Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Cara Apply Skim MyDeposit 2018. Untuk yang tak tau apa itu skim MyDeposit, boleh baca kat SINI dulu. Untuk arkitel ini, saya lebih kepada nak tunjukkan korang macam mana nak apply MyDeposit. Banyak rakan-rakan yang excited bila saya cerita pasal MyDeposit ni, semua tanya macam mana nak apply skim MyDeposit ni, so, kat sini saya tunjukkan.
Pastikan korang dah mark rumah mana korang nak beli yang korang nak gunakan skim MyDeposit ni. Pastikan syarat-syarat dipenuhi terlebih dahulu. Kalau korang taktau syarat, maknanya korang tak baca lagi artikel berkenaan MyDeposit yang kami tulis sebelum ni. Haa, sebab tu saya suruh baca dulu kat SINI. Kalau malas klik, tengok gambar kat atas je pun ada.
PENTING: Permohonan dibuka dari 15 Disember 2017 sehingga 15 Februari 2018. Jangan korang terlambat.
Lepas korang dah hantar permohonan online tu, tunggu je la permohonan anda lulus. Jika lulus, anda akan dapat surat tawaran secara online, jadi kena download surat tu.
Kemudian, semak dan apply loan rumah dekat bank korang nak.
Ok, bila loan lulus, korang diberi masa 30 hari untuk tandatangan S&P. Kalau tak dapat dalam masa 30 hari, permohonan korang yang lulus tu akan terbatal.
Bila loan lulus juga, korang kena tandatangan offer letter untuk loan dari bank. Lepas tu penjual atau pemaju tu akan tuntut kat kerajaan 10% deposit guna offer letter MyDeposit tadi.
Lepas kerajaan dah bayar 10% tadi, pemantauan akan dilakukan dan korang tak boleh jual rumah korang dalam masa 10 tahun.
Carta alir di bawah ni boleh bantu korang lebih jelas proses Skim MyDeposit 2018 ni.
Sumber: HartanahWow, Permohonan.my, SPRN
[…] Baca lagi: Cara Apply Skim MyDeposit 2018 […]