Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Semalam gempar di media sosial mengatakan Dato Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman, telah di bebas kan dari tahanan reman. Berita ini dilapor kan oleh banyak akhbar. Sebelum ini beliau telah di soal bertalu-talu oleh mangsa yang tak berpuas hati yang mendapat pembelaan PPIM yang diketuai Tuan Yusuf Azmi.
Tak lama selepas itu, Boy Iman dan beberapa rakannya yang lain termasuk DS Anggun telah di tahan polis. Ingat kan mereka ini ditahan sekejap sahaja untuk membantu siasatan tetapi telah di tahan reman di beberapa balai polis di beberapa negeri seluruh negara. 6 kali lah bertukar gari. Dah macam bola disepak-sepak jadi nya.
Tapi semalam, berita melaporkan beliau telah di bebaskan dari tahanan dan ini menyebabkan ramai tak puas hati!!
Jom baca apa ulasan Puan Nor Zabetha yang merupakan peguam litigasi. Tulisannya yang lain boleh di dapati di sini : Tanya Peguam Anda. Tuan Puan Pembaca boleh menghubungi beliau jika ada keperluan undang-undang.
Mari tengok ulasan beliau:
Ini bukanlah berita kemenangan kepada boy iman dan rakan sekutunya.
Semalam dilaporkan dalam berita, permohonan penahanan reman Boy Iman dan tiga yang lain ditolak oleh Mahkamah Majistret. Berita ini pasti mengecewakan mangsa-mangsa penipuan Juta Kelulut dan DBI properties.
Ini kerana peguam mereka iaitu Faizul Mohd Nasir yang mewakili keempat-empat suspek memberi alasan bahawa mereka telah direman di beberapa mahkamah sebelum ini dan tempoh tahanan tersebut sudah cukup untuk polis melakukan siasatan. Oleh yang demikian majistret di Bukit Mertajam telah membenarkan agar Boy Iman dan tiga yang lain dibebaskan dan permohonan reman ditolak.
Ini hanyalah sebahagian dari proses undang-undang sebelum dibawa ke Mahkamah.
Berdasarkan undang-undang, selepas report polis dibuat terhadap Boy Iman, polis akan melakukan penilaian sama ada terdapat unsur jenayah berdasarkan seksyen jenayah. Dalam kes ini, polis mendapati kesalahan Boy Iman adalah dibawah Seksyen 420 iaitu penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta. Membawa hukuman penjara tidak kurang dari 1 tahun dan tidak melebihi 10 tahun DAN rotan DAN denda.
Setelah report diterima. Polis akan mengambil Boy Iman untuk memberi keterangan dan ditahan reman. Polis hanya boleh menahan Boy Iman dalam tempoh 24 jam sahaja untuk tujuan siasatan (seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah).
Sekiranya siasatan masih tidak selesai dalam tempoh 24 jam, pihak polis perlu memohon untuk menahan reman Boy Iman di mahkamah.Tanpa perintah mahkamah untuk menahan reman Boy Iman selepas tempoh 24 jam, penahanan Boy Iman akan menjadi tidak sah.
Di Malaysia, tempoh reman yang akan dibenarkan oleh mahkamah adalah seperti berikut:
a) Sekiranya kesalahan yang dilakukan kurang dari hukuman penjara 14 tahun, tahanan reman kali pertama tidak melebihi 4 hari dan lanjutan reman kali kedua tidak 3 hari melebihi;
b) Sekiranya kesalahan yang dilakukan melebihi hukuman penjara 14 tahun atau hukuman mati, tahanan reman kali pertama tidak melebihi 7 hari dan lanjutan reman kali kedua tidak 7 hari melebihi;
Memandangkan Boy Iman, dituduh dibawah Seksyen yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun, oleh yang demikian Boy Iman boleh ditahan reman seperti perenggan (a) di atas iaitu reman kali pertama maksimum 4 hari dan lanjutan reman maksimum 3 hari.
Dalam kes Boy Iman ini, terdapat banyak laporan polis terhadapnya. Boy iman telah mula di tahan reman sejak 2/10/2017 di Balai Polis Bukit Indah, Ampang , selesai tempoh tahanan reman di satu tempat, Boy Iman akan dibawa ke tempat lain yang terdapat laporan terhadapnya.
Terdapat pula laporan terhadapnya di setiap beberapa negeri di Malaysia. Oleh itu, pihak polis menahan reman Boy Iman di setiap negeri ini. Boy Iman ditahan reman sebelum ini di Ampang dan Shah Alam di Selangor; Muar di Johor Bahru; Sungai Petani dan Kubang Pasu di Kedah serta Kangar, Perlis
Sehinggalah di Bukit Mertajam kerana tahanan reman terhadapnya terlalu lama dan Mahkamah mungkin berpendapat siasatan sepatutnya telah selesai dalam tempoh dia ditahan sebelum ini, oleh yang demikian permohonan reman terhadapnya tidak dibenarkan di Bukit Mertajam. Tetapi kes masih berjalan.
Situasi lanjutan reman ini kebiasaannya disebabkan polis tidak mendapat bukti yang kukuh untuk menahan mereka. Oleh itu, polis cuba melanjutkan reman agar dapat membuat siasatan lanjut dan suspek tidak melarikan diri. Mungkin siasatan perlu lebih terperinci kerana kaedah penipuan mereka melibatkan pihak yang berbeza dan cara yang licik.
Sekiranya Boy Iman dibebaskan bukanlah bermakna dia sudah bebas dari sebarang tindakan pihak berkuasa. Selepas ini, polis akan menyiapkan kertas siasatan dan menyerahkan kepada pendakwaraya. Pendakwaraya akan meneliti siasatan dibuat oleh polis. Sekiranya terdapat kes barulah pendakwaraya akan mengemukakan pertuduhan di mahkamah.
Pertuduhan terhadap Boy Iman mungkin berpuluh-puluh kerana terdapat banyak laporan polis terhadapnya. Di mahkamah nanti, pendakwaraya akan membaca kesemua pertuduhan ini seperti contohnya:
“Dan bahawasanya kamu secara tidak jujur telah menipu Si Polan dengan mengambil wang sejumlah RM60,000.00 bagi penjualan rumah di Pulau Pinang dan sehubungan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan yang menetapkan hukuman penjara tidak lebih satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat dan juga denda”
Ini baru satu pertuduhan, di satu Mahkamah. Sekiranya terdapat banyak pertuduhan berkemungkinan Boy Iman akan menghadapi hukuman berat.
Apa-apapun ini semua bergantung kepada siasatan polis dan dakwaan/tindakan oleh pendakwaraya. Boy Iman perlu membela diri dengan melantik peguam. Mari sama-sama kita berdoa semoga keadilan dapat dikendalikan dan nasib-nasib mereka yang ditipu akan terbela. Amin
Sebelum di jatuhi hukum kita tak boleh claim sama ada Boy Iman bersalah atau tidak. Hakim akan menilai dan menjatuhkan hukuman sewajarnya. Dan kami di KakiProperty berdoa setiap hari supaya kebenaran terbukti di mahkamah , makcik pakcik teraniya di berikan pembelaan yang sepatutnya dan yang bersalah di hukum sekeras-keras nya!!
[…] penipuan berkaitan rumah berlaku. Ada yang sedang di siasat dan masih lagi dalam tempoh pembicaraan seperti kes Boy Iman. Dan ada lagi entah tak tahu apa jadi seperti kes Ustaz […]