Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Hari ini, terlalu banyak persoalan mengenai caj yang akan di kenakan bila tinggal di rumah jenis strata. Caj penyenggaraan(maintenance fee), cukai taksiran (assessment rate), cukai pintu, cukai tanah, insurans kebakaran. Terlalu banyak untuk di bayar!
Maka, timbullah idea pihak tertentu untuk mengabungkan cukai taksiran dan caj penyengaraan. Dengan pengabungan caj bayaran tersebut, adakah ianya mampu meringankan beban pembayar atau membebankan mereka?
Cukai taksiran -Sebagai membantu kerja selenggara dan pengurusan infrastruktur, sistem lampu, pergurusan sampah, pembersihan perparitan dan sebagainya. Tertumpu kepada kawasan/daerah kita tinggal.
Caj penyengaraan- Untuk kerja selenggara dan pembaikan di bangunan kediaman. Kerja pembersihan,lanskap dan sebagainya. Hanya tertumpu pada kawasan bangunan kediaman sahaja.
Jika dapat digabungkan.Bagaimana pengagihan pendapatan akan di buat?
Memandangkan kedua-dua jenis bayaran ini adalah jenis yang berbeza.Malah ejen pemungut pun berbeza.
Hasil dari kutipan caj penyelengaraan itu akan di masukkan ke dalam Akaun Penyenggaraan atau Akaun Kumpulan Wang Penjelas atau Sinking fund.
Sebenarnya boleh atau tidak dua caj ini digabungkan?
Dari sudut positif, dalam tempoh jangka masa yang panjang ini akan menjanjikan keseragaman dan kesenangan kepada Badan Pengurusan.
Dari sudut negatifnya. Penerimaan masyarakat. Peningkatan bayaran cukai. Peningkatan kos sara hidup boleh terjadi.
Malah, dua akta yang berbeza telah memberi mandat untuk mengutip cukai dan mengutip caj penyelengaraan. Jadi mengapa perlu di campur adukkan sistem dan tanggungjawab dua pihak?Malah, Akta 757 juga telah dibuat pindaan mengenai siapa yang diberi mandat untuk menguruskan bangunan strata.