Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Perkongsian ini di bawakan oleh En Syahrizat Halid. Beliau merupakan seorang usahawan, perunding hartanah dan juga merupakan interior designer Reno & Rent Brothers, dan beliau pernah gagal berniaga. Jika Tuan Puan memerlukan khidmat beliau boleh menghubungi beliau melalui page tersebut.
Ini kisah tahun 2003, kisah kegagalan diri saya sendiri. Ia boleh dikatakan sejarah paling hitam dalam hidup saya… Cuma selepas berberapa tahun, saya bersyukur perkara tersebut berlaku ketika usia saya 25 tahun, jadi saya ada peluang dan kuderat tenaga untuk saya bangkit semula.
Akibat terlalu positif dalam hidup dan terlalu percaya, setiap masalah kita mampu selesaikan. Juga, mudah terpesona dengan cerita cerita mudah orang berjaya.
Itulah punca saya gagal.
Saya tak pasti, apa yang mendorong saya untuk mulakan perniagaan itu sedangkan saya sendiri tidak memahami perniagaan tersebut. Nak tahu apa jenis perniagaan yang saya ceburi?
Saya tak pasti bagaimana saya boleh terfikir untuk mulakan perniagaan “Pakaian Dalam Dan Aksesori Wanita” walau saya lelaki. Tapi saya ingat berikut ini adalah kronologi yang menjadi pendorong kepada bermulanya idea untuk saya mulakan perniagaan tersebut;
1) Asalnya kelebihan perniagaan ibu bapa saya adalah bidang permakanan, tetapi saya lihat perniagaan makanan ni seperti sukar untuk diwariskan. Sukar nak saya wariskan kepada anak anak dan cucu cucu. Dan saya lihat, perniagaan ini terlalu bergantung kepada tukang masak.
Jadi saya fikir harus ubah mindset, mulakan sesuatu yang baru. Saya fikir perniagaan itu, lebih ringkas tidak perlu ibu bapa hempas pulas berniaga dan masak pagi petang. Kata kuncinya, ubah nasib seluruh keluarga.
2) Saya melihat ketika itu, kosmetik juga pasaran yang baik dan mudah. Dan, terutamanya golongan wanita agak kurang berkira untuk berbelanja terutamanya melibatkan produk produk kecantikan. Ini berdasarkan, berberapa pengalaman saudara terdekat yang menjalankan perniagaan melibatkan bisnes kosmetik. Puas berjalan sana sini melihat perkembangan bisnes dalam bidang kosmetik.
3) Perniagaan kosmetik butik, dilihat mudah kerana operasinya tersedia lagi lagi ia “franchise” dan produk tersedia dan marketing plan juga, sudah sedia. Sepatutnya saya sukar untuk gagal.
4) Isteri dan ibu saya juga wanita, jadi saya percaya perniagaan yang saya ambil melibatkan barangan wanita masih kita boleh lakukan. Walaupun, saya ingat isteri saya ketika itu hanya berusia 20 tahun.
Berdasarkan perkiraan diatas, saya mengambil keputusan untuk meneruskan perniagaan butik “Pakaian Dalam dan Aksesori Wanita”.
Maka, setelah menanda tangani kontrak dan membayar sejumlah Rm 25k franchais fee, bermulalah perjalanan hidup perniagaan saya sekeluarga, dari awal kami pergi menjalani latihan kursus di Teluk Intan sekeluarga. Memulakan sewaan kedai dan renovasi butik juga sekitar 15k.
Ada yang tanya, banyak betul duit saya ada sebanyak tu ketika usia 25 tahun ada wang sebanyak tu, saya ingat ia adalah hasil dari wang ESOS syarikat tempat saya berkerja dan rezeki mendapat ESOS ketika itu lebih kurang 40k ke 50k jika tidak silap. Juga ada bantuan dari keluarga.
Setelah melalui perniagaan tersebut, semuanya jadi tidak betul… Hanya 3 bulan pertama sahaja ada jualan…. dan seterusnya semuanya jadi huru hara…..
Saya ingat ketika itu, saya terpaksa menggunakan gaji bulanan saya yang ketika itu hanya Rm 2800 sebulan untuk membayar semua bayaran bulanan rumah dan 2 biji kereta iswara dan kancil….. Satu ketika, saya ingat lagi semasa kereta kami ditarik oleh syarikat pembiaya kenderaan….. Bayaran bank rumah dan kereta mula kucar kacir…. Mula NPL sana sini….
Puas saya dan ibu bapa ketika itu mengedarkan flyer, di pasar malam dan shopping mall…. Edar di tempat letak kereta…. Huh
Paling saya risau, bila pendapatan sudah tiada dan makin menyusut…. Kita kadangkala sukar kawal emosi… Cepat marah dan akhirnya selepas 7 bulan saya berhenti teruskan perniagaan tersebut…..
#1 – Kerana saya lakukan tanpa saya benar benar faham produk produk yang ingin saya jual, “Pakaian Dalam” dan aksesori wanita…. apa anda boleh fikir yang saya tahu….. Ha Ha Ha jangan kata faham….. Pakai pun tidak pernah, apa lagi gincu…. adehhh macamana saya nak jual kalau saya sendiri tak cuba….
#2 – Kerana saya dari awal saya mengharapkan orang lain yang jadikan perniagaan saya berjaya….. Saya mengharapkan isteri dan ibu saya bantu….. bidang kosmetic perlu lebih lagi, jika sendiri kurang bergincu…. macamana nak jual gincu…..
#3 – Kerana ia bukan benar benar perniagaan yang saya suka, ia cuma perniagaan yang saya rasa mampu boleh buat tetapi saya tiada…. Setiap kali saya terpaksa kerja lebih masa, saya rasa cepat penat….. mungkin psykologinya, saya tak suka kerja tersebut dan akhirnya saya tidak menikmati kegembiraan melakukannya…..
#4 – Kerana saya hanya ada cukup cukup sahaja modal…. kalau ada pun takde banyak mana….. By right, modal harus ada sekurang kurangnya 10 bulan kos operasi paling sikit….
Namun, saya masih bersyukur kerana;
#1 – Saya tidak membuat pinjaman dari mana mana bank untuk mula berniaga, maka jika saya “exit” atau gagal perniagaan tersebut, sekurang kurangnya saya tiada tanggungan hutang akibat kegagalan tersebut walaupun sedikit rasa rugi wang yang saya hilang
#2 – Saya telah belajar, untuk berjaya saya perlu mentor. saya perlu ilmu dan saya perlu kenal industri yang saya mahu ceburi juga produk yang saya nak jual
3# – Saya gagal ketika usia saya muda, jadi saya ada ruang masa untuk mulakan tindakan korreksi atau tindakan pembetulan. Bayangkan jika saya mulakan perniagaan ketika usia saya hampir pencen atau menggunakan wang pencen.
4# – Saya belajar, untuk mulakan berniaga saya tidak semestinya perlu modal yang banyak…. Kita boleh pilih berniaga mengunakan modal kuderat. modal tenaga. modal usaha. modal ilmu dan modal tindakan.
5# – Saya belajar, kita harus buat perkara yang dekat dengan diri kita. Yang kita suka… Yang kita tahu dan kita mahir. Jika kita buat perkara yang kita suka, maka kita akan lebih ceria dan suka melakukannya tanpa rasa bebanan.
7# – Saya belajar, walaupun kita positif dengan apa yang kita buat. Kita kena tahu potensi “threat” atau potensi bagaimana punca yang menyebabkan kita boleh gagal.Lagi baik, belajar juga pengurusan risiko.
8# – Ini paling penting, betulkan niat kita. Percaya dengan kuasa Allah yang Maha memberi rezeki dan sentiasa berikan yang terbaik pada hambaNya…. Kadang kadang bukan apa, ketika susah pun kita lupa Dia, ini masa kita senang. Percayalah rezeki Allah yang beri. Usaha dan sentiasa dekat denganNya.
Untuk saya bangkit, bangun dari gagal bukan satu perkara mudah…. 3 ke 4 tahun untuk bangun semula…. Ia kisah yang bukan menyeronokkan. Ia bukan mudah untuk dilalui.
Inilah kisah kegagalan saya yang gagal lebih 70k di awal usia muda, mungkin bagi sesetengah orang biasa berniaga 70k itu tidaklah besar nilainya.
Untuk saya, ia adalah yuran yang cukp cukup mahal dan tidak termasuk lagi kos kos tekanan perasaan juga kos kos kesan buruk emosi terhadap saya dan keluarga.
Saya harap, ini kisah yang anda boleh jadikan panduan jika ingin mengubah nasib…. dan mungkin mahu mulakan perniagaan.
Perkongsian ini di bawakan oleh En Syahrizat Halid. Beliau merupakan seorang usahawan, perunding hartanah dan juga merupakan interior designer Reno & Rent Brothers. Jika Tuan Puan memerlukan khidmat beliau boleh menghubungi beliau melalui page tersebut.