Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Apakah Maksud GRR – Guarantee Rental Return


Pernah tak anda dengar berita yang kecoh tentang syarikat kena saman disebabkan kes GRR? Kalau pernah, anda tahu tak apakah maksud GRR – Guarantee Rental Return ni?

Tahun lepas (2017) ada berlaku kekecohan di mana 137 orang pembeli rumah menyaman pemaju sebuah projek perumahan disebabkan GRR.

Siapa tak tertawan kalau ditawarkan GRR sebanyak 8%. Tapi last-last habuk pun tak ada, itu sebab jadi kecoh macam tu.

Apakah Maksud GRR – Guarantee Rental Return

GRR iaitu Gurantee Rental Return ini adalah Jaminan Pulangan Sewa di mana pemaju akan menyewa rumah yang anda beli dengan mereka, mengikut kadar yang di tawarkan untuk tempoh tertentu.

Contohnya Pemaju AX menawarkan GRR 6% untuk rumah yang mereka jual pada harga RM400,000 selama 20 tahun. Ini untuk menarik perhatian pembeli.

Jadi pembeli akan dapat GRR ni sebanyak RM24,000 setahun, bahagi 12 bulan dapat la dalam RM2000 sebulan. Boleh cover bayar bulan-bulan dekat bank dah tu.

BACA LAGI: AirBnB Sebagai Penyelesaian Untuk Pemilik Rumah

TAPI, kenapa boleh jadi kes kecoh tu? Ha, yang tu di katakan GRR yang di tawarkan 8 % untuk 6, 10 atau 25 tahun. Tapi mereka dapat rasa untuk 6 bulan pertama saja, lepas tu pemaju diam diri, habuk pun tak bagi. Janji entah ke mana.

Nak jual rugi sebab harga beli tinggi daripada harga market, nak sewa pun bukan senang nak cari penyewa. Kalau dapat penyewa, sewa bulanan rendah ja berbanding bayaran bulanan kepada bank. Ini kategori termakan janji-janji manis GRR.

GRR
Image: Facebook Faizul

Tak salah pun kalau anda nak pakej GRR ni, tapi pastikan anda consider perkara-perkara ni:

  1. Harga projek dengan harga hartanah sekeliling kawasan.
  2. Logik ke tak pulangan yang dijanjikan.
  3. Jadi, kena tengok kawasan. Permintaan sewa tinggi ke tak untuk kawasan tu.
  4. Tengok siapa yang uruskan. Syarikat mana. Macam mana reputasi mereka.
  5. Fahamkan perjanjian pajakan. Kalau GRR dibatalkan, pampasan berapa banyak?

Tak semua projek yang ada GRR ni pemaju “jahat”. Ada ja pembeli yang sedang menikmati GRR yang dia dapat setiap tahun. Semua bergantung kepada anda untuk analisis, berbaloi atau tidak. Dah tau maksud GRR, guna tips atas tu. Jangan jadi mangsa pemaju.

Kongsi Artikel Ini
Shafiq Azni
Shafiq Azni

Seorang penulis dan perunding hartanah. Baru menamatkan pelajaran di peringkat Master (Kejuruteraan Mekanikal). Suka berkongsi ilmu dengan semua orang. Sentiasa mendalami ilmu-ilmu hartanah agar dapat berkongsi dengan pembaca Kakiproperty.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *