Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Umum tahu Presiden Amerika Syarikat yang terbaru adalah Donald Trump. Seorang tycoon perniagaan yang terkenal. Trump juga dilanda kontroversi kerana beberapa polisi nya yang dipandang mengarut dan kontroversi. Tapi “hate him or love him” , dia tetap Presiden yang dipilih rakyat Amerika Syarikat (really USA..really?).
Sebelum Trump menjadi Presiden, beliau sendiri merupakan seorang usahawan yang terkenal. Kekayaan nya dikatakan mencecah USD 10billion!!
Actually, Trump ni dari awal berasal dari keluarga yang kaya. (Patut laaaa) . Ayahnya, Frederick Christ “Fred” Trump ini bermula sebagai pemaju hartanah di New York. Fred Trump bijak menggunakan program kerajaan ketika itu yang memberikan dana kepada pemaju perumahan swasta untuk membina rumah bagi penduduk berpendapatan sederhana dan rendah. Trump mengatakan yang ayahnya mendapat dana sebanyak USD 10.3 juta tetapi hanya menggunakan USD 1 juta sahaja untuk membina rumah tersebut!!
Antara sebab Fred Trump menjadi begitu kaya adalah kerana beliau hampir tiada persaingan dalam perniagaannya yang melibatkan kerajaan Amerika. Dan tambahan pula, kerajaan Amerika ketika itu mempunyai dana yang besar untuk membina rumah, Fred Trump dengan bijak mengambil kesempatan tersebut.
Trump bermula dari perniagaan bapanya sendiri. Pada tahun 1971, dia mengambil alih syarikat penyewaan apartment bapanya iaitu Elizabeth Trump & Son Co dan kemudian menamakannya semula kepada The Trump Organization. Pada ketika ini, Trump berjinak-jinak dengan pelaburan hartanah terutamanya pelaburan kondominium, bangunan apartment yang besar dan perumahan kerajaan yang kesemuanya di kawasan bandar New York!
Pada tahun 1980 , Trump menempah kejayaan besar pertama apabila beliau berkerjasama dengan Holiday Inn Corp untuk membina dan memajukan sebuah hotel dan kompleks kasino bernilai USD 250 juta di Atlantic City. Kompleks itu di namakan “Harrah’s at Trump Plaza”
Dari semasa ke semasa, Trump akan mengambil alih sepenuhnya syarikat yang dia berkerjasama denganpartnernya dan menukar kan nama kompleks tersebut kepada Trump Plaza Hotel & Casino. Dengan kejayaan besar pertamanya, dia kemudian membeli hotel ke dua di Atlantic City dari Hilton Hotels berjumlah USD 320 juta. Oleh kerana hotel tersebut gagal mendapatkan hak lesen judi, Trump menukarkan nama hotel tersebut kepada Trump Castle. Suka hati dia je kan. Suka hati dia lah. Dah hotel dia! ehhehe
Pada thaun 1988, Trump membeli dan mendekorasi hotel baru nya , Plaza Hotel di kota New York. Kos pembelian adalah USD 400juta dan tambahan USD 50 juta lagi digunakan untuk dekorasi oleh isterinya, Ivana.
Dalam masa yang sama , Trump bercadang membeli apartment di Manhattan sebagai pelaburan. Tetapi malangnya, tindakan Trump melanggar undang-undang penyewaan di bandar tersebut dan ditentang persatuan setempat.
Nasib Trump terus dirundung malang. Pada tahun 1990an, ekonomi USA menjadi perlahan menyebakan perniagaan Trump turut terkesan. Tidak lama kemudian Trump tidak mampu lagi membayar interest terhadap hutangnya. Hutang tahunan Trump adalah bernilai USD 300juta!! Trump Organization dan anak syarikatnya berhutang sejumlah USD 9 Billion dan hutang peribadi Trump sendiri juga bernilai USD 975 JUTA!!
Tapi Trump ni bijak. Untuk mengelakkan dia di filekan bankrup waktu tu, dia bertemu dengan bank yang dia berhutang dan kemudian pinjam lagi duit berjumlah USD 65 JUTA!!! Fuhhh.. pelikkan? Dah lah hutang billion, nak kena file bankrup, tapi pergi bank, berani lagi minta hutang. Dan bank-bank tu bagi pulak!!
Bank-bank tersebut sebenarnya risau jika Trump di dapati bankrup, asset trump akan di lelong dan projek yang berjalan akan terhenti. Itu akan menyebabkan bank-bank yang meminjamkan duit pada Trump akan kerugian besar dan kemungkinan lumpuh!
Jadi , bank memberi pinjaman tadi untuk membolehkan Trump terus menjalankan perniagaan supaya dapat membayar balik hutang nya. Dikatakan Trump masih survive kerana terdapat 70 buah bank yang membantu beliau! Trump sebenarnya 4 kali keluar masuk senarai bankrup macam bankrup to hotel dia je boleh keluar masuk.
Pada tahun 1995, nasib Trump mula berubah. Trump membina syarikatnya bernama Trump Hotels & Casion Resorts Inc dan kemudiannya menyenaraikan syarikat tersebut di bursa saham. Penyenaraian itu membolehkan Trump menjual sejumlah 13.25 juta unit saham pada harga USD 32.50 setiap unit dan kemudian mendapat keuntungan modal sebanyak USD 290JUTA!!
Pertengahan tahun 1990an juga menyaksikan pelaburan Trump di Grand Hyatt yang dibuka pada 1980 menjadi sangat menguntungkan dan dia menjual pegangan sahamnya dan mendapat keuntungan sejumlah USD 140 juta!!
Selepas berada dalam pasaran hartanah, Trump cuba masuk dalam industri televisyen pula. Dia pernah membuat cameo di dalam WWE dan juga adalah watak utama dalam rancangan The Apprentice..(yang you are fired! tu)
Nama TRUMP ini bukan cuma menggambarkan individu tetapi sudah menjadi satu brand. Sejak awal lagi kesemua syarikatnya dan juga hotel nya di nama kan atas nama beliau sendiri. Kalau anda ada nama sebegitu, for sure anda pun nak namakan hak milik anda dengan nama anda.
Tetapi dengan cara begitu, Trump membina BRAND TRUMP nya sendiri. Sehinggakan ada syarikat perhotelan membayar Trump untuk menggunakan BRAND TRUMP pada nama hotel mereka secara licensing.
Sepanjang hidup beliau, beliau sudah menempah pelbagai kejayaan. Beliau berjaya membina kekayaan dari sektor hartanah dan mengembangkannya. Beliau berani mengambil risiko dan risiko itu berbaloi. Beliau berani kerana itu beliau di kenali. Sepanjang tempoh itu juga Trump sudah beberapa kali di isytiharkan bankrup. Bukan sedikit. Ratusan juta woiii. Tapi beliau tetap bangkit dan harungi cabaran. Even bila orang kata dia tak boleh jadi Presiden, tiba-tiba, nah, amik kau… Presiden Amerika beb,.. Terus nganga tak caya semua. Korang kutuk dia, korang mereput je. Dia dan-dan je jadi Presiden.
Ambil lah sifat baik beliau sebagai pedoman ya!! Yang macam entah apa tu, jangan di ikut.
Anda pun nak belajar pelaburan hartanah tapi tak sekaya macam Trump? Jom follow kami!!
Jangan lupa like Facebook Page kami KakiProperty dan follow instagram kami di KakiProperty.
Jika anda memerlukan bantuan untuk membeli rumah, kami juga boleh membantu anda. Klik SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut.