Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Jangan tak percaya. Memang sudah ada beg yang dicipta untuk menyelamatkan nyawa dari terkorban dalam nahas kebakaran. Jika anda berada di bangunan yang tinggi dan terperangkap di balcony kerana api sudah mulai marak sampai ke depan pintu rumah, beg ini mungkin boleh menyelamatkan anda. Beg ini amat sesuai untuk siapa-siapa yang tingal di bangunan kediaman tinggi lebih dari 2 tingkat.
Iyelah. Jika nak lompat dari tingkat ketiga dan keatas, keberangkalian untuk selamat dari impak lompatan adalah rendah. Maka, beg penyelamat kebakaran ni boleh meningkatkan kebarangkalian anda untuk anda keluar dari tingkat rumah anda dengan selamat. Tapi , INGAT! Cuma guna beg ini jika betul betul terdesak. Jangan la sebab anda malas nak berebut turun tangga semasa Fire Drill, anda gunakan Beg Penyelamat Kebakaran ini pulak. Ini buang tabiat namanya.
Diasaskan oleh skyscaver.com, beg ini dicipta dengan ciri-ciri:
Berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh lihat video cara penggunaan beg ini di sini.
Dipasarkan di Amerika Syarikat, anda boleh mendapatkan beg penyelamat kebakaran ini melalui laman web rasmi Skyscanner.
Anda boleh memilih beg ini dari 3 jenis pilihan. Semuanya jenis pilihan ini mempunyai fungsi dan ciri-ciri yang sama kecuali jumlah panjang tali: 25 meter, 50 meter dan 80 meter. Pastikan anda dah siap siap kira tinggi tingkat yang anda tingkat sebelum membeli beg ini ya? Nanti tak pasal pasal terlalu pendek pula.
Apapun, banyak lagi cara-cara yang kita boleh lakukan jika terperangkap dalam kebakaran di tempat tinggi. Tapi, Beg Penyelamat Kebakaran ini mungkin boleh meninggikan kebarangkalian kita untuk selamat. Jadi, tak salah bersedia kan?
Semoga bermanfaat!
Rujukan:
Jika ada sebarang komen, atau pendapat bolehla tulis diruang komen ya.
Jangan lupa untuk like FB kami di
FB : Kaki Property
#kakiproperty