Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Ada tak di sini pemilik rumah yang merupakan kakitangan kerajaan? Anda tahu tak cara jual rumah yang ada loan kerajaan?
Mana tau mungkin satu hari nanti anda nak jual rumah yang anda beli dengan loan kerajaan.
Ada prosedur tertentu ke kalau nak jual rumah yang ada loan kerajaan ni, ke sama je macam loan lain?
Adakah anda perlu settle kan baki loan yang masih ratusan ribu ringgit tu dulu baru boleh jual rumah?
Loan kerajaan ke, loan kovensional ke, konsep yang digunakan adalah sama iaitu rumah anda dijadikan cagaran untuk pinjaman anda.
Dalam agreement loan akan ada semua detail tu. Siapa peminjam, atas nama apa cagaran dibuat, berapa harga cagaran, dan lain-lain lagi.
Bagi loan kerajaan, pinjaman perumahan anda adalah di bawah LPPSA.
Sebenarnya tak ada prosedur yang leceh sangat bagi pihak anda sebagai pemilik rumah.
Setelah anda dapat pembeli, peguam anda menyiapkan Sale and Purchase Agreement (S&P atau SPA).
Untuk SPA tu, peguam akan mintak salinan IC pemilik, SPA lama, geran, loan agreement lama, dan lain-lain dokumen jika diminta. Yang 4 dokumen tu paling penting anda kena ada.
Setelah SPA tu siap, peguam akan minta pemilik dan pembeli untuk tandatangan SPA tu. Selepas itu peguam akan keluarkan “Advice”.
Apa tu advice? Advice ni adalah notis kepada pembeli (jika beli tunai) atau bank pembeli (jika pembeli guna loan) untuk selesaikan baki pinjaman anda dengan LPPSA.
Setelah LPPSA menerima baki pinjaman tu, mereka akan melakukan proses melepaskan cagaran yang disebut “Discharge of Charge”.
Proses ni membolehkan rumah tersebut ditukar hakmilik dan juga penama cagaran yang baru.
Dah settle yang itu baru la masuk ke proses Final Disbursement yang mana baki bayaran akan diserahkan kepada pemilik iaitu anda. Pembeli pula akan dapat kunci.
Nampak proses macam susahkan? Tapi proses tu semuanya diuruskan oleh peguam, jadi anda tak perlu nak risau. Hanya perlu sediakan dokumen yang diperlukan sahaja.
BACA LAGI: Tips Jual Rumah Cepat
Dah pening kepala cari buyer untuk hartanah anda? Apa susah, anda klik saja di sini: Jual Hartanah
Salam…. Saya baru start potongan loan lppsa thn 2019…mcm yg saudara kata X susah nak jual semula …saya ambil apartment …loan utk 21 tahun …berapa bayaran utk caj perkhidmatan peguam yg terlibat Dan siapakah yg perlu membayar kpd peguam tersebut… Saya atau pihak pembeli…. Terima kasih…
Macam mana jika rumah itubaru beli dan belum cukup 5 th dan loan krjn.
Boleh ke jual rumah loan kerajaan kalau tempoh pembelian baru masuk 2 tahun?