Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Bazar Ramadhan Yang Best di Selangor


Bulan Ramadhan sudah menjelma lagi. Antara yang best tentang bulan Ramadhan ialah Bazar Ramadhan yang best.

Bila cakap tentang bazar ramadhan ni, mesti ada yang terliur ni terbayang-bayang juadah apa nak beli untuk buka puasa ni.

Ayam golek, murtabak, kambing bakar, satay, roti john, puding cheese, laici kang, air tebu dan banyak lagi sampai tak tau nak beli yang mana satu.

Kat Mana Bazar Ramadhan Yang Best?

Tak kurang jugak ada kaki berjalan-jalan mencari bazar ramadhan yang best, so yang tinggal di Selangor, kami ada 5 bazar ramadhan yang anda patut cuba:

1) Bazar Ramadhan Seksyen 13 Shah Alam

Sebelah Stadium Shah Alam. Kalau kat Shah Alam memang sini la bazar paling besar. Boleh kata kat sini anda nak apa pun kemungkinan besar akan ada.

Kadang-kadang juadah yang luar biasa pun ada boleh jumpa kat sini. Jangan lepaskan peluang untuk datang bazar ni.

2) Bazar Ramadan SS18, Subang Jaya

Ini pula bazar yang paling besar di Subang, banyak pilihan yang ada untuk anda pilih seperti ayam golek dan kambing grill.

3) Kompleks PKNS Shah Alam

Selain daripada Seksyen 13, anda juga boleh cuba bazar di sebelah kompleks PKNS Shah Alam. Kat sini pun banyak pilihan seperti ayam golek, laksa, cendol, dan sebagainya.

4) Taman Tun Dr. Ismail

Antara bazar yang sangat meriah dengan pengunjung yang mencari juadah berbuka. Bazar ni menjadi tumpuan warga damansara dan kawasan sekitar.

Menjadi pilihan ialah nasi kukus, nasi dagang, dan juga tepung pelita.

Bazar Ramadhan Yang Best
Image: BackPackingMalaysia.com

5) Taman Melawati

Sini banyak artis datang, kalau ada rezeki boleh terserempak dengan artis yang sedang membeli juadah berbuka. Malah, ada juga artis yang buka gerai di sini. Rata-rata pengunjung cakap sini best dengan Jack Biri-Biri Stew Grill Power. Nanti anda boleh cuba.

6) SS6 Kelana Jaya

Bazar ni bertentangan pasar raya Giant. Terkenal dengan beraneka makanan bakar yang dijual di lebih enam gerai di sana.

Antaranya ialah sambal ikan cencaru bagi mereka yang gemar makanan panggang.

7) Bandar Baru Bangi

Bazaar Ramadhan di Seksyen 16 ini merupakan Bazaar terbesar di Bandar Baru Bangi yang sentiasa dipenuhi dengan orang ramai sepanjang bulan Ramadhan. Juadah yang terkenal di sini adalah Ayam Golek, Nasi Ambeng, Nasi Lemak Kukus dan Burger Bakar.

8) Bangsar

Terletak di hadapan Masjid Bangsar. Ikan Bakar Portugis, Raja Murtabak, rojak, nasi dagang, nasi kerabu, ayam percik antara juadah yang menjadi tumpuan di sini.

Bazar Ramadhan Yang Best
Image: RebeccaSaw.com

9) Pantai Dalam

Bazar ini terletak berdekatan dengan Stesen LRT University, dan menawarkan pelbagai juadah menyelerakan seperti roti jala, kuih muih, ayam percik, nasi beriyani ayam merah, dan lain-lain.

10) Fasa 2, Puncak Alam

Yang terakhir khas untuk warga Puncak Alam, antara kawasan yang menjadi tumpuan pelabur hartanah. Bazar ni terletak di dalam Fasa 2 Puncak Alam.

Ada lebih kurang 200 gerai disediakan dengan pelbagai jenis pilihan. Antara yang special ialah Mustabak Abang Pendekar, air RM1, tepung pelita, nasi kak wok dan popia basah.

Memang semua bazar ada juadah yang sama dijual, tetapi setiap bazar akan keunikan yang tersendiri. Kalau juadah yang sama sekali pun, tetapi rasa lain-lain. Sebab tu ada bazar yang famous disebabkan satu makanan je. Bazar Ramadhan yang best ada banyak lagi, ini baru beberapa je ni. Kalau anda ada bazar favorite anda, kongsi la dengan kami.

BACA LAGI: Eco Grandeur Puncak Alam

 

Kongsi Artikel Ini
Shafiq Azni
Shafiq Azni

Seorang penulis dan perunding hartanah. Baru menamatkan pelajaran di peringkat Master (Kejuruteraan Mekanikal). Suka berkongsi ilmu dengan semua orang. Sentiasa mendalami ilmu-ilmu hartanah agar dapat berkongsi dengan pembaca Kakiproperty.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *