Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Bagaimana nak sewa rumah guna AirBnB


Bagaimana nak sewa rumah guna AirBnB

Korang mesti pernah dengar tentang airbnb kn? Air Bed and Breakfast. Airbnb ini adalah website / mobile apps yang boleh tolong kita cari rumah untuk sewa selama beberapa hari. Lebih kurang macam uber / grabcar tapi untuk rumah.

Korang nak tahu tak seminggu boleh dapat berapa kalau area Petaling Jaya? RM 730*!!!

Cuba RM 730 x 4 minggu = RM 2920*!! boleh bayar bank dan positive cashflow! Untungla sapa yang buat Airbnb nie.

Jadi hari ini admin nak share siket dengan korang cara nak daftar rumah korang kat airbnb.

 

Bagaimana nak sewa rumah guna airbnb

  1. Daftar akaun airbnb

    Daftar akaun korang disini! Nak mudah korang boleh guna sama ada akaun google + atau Facebook untuk daftar akaun di airbnb. Kalau tak nak guna akaun facebook, korang boleh pakai akaun email biasa korang.

  2. Isi butir rumah yang nak disewa

    Lepas okrang dah registar akaun airbnb korang, masukkan detail rumah korang tu. Ada berapa bilik tidur, ada berapa bilik air, air cond ade ke tak. Isi semua. jangan malas nak isi, sebab penyewa nak tengok dalam rumah korang ade apa. Admin kalau rumah kosong boleh airbnb tak? Ya Allah, jangan la macam nie. penyewa korang nak tidur atas apa? Airbnb nie macam hotel. kena buat fully furnish. baru rating korang elok dan ramai nak sewa. Macam uber jugak la. Kalau rating korang teruk dah kena tarik balik akaun.

  3. Masukkan gambar dan description

    Lepas korang dah isi butiran rumah korang. Masukkan gambar. Tips gambar. Bukak pintu, tingkap dan lampu rumah. Nak bagi rumah nampak besar. Baru penyewa tertarik nak sewa rumah korang.

  4. Masukkan jadual dan harga

    Selepas semua dah siap, korang boleh masukkan harga rumah korang dan bila korang nak sewakan rumah korang. Mana la tau ada tarikh tu saudara korang nak tumpang, jadi korang boleh penuhkan jadual airbnb pada tarikh tersebut supaya orang lain tak boleh sewa.

Setakat ini sahaja admin nak kongsi. Harap korang boleh buat duit lebih siket dengan airbnb. Kalau korang nak invest dalam rumah untuk buat airbnb, hubungi team kami dengan isi borang kat bawah. Team kakiproperty akan hubungi korang.

Like | Share | Comment artikel ini!

Jangan lupa like FB page kami ye. Klik SINI.

Kongsi Artikel Ini
Haziq Irfan
Haziq Irfan

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *