Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Cara Nak Melabur Hartanah Tanpa Modal


Pasti ramai yang berminat nak melabur dalam hartanah ni tapi nak melabur hartanah tanpa modal ni boleh ke tak?

Kalau bab melabur dalam hartanah ni memang dah sinonim la dengan modal yang tinggi. Jadi tak semua boleh buat.

Modal yang diperlukan selalunya dalam 13% daripada harga hartanah. Tu dah termasuk kos guaman dan lain-lain.

13% daripada harga hartanah tu memang berpuluh-puluh ribu ringgit la. Kalau harga rumah RM250,000 modal lebih kurang RM32,000. Banyak kan?

Jadi, macam mana kalau tak da modal berpuluh-puluh ribu macam tu? Kalau nak kumpul, belum tentu boleh berdisiplin simpan bulan-bulan.

Kalau boleh simpan bulan-bulan, akan ambil masa bertahun untuk cukup berpuluh-puluh ribu. Ha, agak-agak ada tak cara nak melabur hartanah tanpa modal?

Cara Nak Melabur Hartanah Tanpa Modal

Melabur hartanah tanpa modal ni kalau anda expect anda tak perlu keluarkan duit langsung, jangkaan anda meleset.

Pertama anda perlu tahu kos-kos yang terlibat dalam pembelian hartanah.

Kos-kos Dalam Pembelian Hartanah

Kos yang utama adalah deposit dan kos guaman. Itu modal yang paling besar. Ada satu cara yang anda boleh dapat rumah tanpa keluarkan modal yang besar macam tu. Macam mana tu?

Cara yang selalu digunakan adalah dengan membeli rumah undercon/project. Sebab apa?

Rumah undercon selalunya akan diberi diskaun terutamanya jika anda seorang bumiputera, akan ada additional diskaun.

Jika diskaun yang anda layak dapat melebihi 10%, selalunya tak perlu bayar deposit 10%, terus tolak daripada diskaun tu.

Kos guaman pula, untuk undercon selalunya akan ada pakej kos guaman secara percuma.

Jadi, anda hanya perlu bayar duit booking sahaja antara RM1000-RM3000 dan apply loan rumah. Lepas tu tunggu je rumah siap.

Sebelum ni pun Kakiproperty ada jual projek di kawasan Salak Tinggi yang mana bumiputera boleh dapat diskaun sehingga 17%. Dah la tak perlu bayar deposit 10%, yang 7% tu pulak akan dipulangkan selepas rumah siap. Umpama beli rumah, dapat rumah + cash.

Tapi tak semua projek best macam tu. Ada projek yang hanya bagi diskaun 7% dan percuma kos guaman. Anda kena rajin-rajin follow dan update dengan agent-agent yang specialize dalam rumah undercon.

Dengan guna cara rumah undercon ni, sekurang-kurangnya anda tak perlu keluarkan modal yang tinggi. Modal dua tiga ribu pun dah boleh dapat rumah untuk pelaburan.

Kongsi Artikel Ini
Shafiq Azni
Shafiq Azni

Seorang penulis dan perunding hartanah. Baru menamatkan pelajaran di peringkat Master (Kejuruteraan Mekanikal). Suka berkongsi ilmu dengan semua orang. Sentiasa mendalami ilmu-ilmu hartanah agar dapat berkongsi dengan pembaca Kakiproperty.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *