyak bersabar kalau nak melabur dalam hartanah ini. Akak dah beberapa kali tiba-tiba penyewa lari. nasib baik akak pegang deposite. Boleh buat bayar rumah waktu penyewa lari”

Akak Zu dah banyak makan garam melabur hartanah, tenant lari, tenant tak nak bayar sewa. Yang penting kena banyak bersabar. Akak Zu cakap dia ambil masa yang sangat lama baru nak stabil. Dari sebijik rumah hingga kelima baru stabil.

Ha, korang tercabar tak? Kalau Akak Zu boleh melabur, korang pun boleh jugak.

Like | Share | Comment artikel ini!

—————————————————–

Kalau ada yang dah set target rumah impian boleh klik sini:

>>Sewa/Beli Rumah<< nanti kami tengokkan.

 

 

Kongsi Artikel Ini
Haziq Irfan
Haziq Irfan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *