Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Baru Umur 21 Tahun, Janna Nick Dah Beli Rumah Sendiri Bernilai Lebih RM 1 Juta!! Tahniah Janna Nick!


Ketika  kita berumur 21 tahun, kita masih lagi belajar di universiti atau pun sedang berkerja. Kebanyakan kita masih lagi gembira keluar dengan kawan-kawan. Waktu umur 21 tahun saya tengah belajar lagi. Tengah final year. Sibuk dengan field trip dan macam-macam lagi. Ada kawan saya pulak yang dah mula kerja. Tapi kebanyakan nya tak terlintas lagi nak beli rumah sendiri! Yang dalam kepala adalah nak cari kereta. Betul tak? Tahu tak, umur 21 tahun Janna Nick beli rumah sendiri?

Janna Nick (Sumber: Astro Go Read)

Tapi berbeza dengan Janna Nick. Seawal usia 21 tahun dia dah berjaya mencapai impian beliau untuk memiliki rumah. Bayangkan semuda tu Janna Nick beli rumah sendiri?

Janna Nick Beli Rumah Sendiri RM1Juta!:

Jom ikuti apa beliau katakan kepada BHOnline:

“Alhamdulillah saya berjaya menunaikan hasrat membeli rumah pada usia 21 tahun, sekali gus merealisasikan matlamat sejak mula berkecimpung dalam bidang seni.

“Tipulah jika tiada keinginan berbelanja, namun nafsu itu dapat dikawal. Saya memuat naik gambar di Instagram bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.

“Sebaliknya menyuntik semangat kepada rakan sebaya lain bekerja lebih keras demi mencapai impian. Usah mengikut gaya berbelanja boros, sebaliknya fokus untuk mengumpul aset.

“Terima kasih kepada peminat, penggiat seni dan media yang membantu saya merealisasikan impian ini. Tanpa sokongan semua pihak, saya tidak mungkin mampu meraih sasaran ini,”

 

Kegembiraan Janna iaitu pelakon Syurga Nur itu turut dizahirkan di laman instagram nya:

 

Melihat kepada gambar yang di paparkan, ia nya adalah di Armanee Terrace , Damansara Perdana. Armanee Terrace merupakan kediaman elit yang cantik dan mendamaikan. Harga Armanee Terrace 2 (Duplex) adalah kebanyakan nya dari RM 1 juta!!

 

Fuhhh.. Hebat Janna Nick! Tahniah.

Walaupun Anda Bukan Artis Anda Boleh Juga Membeli Rumah Sendiri Di Usia Muda

Memang betul lah kita boleh kata, Janna Nick artis. Boleh lah. Tapi bukan bermaksud anda tak boleh. Betul Janna mula mendapat pendapatan yang besar pada usia muda dan alhamdulillahm, dia sedar untuk membeli rumah sendiri. Tapi anda juga boleh.

 

1.Pendapatan Konsisten Yang Baik

Nak tak nak anda perlukan pendapatan. Katalah anda bergaji RM 1500 sebulan. Itu pendapatan anda. Dari situ kalau anda nak beli rumah, anda dah layak je sebenarnya nak beli rumah bernilai RM 180K kebawah!!

 

2. Dapatkan Pendapatan Tambahan

Tengoklah cara untuk tambahkan pendapatan. Duit tambahan ini anda boleh buat simpanan untuk deposit.

 

3. Belajar Berjimat Dan Menyimpan

No point jadi instafamous menayang minum starbuck dan beli tshirt Supreme klon kalau tak ada simpanan. Belajar untuk berjimat. Duit yang di jimat itu simpan. Sebab nak beli rumah nanti kena ada deposit juga. Duit itu lah di guna untuk bayar deposit dan lain-lain.

Tengok Janna Nick sendiri yang betul-betul berjimat, menahan nafsu membeli belah dan tak boros berbelanja.

 

4. Melabur

Cari peluang melabur. Melabur ini duit tetap di buat walaupun kita tidur. Tapi ingat, jangan masuk skim pelik-pelik yang tak di endorse kerajaan. Saya sendiri pernah tengok ada kawan-kawan jadi hampir tak betul akibat kehilangan dari puluhan ke ratusan ribu ringgit. Mulakan dengan Amanah Saham Bumiputra atau Amanah Hartanah Bumiputra.

 

5. Jangan membeli kereta dahulu atau buat personal loan

Ini lah yang menjadi masalah besar pembeli rumah. Bila kita dah ada komitmen lain seperti kereta dan personal loan, bank tak akan bagi kita pinjaman. Beli rumah dulu. Kalau tak nak duduk boleh sewakan. Duit sewa dapat lebih, boleh bayar instalment kereta pulak. Jadi kereta kita beli tu, orang lain yang bayarkan.Bijak tak?

 

6. Belajar kewangan dan mula membeli.

Sambil-sambil tu, pergi lah cari ilmu sikit. Kewangan ni bukan boleh terjun je. Takut langgar dinding. Pergi ke kelas dianjurkan. Dan kalau tak pun cari buku atau follow mereka yang banyak cerita pasal hartanah ni. Banyak boleh cari di internet.

………….

Lagi sekali tahniah Janna Nick! Moga-moga yang baca ni boleh ambil manfaat dari nasihat Janna Nick.

Haa nak tambah lagi sikit, kalau ada yang nak beli rumah atau nak sewa tu bolehlah ke sini: Sewa/Beli Rumah, nanti kami tengokkan okay.

Kongsi Artikel Ini
Tajul Rijal Annuar
Tajul Rijal Annuar

Tajul Rijal adalah seorang Usahawan dan Perunding Hartanah. Beliau adalah salah seorang pengasas Kakiproperty.com.

Di masa lapang nya beliau suka menikmati sushi dan makanan korea bersama adik nya serta bermain bersama anak buahnya, Amsyar dan Cik Min.

Beliau pakar dalam digital marketing dan hebat dalam teknik sales. Selain itu, beliau juga Perunding Hartanah berpengalaman yang telah membantu klien nya menjual hartanah mereka dengan jayanya.

Untuk konsultansi, boleh whatsapp beliau di 0182407720

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *