Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Bagi yang sedang merancang untuk membeli rumah, mesti ada yang tertanya macam mana Cara Memohon Pinjaman Perumahan ni.
Cara memohon pinjaman perumahan tak susah, cuma mungkin agak leceh.
Leceh pun bab kena mintak cuti ja untuk buat urusan. Yang lain tu tak ada terlalu leceh pun.
Untuk memudahkan anda sendiri, anda boleh semak terlebih dahulu berapa kelayakan maksimum yang anda boleh dapat.
Yang ini anda boleh kira sendiri ja, tak perlu pergi bank pun. Kalau ada kenal agent, boleh mintak agent kirakan.
CARA KIRA KELAYAKAN PINJAMAN PERUMAHAN
Kalau dah tau berapa anggaran kelayakan, anda boleh mula survey rumah untuk dapatkan rumah yang anda suka di dalam lingkungan had kelayakan pinjaman anda.
Boleh cari dekat web property, melalui agent dan juga dengan pergi di kawasan itu sendiri.
Kalau boleh dapatkan 3 rumah yang harga berbeza sebagai back up.
Selepas itu, sediakan dokumen-dokumen penting sebelum pergi berurusan dengan pihak bank.
Antara dokumen yang penting adalah slip gaji 3 bulan terkini, penyata bank, penyata KWSP, dan juga laporan CCRIS.
Semua dokumen tadi anda perlu bawa kepada pegawai bank yang anda nak buat loan.
Anda boleh ja nak skip ke langkah ke-5 terus, jika anda yakin anda boleh dapat jumlah pinjaman yang anda nak.
Kalau tak yakin, sila dapatkan jumlah tepat kelayakan maksimum yang anda boleh buat pinjaman daripada pegawai bank.
Sebab tu perlu survey beberapa buah rumah.
Nak mohon pinjaman ni anda kena ada Offer to Purchase form atau legal document yang menyatakan harga rumah dan detail-detail tentang rumah yang anda nak beli tu.
Bank akan hantar valuer untuk menilai harga sebenar rumah tersebut. Bank hanya akan bagi 90% sahaja daripada jumlah loan yang anda mohon atau daripada nilai valuer tadi, ikut yang mana lebih rendah.
Proses ni makan masa sikit. Jadi kena tunggu, rajin-rajin la follow up dengan pegawai bank tu.
Mohon la daripada 3 buah bank, tengok bank mana yang offer interest rate lebih rendah.
Selalu tugas anda hanya setakat ni sahaja, bila dah sign offer letter loan tu, tugas untuk mendapatkan lain-lain document atau proses yang pening-pening tu serahkan kepada agent dan peguam sahaja ye.