Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Bajet 2018 Membincangkan Isu Berkaitan Rumah Mampu Milik


Bajet 2018 Membincangkan Isu Berkaitan Rumah Mampu Milik

PropertyGuru Malaysia, sebuah portal hartanah terkemuka, telah mencadangkan beberapa langkah drastik dipertimbangkan untuk menangani kebimbangan mengenai mempromosikan mengenai kemampuan dan pemilikan rumah untuk Bajet 2018.

Dalam satu kenyataan mereka yang dikeluarkan semalam, PropertyGuru berkata meskipun pasaran hartanah Malaysia lebih kelihatan agak stabil pada tahun ini apabila sentimen pengguna meningkat dan harga menunjukkan aliran meningkat secara beransur-ansur, ketidakstabilan terus kekal di tengah-tengah perkembangan itu.

Salah satu cadangan adalah untuk mengemas kini garis panduan atau definisi untuk hartanah yang lebih berpatutan, kerana ia bukan sahaja  termasuk harga, malah ia juga termasuk saiz unit, lokasi, maklum balas sektor swasta dan pertimbangan lain, katanya.

“Wujudnya keperluan untuk mendapatkan persetujuan yang jelas di antara kerajaan, sektor swasta dan rakyat mengenai apa yang dilihat sebagai rumah mampu milik,” katanya.

Ia juga mencadangkan kerajaan untuk mengembalikan pendapatan kasar untuk menilai kelayakan pinjaman kerana urus niaga pasaran akan meningkat dengan ketara dan hampir serta-merta.

“Tetapi ia boleh dihadkan kepada kumpulan pembeli khas, contohnya, pemilik rumah pertama kali sahaja,” katanya.

PropertyGuru juga mencadangkan kewujudan insentif khas untuk pemilik rumah yang menyewa dari kalangan rakyat Malaysia secara jangka panjang, memetik dua hingga lima tahun perjanjian penyewaan bagi mereka yang berada di peringkat umur tertentu dan tahap pendapatan, contohnya Generasi M40, katanya.

Kongsi Artikel Ini
Aznor Azizul
Aznor Azizul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *