Enter your email address below and subscribe to our newsletter

“Encik Jangan Fikir Duit Je. Kapitalis lah Encik Ni!” – Zainab


“Jangan Fikir Duit Je”. Sentap kan bila baca tajuk ni? Ni adalah mesej yang pernah saya terima dalam WhatsApp saya. Aduhh. Waktu tu nak sentap pun ada nak gelak pun ada. Saya pernah terima mesej macam ni 2 kali. Satu dari penyewa sendiri dan satu lagi dari bakal penyewa. Saya rasa ramai pemilik rumah (landlord) yang biasa nya di cop sebagai kapitalis.

Ceritanya mudah. Mahu duduk menyewa tetapi dengan kadar yang sangat murah.

Saya biasa mendapat permintaan dari pada penyewa yang mahu menyewa bilik mahupun rumah. Jika mahu menyewa bilik, ramai yang mahu kan bilik seorang tanpa dikongsi. Dan kalau boleh mahukan dengan wifi internet turut masuk dalam harga. Berapa harga di mahukan untuk bilik master? RM 150 dan dia mahu tinggal seorang.

Jika yang mahu menyewa sebuah rumah pula, jika harga sewa adalah RM 1500 , terus mahu RM 1000.

Bukan nya tak ada rumah yang murah. Tetapi berpadan lah dengan keadaan rumah tersebut.

Mari kita tengok kenapa pemilik rumah perlu letak kan harga sebegitu.

“Jangan Fikir Duit Je Lah,Encik”

Nah, jom tengok apa encik ni nak kena tanggung:

Instalment / Ansuran Bulanan

Ini lah sebab paling besar. Kata lah apartment biasa-biasa sekarang pun harga dalam RM 250,000. Jika di kira secara kasar, instalment bulanan sahaja dah cecah RM 1250. Bila nak di bayar kepada bank sahaja sudah banyak ini, tak kan lah sewaan boleh jadi RM 500 satu rumah. Kalau kita pun beli barang kereta mahal-mahal, kemudian bagi kawan pakai/pinjam, sekurang nya dia tak bayar sewa sehari pun atleast isi lah penuh tangki minyak kan?

Sama juga macam hal ini. Tak kan lah kita beli dan kemudian kita beri sewa, kita pula nak tanggung dia duduk.

Tapi ada juga pemilik rumah (yang di cop kapitalis ) yang terpaksa menanggung separuh dari jumlah ansuran akibat pembelian yang melebihi harga pasaran. Ini pun dah bagi murah nak minta murah lagi.

Di sebab kan itu lah ada pemilik rumah menyewa kan ikut bilik untuk memaksimakan sewaan.

Kos-Kos Awalan Dan Kelebihan Rumah

Ada rumah-rumah yang dah di renovasi dengan cantik. Ada pula yang fully furnish. Contoh macam rumah yang saya uruskan. Setiap bilik ada katil, tilam dan almari. Rumah pula dilengkapi dengan TV, meja makan, dapur masak, tong gas, peti ais dan mesin basuh.

Maksudnya semua nya sudah tersedia. Tinggal masuk dan bawa beg baju sahaja.

Dan semua barang-barang tersebut di beli dengan wang ringgit dan mencecah semua sekali ribuan ringgit juga. Bila disewakan kita boleh agak yang kerosakan akan berlaku dan kerosakan ini perlu ditanggung oleh tuan rumah. Kerosakan seperti tukar lampu rosak, paip bocor, pintu rosak, katil patah (ini serius buat saya pelik.apa wrestling ka?) , pintu almari patah, kipas rosak dan lain-lain kebiasaannya terpaksa ditanggung oleh Tuan Rumah Kapitalis ni.

katil besi pun boleh patah – credit blog syamin saad

Kalau anda menjadi pemilik rumah, saya pun tak rasa anda nak bagi sewa. Sebab tu ramai juga yang saya jumpa sanggup bayar bodoh-bodoh je instalment rumah sebab sayang rumah takut rosak bila bagi sewa.

 

Kemudahan Yang Dapat

Yang anda sewa bukan lah cuma rumah. Nak cari rumah murah bukan tak ada. Ada je. Tapi dah tentu ada yang kita suka dan ada yang kita tak suka. Kalau kita faham yang cuma RM 5k kita boleh beli kereta kacil manual tahun 1997, jangan lah merintih kata kapitalis sebab dengan jumlah RM5K tak boleh beli BMW 5 Series.

Sama lah juga macam rumah. Kebiasaannya hujah adalah rumah ini satu keperluan. Dah tentu keperluan. Tapi keperluan yang ada paling kritikal adalah untuk ada tempat berlindung.

Jadi sesuai lah dengan harga. Kalau mahu kan rumah landed, siap ada gated guarded semua, tak kan lah kita boleh expect dapat harga sama macam kita sewa rumah flat 4 tingkat, yang rumah kita di tingkat paling atas. Tak lah kan. Sama juga dengan kemudahan lain. Macam rumah flat dengan LRT seberang jalan, sudah pasti harga nya mahal berbanding rumah flat yang jauh dari kemudahan macam tu.

Bukan tak ada rumah yang murah. Tapi isu nya nak tak nak je lah duduk situ.

 

Ini yang dalam PJ. Kalau luar PJ banyak lagi murah.

 

Risiko Yang Di Tanggung

Ini lagi satu issue. Ramai complaint tentang deposit bila nak menyewa. Amalan biasa adalah deposit 2 bulan + 1 bulan pertama + 1/2 utiliti. Kadang-kadang ada Tuan Rumah Kapitalis berbaik hati bagi murah sikit. Saya sendiri pun deposit yang saya minta agak rendah bagi penyewa bilik. Itu pun ada yang nak masuk tanpa deposit.

Kenapa perlu nya deposit ni? Sebab banyak risiko yang ditanggung. Ye lah. Bila nak masuk mulut memang manis. Janji akan bayar sewa tepat masa. Janji akan jaga rumah elok-elok. Janji akan kemas kan rumah cantik-cantik. Tapi janji hanya tinggal janji. Ada yang pernah saya jumpa, dengan barang-barang dalam rumah pun dia angkut sekali. Sewa dah 2,3 bulan tak bayar. Sebab itu deposit itu perlu ada. Ingat rumah ni harga dia boleh beli 3 ikat sepuluh ringgit ke? Komitment besar nak bayar.

Kesimpulan

Bila kita nak claim orang lain untuk jangan fikir duit je, kita juga kena letakkan diri kita pada tempat mereka. Kita tahu nak menyewa sekarang bahkan untuk membeli rumah bukan mudah. Jadi cuba lah rangka kewangan kita elok-elok. Selesaikan hak mereka yang kita perlu tunaikan. Memang ada je Tuan Rumah bengongnya tak bertempat dan tak berwaktu, tapi bila macam tu jangan lah sewa dari dia. Banyak lagi rumah lain.

Perlukan bantuan dalam penjualan atau pembelian rumah? Atau mungkin sewa? Klik SINI untuk keterangan lanjut.

Kongsi Artikel Ini
Tajul Rijal Annuar
Tajul Rijal Annuar

Tajul Rijal adalah seorang Usahawan dan Perunding Hartanah. Beliau adalah salah seorang pengasas Kakiproperty.com.

Di masa lapang nya beliau suka menikmati sushi dan makanan korea bersama adik nya serta bermain bersama anak buahnya, Amsyar dan Cik Min.

Beliau pakar dalam digital marketing dan hebat dalam teknik sales. Selain itu, beliau juga Perunding Hartanah berpengalaman yang telah membantu klien nya menjual hartanah mereka dengan jayanya.

Untuk konsultansi, boleh whatsapp beliau di 0182407720

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *