Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Cara Kira Kelayakan Untuk Beli Rumah


Jika anda sedang merancang untuk beli rumah, artikel ni akan berguna untuk anda. Sebelum anda membuat keputusan untuk memilih rumah, anda kena tahu berapa harga rumah yang anda mampu beli. Anda boleh menyemak kelayakan anda dengan bank atau jika tahu cara kira kelayakan untuk beli rumah, boleh kira sendiri.

Kalau anda tahu cara kira kelayakan sendiri, tak perlu anda nak ke bank hanya nak semak kelayakan. Mungkin tak tepat macam pengiraan bank, tapi masih boleh diterima. Lagipun kalau anda pergi ke bank untuk semakan, bank pun hanya kira secara kasar je, yang terperinci mereka hanya kira selepas anda submit untuk buat loan. Untuk pengiraan kasar ni, anda boleh buat sendiri.

Cara Kira Kelayakan Untuk Beli Rumah

Pertama anda kena tahu apa itu DSR kerana kelayakan pinjaman anda bergantung kepada DSR anda.

DSR (Debt Service Ratio) atau dikenali juga sebagai DBR (Debt Burden Ratio) ini adalah penanda aras kemampuan anda yang digunakan oleh pihak bank.

DSR juga bergantung kepada jumlah gaji anda.

Contonya:

Gaji kurang RM3,500 = DRS maksimum 50%

Gaji melebihi RM3,500 = DSR maksimum 70%

Macam nak kira DSR?

Formula simple macam ni:

cara kira kelayakan

Contoh:

Gaji: RM3,000 (DSR maksimum 50%)

Gaji bersih: RM2,700

Komitment bulanan: RM500

(500/2700)x100% = 18.5% (DSR sekarang)

Maksimum kelayakan = (0.5 x 2,700 ) – 500 = 850

Maknanya maksimum anda boleh dapat rumah yang bulanan dalam RM850, atau harga rumah dalam RM170,000 sahaja.

Boleh cuba guna CALCULATOR INI

Selain tu anda kena tau jugak apa itu NDI (Nett Dispossible Income)

NDI = Total gaji bersih – Total komitment – Bulanan bayaran rumah baru

= 2700 – 500 – 850

=1350

NDI ni untuk pengiraan had kos sara hidup. Jika tinggal di bandar NDI diperlukan 1300 ke atas, maka contoh di atas lepas la untuk orang di bandar. Kalau luar bandar NDI minimum 900 sahaja sebagai contoh.

“Saya ada dapat komisen, boleh masukkan tak?”

Untuk pengiraan jenis income, tak semua bank ambil kira 100%. Untuk yang dapat gaji berdasarkan komisen, bank akan ambil purata komisen untuk 6 bulan, dan hanya 50% daripada komisen itu sahaja diambil kira sebagai gaji.

Jika anda anda sewakan rumah, boleh dijadikan income tambahan tetapi hanya 80% daripada jumlah sewa itu sahaja dikira.

Kalau ada ASB, boleh diambil kira 100% tetapi kalau ada pembiayaan ASB, yang itu dikira sebagai komitmen. Tetapi, tak semua bank terima ASB. Kalau ada fixed deposit dengan bank, itu akan dikira 100%.

Untuk yang ada perniagaan sendiri, boleh baca kat link bawah ni:

BACA LAGI: Apply pinjaman tanpa slip gaji

Jadi lepas ni, sebelum anda survey rumah anda dah boleh kira siap-siap kelayakan anda. Senang nanti proses untuk apply loan. Tak ada la bank nak reject sebab melebihi had kemampuan. Untuk pengetahuan anda, pengiraan yang saya tunjuk di atas adalah daripada Maybank. Setiap bank ada had-had DSR dan NDI yang mereka tentukan sendiri, dan setiap tahun mungkin bertukar. Maybank pun tahun ni mungkin dah tukar dah. Apa-apa pun, anda tetap boleh kira secara kasar.

Haaa kalau ada berhajat nak beli rumah atau dah tetapkan bajet harga rumah bolehla ke sini: Beli Rumah, nanti kami tengokkan.

Kongsi Artikel Ini
Shafiq Azni
Shafiq Azni

Seorang penulis dan perunding hartanah. Baru menamatkan pelajaran di peringkat Master (Kejuruteraan Mekanikal). Suka berkongsi ilmu dengan semua orang. Sentiasa mendalami ilmu-ilmu hartanah agar dapat berkongsi dengan pembaca Kakiproperty.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *