Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Cara Buat Pelaburan ASB Financing


Pernah dengar kan tentang pelaburan ASB financing? ASB (Amanah Saham Bumiputera) ni adalah satu platform untuk kaum bumiputera untuk menyimpan sambil melabur.

Setahun sekali setiap pelabur akan dapat dividen dalam 6%-8% (ikut keuntungan ASB) daripada jumlah simpanan anda.

Jadi, lagi banyak simpanan anda lagi banyak la anda dapat kan? Ha, sebab tu wujudnya ASB Financing.

Apa Itu ASB Financing

ASB Financing adalah satu pembiayaan/pinjaman untuk pelaburan ASB. Anda boleh memohon sehingga RM200,000.

Kenapa RM200,000 je? Sebab itu had maksimum untuk melabur dalam ASB. Anda kaya macam mana pun, maksimum setakat 200 ribu ja boleh simpan/labur.

Apa yang best ASB financing ni? Sebab dengan ASB financing, anda boleh mulakan pelaburan anda dengan jumlah maksimum iaitu 200 ribu.

Setiap setahun dividen anda dikira daripada jumlah 200 ribu tu. Banyak kan anda dapat? Sebab itu yang ramai buat ASB financing ni.

pelaburan asb financing

Cara Buat Pelaburan ASB Financing

Tak susah nak buat pelaburan ASB Financing ni sebab banyak bank yang menawarkan ASB financing.

  1. Mohon ASB financing ikut maksimum yang anda layak. Tak semua layak dapat 200 ribu financing. Sama macam buat loan kereta dan rumah.

  2. Bank akan beli sijil ASB atas nama anda. Sijil tu bank akan pegang ye.

  3. Anda perlu bayar bulanan dekat bank ikut interest semasa bank offer financing tu.

  4. Kalau ASB financing 200 ribu, anda mungkin perlu bayar dalam RM1,073 sebulan kepada bank (5% rate).

  5. Keuntungan anda pula mungkin dalam RM1166 sebulan (7% dividen). Mungkin ada yang cakap “Eleh, sikitnya dapat sebulan”. Anda kena ingat, setiap tahun prinsipal pembiayaan ASB yang anda perlu bayar semakin berkurang.

  6. Target buat financing untuk 5 tahun. Jangan keluarkan dividen.

  7. Selepas 5 tahun jumlah terkumpul akan jadi dalam RM280,000. Baki pembiayaan lebih kurang RM185,000.

  8. Anda terminate pembiayaan dengan membayar bank sebanyak RM185,000. Baki yang anda ada ialah RM95,000.

  9. Dalam 5 tahun anda boleh dapat RM95,000. Kalau anda simpan biasa RM1100 sebulan, 5 tahun baru dapat RM66,000. Anda untung RM29,000 extra tu.

  10. Apa lagi, guna la duit tu buat deposit beli rumah.

Kalau masih ada yang belum faham, boleh follow Kakiproperty sebab banyak lagi artikel tentang ASB ni.

BACA LAGI: 5 Sebab Bank Reject Loan Anda

 

Kongsi Artikel Ini
Shafiq Azni
Shafiq Azni

Seorang penulis dan perunding hartanah. Baru menamatkan pelajaran di peringkat Master (Kejuruteraan Mekanikal). Suka berkongsi ilmu dengan semua orang. Sentiasa mendalami ilmu-ilmu hartanah agar dapat berkongsi dengan pembaca Kakiproperty.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *