Breaking News
Popular News


Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Margin dalam pinjaman perumahan atau biasa disebut secara mudahnye bermaksud berapa banyak peratusan wang yang anda boleh pinjam dari bank.
Margin ini kebiasaannya dibandingkan secara peratus daripada jumlah pinjaman yang korang buat. Sebagai contoh, jika Bank A memberi ada margin perumahan sebanyak 90% bagi rumah yang bernilai RM 100 000, anda hanya akan mendapat RM 90 000 pinjaman dari bank.
Margin perumahan ini akan menentukan berapa banyak kos yang perlu dikeluarkan oleh korang untuk membayar harga rumah korang.
Sebagai contoh mudah, jika korang membeli harga rumah berharga RM 100 000 dan dengan margin 90% korang perlukan 10% lagi iaitu sebanyak RM 10 000 untuk membayar pinjaman rumah korang.
Jadi pastikan korang ‘alert’ dengan margin yang ditawarkan supaya korang dapat membuat bajet yang sesuai dengan kemampuan kewangan korang tau!
Menurut bacaan sis di artikel dari loan street di sini, terdapat beberapa faktor utama yang mempengaruhi sesuatu margin pinjaman perumahan.
Dalam kupasan artikel ini, sis akan lebih fokus kepada pinjaman hartanah kediaman yang melibatkan kebanyakan pembeli rumah di Malaysia.
Kebiasaannya untuk pembelian rumah pertama dan kedua, kebanyakan bank menawarkan margin pinjaman sebanyak 90% dan rumah yang ketiga adalah sebanyak 70%.
Selain itu, bank-bank juga akan mengehadkan margin tersebut untuk jenis-jenis permohonan pinjaman rumah berikut berdasarkan polisi kredit dalaman mereka:
Buat masa ini,margin sebanyak 100% ada ditawarkan oleh beberapa buah bank dengan syarat dan kelayakan yang tertentu tapi sis nak INGATKAN bahawa 100% margin pinjaman BUKAN bermaksud anda dapat membeli rumah TANPA MODAL, korang sebagai pembeli harus mengeluarkan juga anggaran 10%-15% jumlah dari pinjaman perumahan untuk kos seperti ‘booking fees’, bayaran guaman dan ‘downpayment’ untuk deposit rumah.
Sis nak ingatkan peratus margin ini adalah bergantung kepada kelayakan dan juga keadaan kewangan korang yang mana bank akan nilai, tapi secara kasarnya untuk membuat anggaran margin dan juga bayaran ansuran bulanan bagi pinjaman perumahan korang, sis cadangkan korang layari link ini di laman web ‘loanstreet’ untuk perbandingan dan anggaran margin maksimum yang diperolehi.
Selain itu, berita baik lagi, kadar kelulusan untuk pinjaman perumahan juga semakin meningkat dan korang boleh rujuk untuk lebih info lagi di sini.
Seronok kan dah tahu serba sedikit pasal margin pinjaman ini, lagi banyak ilmu yang diperoleh pasal pembelian rumah ini, korang selangkah jauh dari pembelian rumah yang akan merugikan. Buatlah pilihan yang terbaik dan sesuai dengan kewangan korang! Good luck!
Haa dan untuk korang yang masih mencari rumah untuk dibeli atau disewa, korang boleh klik sini: Sewa/Beli Rumah untuk ketahui keterangan lanjut.