Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Pulau Pinang telah diambil alih oleh parti pembangkang sejak tahun 2008. Banyak isu berkaitan hartanah yang diperkatakan sejak DAP memerintah. Bagaimana pula dengan PRU14 yang akan datang ni? Apa bantuan kerajaan DAP Pulau Pinang yang berkaitan hartanah. Kalau tak banyak, ada sikit pun jadi la kan.
Untuk PRU14 nanti DAP bersama Pakatan Harapan telah merangka 68 janji yang bertemakan “Saya Sayang Pulau Pinang”. Jom kita tengok kalau ada yang berkaitan dengan hartanah.
Antara yang ada dalam 68 janji tu:
Dalam janji tersebut ada la sikit berkaitan hartanah seperti 75,361 unit rumah kos rendah dan mampu milik tu. Tapi mesti berperingkat sebab dinyatakan sehingga tahun 2025.
Dijanjikan juga demokrasi perumahan dengan rumah untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.
Selain itu yang menarik adalah pembangunan pengangkutan seperti Transit Aliran Ringan (LRT) yang menghubungkan bahagian pulau dan Seberang Perai.
Ditambah dengan laluan ketiga terowong di bawah dasar laut dari Persiaran Gurney ke Bagan Ajam (Butterworth) untuk penduduk di Seberang Perai Utara dan juga penghapusan semua tol di Jambatan Pertama Pulau Pinang.
Selain Selangor yang dimiliki oleh PKR, Pulau Pinang yang dimiliki oleh DAP juga bakal menjadi tumpuan ramai semasa PRU14. Terlalu banyak isu yang timbul di Pulau Pinang seperti penswastaan tapak warisan tertua di Pulau Pinang, Fort Cornwallis. Jika benar DAP gagal mentadbir, adakah BN akan berjaya ambil alih Pulau Pinang untuk PRU14 nanti?
BACA LAGI: Tanah Rezab Melayu Perlu Dipertahankan?