Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Apa Strategi Pelabur Cina Beli Banyak Hartanah?


Apa yang cuba saya kongsikan ini adalah semata-mata bertujuan untuk dijadiakan inspirasi kepada anak-anak muda di luar sana termasuk diri saya sendiri. Apa yang diceritakan oleh saudara Fauzi Ahmad, otai hartanah ini mungkin membuatkan anda berfikir dan bertindak untuk kita ambil contoh dan iktibar daripada strategi pelabur cina.

STRATEGI PELABUR CINA

Apa Strategi Pelabur Cina Beli Banyak Hartanah

Pagi tadi sales person salah satu pemaju tersohor berkongsi cerita dengan saya cara orang berbangsa Cina beli hartanah.

Hasil pemerhatian beliau selama hampir 10 tahun bekerja dengan pemaju tersebut.

Jika seorang dapat tahu ada projek baru dilancarkan, mereka akan bawa satu rombongan pakcik, makcik, adik, kakak, sepupu untuk membeli projek tersebut.

Orang berbangsa Cina berniaga, duit untung berniaga mereka beli hartanah

Kebanyakan yang datang tu bukan kerja hebat-hebat pun. Kebanyakannya cuma peniaga kecil-kecilan, berniaga tepi jalan, buka gerai makanan dan sebagainya.

Cuma mereka cantikkan akaun bank dan merekod setiap duit keluar masuk dari perniagaan kecil-kecilan tersebut.

Rekod tersebut digunakan ketika hendak membuat pinjaman bank kelak.

PERANCANGAN  AMAT PENTING

Impian akan tinggal impian jika peniaga terus kekal di takuk lama dan tidak mahu melakukan anjakan paradigma pada sikap dan tindakan.

Mudah bukan, bagaimana mereka menggunakan apa yang ada untuk meneraju ekonomi di Malaysia. Hebat!

Strategi Pelabur Cina

Tetapi, saya juga pernah berjumpa dengan rakan perniagaan Melayu yang lain mempunyai sikap seperti ini. Untung dalam bisnes dan laburkan dalam hartanah. Tidak kiralah apa jenis hartanah, mereka akan beli. Syabas saya ucapkan.

Kepada usahawan baru yang baru dapat untung, terus nak tukar kereta besar. Fikirlah masak-masak. Elok laburkan dalam aset bukan liabiliti. Bukan tidak boleh, bila anda kukuhkan aset. Tak kira, kereta sebesar mana pun anda boleh beli. Dengarlah nasihat abang ini.

TIPS RINGKAS STRATEGI PELABUR CINA

  1. Duit perniagaan harian perlu direkodkan. Apabila dapat wang tunai, bank in-kan. Biar ada transaksi harian di akaun syarikat.
  2. Semua pembayaran perniagaan perlu menggunakan akaun syarikat.
  3. Simpan rekod. Resit, Invois, Baucher Pembayaran atau lain-lain.
  4. Isytihar cukai. Tak tahu macam mana? Layari http://www.cukai.ebookduit.com
  5. Buat simpanan. FD ke, ASB ke. Atau apa sahaja medium simpanan yang boleh anda peroleh bonus dan dividen.

Setakat ini sahaja perkongsian kami hari ini. Harap anda semua dapat belajar sedikit sebanyak teknik-teknik pelaburan.

Jangan lupa like Facebook Page kami KakiProperty dan follow instagram kami di KakiProperty.

Kalau anda memerlukan bantuan untuk membeli rumah, kami juga boleh membantu anda. Klik SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Kongsi Artikel Ini
Tajul Rijal Annuar
Tajul Rijal Annuar

Tajul Rijal adalah seorang Usahawan dan Perunding Hartanah. Beliau adalah salah seorang pengasas Kakiproperty.com.

Di masa lapang nya beliau suka menikmati sushi dan makanan korea bersama adik nya serta bermain bersama anak buahnya, Amsyar dan Cik Min.

Beliau pakar dalam digital marketing dan hebat dalam teknik sales. Selain itu, beliau juga Perunding Hartanah berpengalaman yang telah membantu klien nya menjual hartanah mereka dengan jayanya.

Untuk konsultansi, boleh whatsapp beliau di 0182407720

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *