Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Analisis Pasaran – Alam Damai, Cheras.


Alam Damai, Cheras ini adalah satu kawasan yang majoriti adalah kawasan perumahan. Ramai sebenarnya tak pasti di mana sebenarnya kawasan Alam Damai ni. Walaupun begitu Alam Damai ni adalah kawasan yang amat baik untuk didiami dan kalau ikut mempunyai potensi yang amat baik.

Alam Damai terletak di antara taman Len Sen dan Taman Connaught. Ianya juga terletak berdekatan dengan Bandar Tun Razak. Kawasan ini jauh sedikit dari kesesakan kawasan Taman Connaught dan Bandar Tun Razak dan hampir semua kawasan di Alam Damai adalah kawasan perumahan.

Saiz Alam Damai adalah seluas 641 ekar dan telah dilancarkan pada tahun 1998. Ramai yang memilih kawasan ini untuk di diami kerana ia nya seakan berada di atas bukit yang tinggi. Harga rumah sewaktu awal dilancarkan adalah dalam RM148,000 sahaja dan pemilik rumah di Alam Damai berjaya mendapat keuntungan dari 100% ke 300%.

Analisis Hartanah di Kawasan Alam Damai, Cheras

Hartanah Landed

Kebanyakan perumahan di kawasan Alam Damai adalah hartanah landed dalam bentuk rumah teres dan Semi-D. Antara taman perumahan yang ada adalah Taman Damai Rasa, Damai Budi dan Damai Kasih. Rata-rata harga ditawarkan adalah dari RM950k – RM 150k.

Nota : Analisis ini tak mengambil kira harga per kaki persegi.

Rumah Teres Intermediate

Trend harga bagi teres intermediate di Alam Damai- sumber : brickz.my

 

 

 

 

 

 

Menurut data yang di dapati dari Brickz.my, kami mendapati bahawa bagi rumah teres intermediate (unit pertengahan) adalah unit hartanah yang mendapat sambutan tinggi.

Menurut rekod pada tahun 2002, satu transaksi direkodkan pada harga RM280,000 sahaja.

Pada tahun 2018-2019, rumah teres intermediate di kawasan Alam Damai dijual pada harga RM850,000 hingga RM1,500,000. Ini adalah peningkatan sebanyak 3 ke 5 kali ganda!

Rumah Teres Corner Lot

Trend harga rumah teres corner lot, Alam Damai – sumber : brickz.my

 

 

 

 

 

 

Bagi rumah teres corner lot pula, ia juga adalah pilihan ramai pembeli rumah di kawasan Alam Damai. Ini kerana adalah size rumah teres corner lot yang kebanyakannya adalah bersaiz besar.

Pada tahun 2004 direkodkan sebuah rumah teres corner di jual pada harga RM557,219 . Pada tahun 2018-2019 pula, harga jualan adalah dari RM1,150,000 hingga RM2,000,000.

Rumah Semi-D

Trend harga bagi rumah Semi-D. Sumber : Brickz.my

 

 

 

 

 

 

Bagi rumah Semi-D juga mempunyai peminatnya tersendiri. Pada tahun 2004, harga rumah Semi-D di jual pada RM558,000 tetapi pada tahun 2018-2019 harga rumah Semi-D di Alam Damai dari RM1,500,000 hingga RM 2,500,000!

Hartanah High Rise (Condominium & Service Residence)

Ada beberapa hartanah Highrise di kawasan Alam Damai antaranya Maxim Residence dan Altitude 236.

Maxim Residence

Maxim Residence adalah sebuah servis apartment yang di siap pada tahun 2017. Ia nya terdiri dari unit 1 bilik ke 3 bilik. Saiz nya pula adalah dari 619sqft ke 1092 sqft.

Harga di Maxim Residence ketika dilancarkan adalah dari RM362,700 hingga RM 575,900 dan harga pada pasaran sekunder (subsale) adalah dari RM350,000 hingga RM 550,000.

Perlu di ingatkan harga pada waktu dilancarkan tidak mengambil kira diskaun yang diberikan kepada pembeli.

Montena Residence

Selain daripada Maxim Residence, salah satu highrise yang ada di Alam Damai juga adalah Montena Residence. Tetapi Montena Residence adalah Sovo. Ia nya datang dengan studio style dan juga 3 bilik dan 2 bilik air.

Harga ketika pelancaran pada tahun 2015 adalah bermula dari RM295,000 dan sekarang harga pasaran sekunder (subsale) adalah dari RM 500,000-700,000.

 

Kesimpulan

Alam Damai memang merupakan lokasi yang amat baik untuk dibeli dan sebagai kediaman. Tambah lagi jika beli untuk pelaburan dan mahu mengambil hasil dari “Capital Appreciation”, harga pasaran Alam Damai mengikut analisis meningkat dari 1 ke 5 kali ganda!

Walaupun begitu, untuk kawasan di Alam Damai yang cantik dan tenteram, harga untuk unit hartanah landed sudah menjangkau harga yang tak ramai boleh memilikinya.

Harga unit hartanah landed sekarang adalah dari RM800,000-RM1,500,000 dan dah pasti ramai tak boleh membeli.

Untuk hartanah highrise pula, walaupun harga nya agak menawan, tetapi condo dan apartment yang ditawarkan kebanyakannya dalam bentuk SoHo atau Studio. Ianya tidak sesuai untuk mereka yang berkeluarga. Jika ada datang dalam 3 bilik harga nya dari RM700,000 dan sudah agak mahal.

Untuk mereka yang minat dengan persekitaran Alam Damai, dan mahu menetap di sini, mungkin boleh tengok sebuah projek baru dari Guocoland. Sebuah projek di Alam Damai di namakan Emereld Hills. Projek ini terletak di atas bukit dengan pemandangan yang cantik sekali dengan tasik di tengah-tengah nya.

Ada view yang cantik dan tengah-tengah ada tasik.

Yang best nya Emerald Hills ini adalah ia nya bermula dengan 2 bilik dan bukan SoHo. Maka ianya sesuai untuk mereka yang berkeluarga dan mahu menetap di Alam Damai. Jika berminat boleh lah ke : Emerald Hills, Alam Damai – Kondo FREEHOLD Di Dalam KL Yang Eksklusif.

Oh. Tambah lagi, Emerald Hills ini adalah residential title dan ia nya adalah FREEHOLD berbanding projek dan highrise lain di Alam Damai ni. Memang berbaloi!!

Kongsi Artikel Ini
Tajul Rijal Annuar
Tajul Rijal Annuar

Tajul Rijal adalah seorang Usahawan dan Perunding Hartanah. Beliau adalah salah seorang pengasas Kakiproperty.com.

Di masa lapang nya beliau suka menikmati sushi dan makanan korea bersama adik nya serta bermain bersama anak buahnya, Amsyar dan Cik Min.

Beliau pakar dalam digital marketing dan hebat dalam teknik sales. Selain itu, beliau juga Perunding Hartanah berpengalaman yang telah membantu klien nya menjual hartanah mereka dengan jayanya.

Untuk konsultansi, boleh whatsapp beliau di 0182407720

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *