Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Setiap tahun ada je graduan-graduan yang baru memulakan kerjaya masing-masing. Antara mereka mungkin ada yang berminat nak beli rumah awal, jadi perlu tahu cabaran hartanah yang perlu hadapi.
Dalam artikel kita cuba kupas sedikit cabaran hartanah ni dari segi cabaran untuk membeli atau memiliki hartanah terutamanya rumah.
Nak beli hartanah ni bukan senang macam beli kereta. Kereta pun sekarang dah susah dah nak beli apatah lagi nak beli rumah.
Cabaran yang pertama adalah PTPTN.
Mungkin tak semua ada pinjaman PTPTN ni tapi jumlah peminjam sangat ramai dan banyak pembeli yang kena reject loan sebab PTPTN.
Ni semua gara-gara PTPTN di masukkan dalam CCRIS. Bila dah masuk dalam CCRIS, bank akan kira sebagai komitment bulanan yang akan ganggu DSR anda,
Untuk membolehkan anda lepas buat loan rumah, anda kena settle tunggakan PTPTN tu dulu. kalau tunggakkan 10 ribu, settle tu dulu baru boleh buat loan.
Ha, nak kumpul duit untuk kahwin lagi, untuk settle PTPTN lagi. Cabaran yang sukar bagi peminjam PTPTN.
Cabaran kedua pula adalah deposit rumah.
Deposit rumah ni bukan sahaja cabaran untuk para graduan, ini juga cabaran untuk semua orang.
Seperti yang ramai tahu, deposit rumah memerlukan 10% daripada harga rumah. Kalau ada yang baca artikel kami sebelum ni, anda memerlukan lebih daripada 10% sebenarnya.
BACA LAGI: Deposit rumah lebih 10%, kenapa?
Kalau anda nak beli rumah harga 300 ribu, deposit rumah saja dah 30 ribu. Kos-kos yang lain lagi dah jadi 40 ribu.
Jumlah 40 ribu tu nak kumpul bertahun tu bagi yang berpendapatan sederhana.
Tetapi kalau anda beli rumah projek atau under-construction, anda dapat jimatkan sedikit kos-kos tertentu dan ada juga yang bagi pakej tanpa deposit.
Cabaran yang ketiga pula harga rumah.
Ini adalah isu hartanah sekarang yang menjadi cabaran untuk anda yang nak beli rumah.
Kenaikkan harga rumah agak tinggi tetapi gaji tak naik-naik. Terutama graduan yang baru bekerja, purata gaji dalam RM2500.
Harga rumah yang boleh beli mungkin dalam RM200,000-RM250,000 je maksimum. Tu pun kalau tak ada komitmen kereta.
Lingkungan harga tu susah nak dapat rumah teres. Mungkin boleh dapat rumah apartment. Kalau rumah bawah projek kerajaan memang ada harga tu, tapi kena la berebut dan bergantung kepada rezeki jugak.
Bagi saya tak perlu terburu-buru pun. Buat satu persatu, settle step by step. Bagi yang ada PTPTN, settle kan itu dulu. Kemudian kumpul duit sikit-sikit. Biar lambat asalkan anda dapat jugak rumah sendiri. Ada harta untuk diwarisi kemudian hari.
Jika anda memerlukan bantuan untuk membeli rumah, kami juga boleh membantu anda. Klik SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut.