Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Anda Muflis? Ini Bukan Pengakhiran Nya!!


Inilah persoalannya. Adakah anda di jatuhkan sebagai berstatus muflis? Dah rasa macam tak ada harapan? Susah jadi orang muflis atau bankrap ni. Nak buat apa pun tak boleh. Akaun kena beku. Harta yang ada kena kaveat tak boleh dijual. Apa pun tak boleh. Tapi adakah ini pengakhirannya?

Jom kita ikuti apa kisah Abe Nazz Zain yang merupakan Top Unit Trust Consultant dan juga seorang Pelabur Hartanah terkenal.


Dalam banyak-banyak client Abe, Abe ada sorang ni yang muflis. Biasanya payah orang macam Abe ni nak jumpa orang yang muflis. Tapi Abe nak kongsikan kisah client Abe sorang ni malam ni.

Mungkin kisah ni takde kaitan dengan anda, tapi mungkin anda kenal mana-mana kawan atau saudara mara yang mungkin perlu tahu serba sedikit tentang kisah sebegini.

Semua Orang Pernah Buat Kesilapan.

Jadi client Abe ni muflis sebab dia banyak berhutang kad kredit dan dia hilang pekerjaan. Kita gelarkan nama dia Junus jelah ya? Jadi Junus ni senantiasa dikejari pihak bank sehinggakan kereta dia ditarik semula.Suatu hari Junus menerima sepucuk surat dari Jabatan Insolvensi Negara.

Dia disahkan mengidap siflis…sorry muflis.

Junus ni dahulunya bekerja sebagai professional dalam bidang minyak dan gas. Jadi walaupun dia telah kehilangan pekerjaan tetap, kadang-kala ada syarikat yang akan menawarkannya job di luar negara.

Ada orang kata orang muflis takkan dapat kerja lagi. Dan status muflis akan mengekang pergerakan untuk keluar negara. Adakah ini satu pengakhiran?

 

He Might Be A Bankrupt. But He Is Not A Quitter!

Jadi suatu hari, Junus pun gagahkanlah dirinya untuk ke Jabatan Insolvensi di Menara MRCB Seksyen 14 Shah Alam. Di sana Yunus mendapatkan khidmat nasihat secara professional dari Jabatan Insolvensi Negara (JIN).

Maka terpaksalah Junus berterus-terang dengan Jin Ifrit. Oh Jin, keluarkanlah daku dari kesempitan kekangan muflis ini, mohon Junus.

Maka setelah meneliti rekod kewangan lama Junus, Jin pun berkata, anda telah muflis. Satu bank pun tak boleh kejar anda lagi. Ini harta Ahmad Albab yang punya! Ahmaad Albab ha..ha..ha..ha

Tapi sekiranya anda nak hidup lega sikit, kami boleh buat satu surat khas untuk Junus. Surat ini boleh digunakan untuk tuan hamba mendapatkan pekerjaan dan keluar negara selama dua belas purnama.

Tapi ada pengerasnya!

Pengerasnya Ialah?

Tuan hamba perlulah meletakkan bon jaminan sebanyak RM 3 ribu ringgit. Kemudian pihak jin memerlukan seorang penjamin. Maka Junus pun bayarlah RM 3 ribu itu sebagai bon jaminan dan meminta isterinya untuk menjadi penjamin dan meletakkan RM 1 ribu lagi bon sebagai cagaran.

Maka turbanglah RM 4 ribu tunai. Maka pihak jin pun buatlah satu satu surat ni. Dengan surat ini, Junus pun mintalah kerja.

Junus pun dapatlah gaji basic RM 4,800. Tapi Junus awal-awal dah habaq kat HR company tu yang dia dibawah penyeliaan pihak jin.

Alhamdulillah HR tu terima alasan tu. Jadi, muflis bukanlah pengakhiran segala-galanya. Tapi kalau siflis mungkin HR akan fikir dua kali.

Bayaran Bulanan Bagi Yang Muflis

Setelah dapat kerja, Junus pergilah berjumpa semula pihak jin. Pihak jin meminta Junus membuat pengakuan kewangan baru. Mereka nak tahu berapa duit yang masuk, berapa pula duit yang keluar.

Setiap enam bulan, Junus perlu update pihak jin tentang cashflow bulanannya. Setelah meneliti perbelanjaan bulanan Junus, pihak jin memintanya agar membayar RM 300 sebulan. Abe dan Junus pun kurang pasti kenapa jin perlukan RM 300 sebulan ni. Mungkin ada kaitan dengan pihak bank kot?

Pohon Surat Keluar Negara

Junus pun tunjukkan pada jin yang kerjanya memerlukan dia sentiasa ke luar negara. Dilampirkanlah bukti dan surat sokongan dari majikan barunya. Maka Jin pun buatlah satu surat khas untuk Junus keluar negara dalam tempoh 12 purnama. Maka bolehlah dia ke luar negara. Jadi tak benarlah kalau anda muflis, anda takde peluang langsung nak ke Mekah.

 

Muflis Bukanlah Peangakhiran Hidup

Jadi Abe tanyalah client Abe, so how is life now? Dia pun katalah bolehlah bernafas. Cuma tak boleh buat loan je. Tapi boleh je dia tak beli kereta. Grab ada. LRT ada, bas pun ada. Kereta sewa pun ada. Pasal rumah, dia boleh menyewa je atau guna nama isteri untuk beli rumah.Kad kredit dan personal loan toksah cakaplah. Dia memang takkan ambik dah.

So the point is, dia masih boleh hidup. It is not the end.

Pengajarannya Adalah

Abe dah lama kenal Junus. Dia merupakan contoh terbaik peribahasa ulat bawah batu pun boleh hidup. Abe tengok dia selalu sahaja tenang. Walaupun masa dia ditimbuni dengan hutang keliling pinggang, dia masih lagi tenang.

Tujuan Abe tulis post ni bukanlah nak suruh korang jadi macam Junus. Tidak sama sekali!

be tulis ni untuk celikkan pada anda semua yang anda tak perlu bunuh diri bila anda dah diisyhtiharkan muflis.

There is still life after bankruptcy. It is how you comeback from the fall that will define your future. Yang lepas tu ambillah sebagai iktibar. Remember, to err is human.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk pembaca sekalian.

Until Then, Happy Managing Your Finances


Artikel ini di ambil daripada penulisan Abe Nazz Zain. Beliau merupakan antara pelabur hartanah terunggul dan merupakan Konsultan Unit Trust yang hebat. Boleh ikuti beliau di laman facebook beliau.

 

Untuk artikel kewangan yang lain, boleh ke ringgitmalaysia.com

Kongsi Artikel Ini
Ketua Editor
Ketua Editor

Ketua editor bagi www.kakiproperty.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *