Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Gila Ke Buat Rumah Tengah Jalan Raya? Kat atas ni di Shanghai di mana sebuah rumah ni, memang berada betul-betul tengah jalan, dan orang yang drive kat situ terpaksa mengelak. Alkisahnya, pada tahun 2003, dia telah dapat notis untuk berpindah oleh kerajaan tempatan untuk pembangunan lebuhraya. Tapi dia tak puas hati dengan pampasan yang ditawarkan. Jadi, dia berdegil dan tak nak berpindah walaupun tingal rumah dia seorang sahaja. Lagi dahsyat, bila kerajaan dah buat jalan, dan rumahnya berada di tengah-tengah jalan, masih tetap tak nak berpindah.
Xu, mati-mati tak nak jual rumah dia, tapi akhirnya dia jual jugak bila pemaju menawarkan empat buah rumah flat baru bersama dengan wang tunai 2.4 juta yuan (RM 1.46 juta) bulan lepas. Rumah tu telah pun berjaya dirobohkan beberapa bulan lepas.
Walaupun ramai yang menarik nafas lega, bagi keluarga Xu, nak bertahan 14 tahun sampai mereka ditawarkan pampasan yang berbaloi bukanlah perkara yang mudah. Zhang Xinguo, menantu lelaki Xu meyatakan yang setiap mereka umpama mempertaruh nyawa mereka dalam rumah tu. “Ianya sangat bising setiap masa, terutama lewat malam dengan trak lalu di situ, dan ibu mertua saya meninggal dunia sebab serangan jantung tiga tahun lepas”. Tambah dia lagi, selain bunyi bising, habuk, dan risiko keselamatan, mereka juga menghadapi tekanan psikologi.
Sebenarnya rumah Xu bukanlah satu-satunya “rumah paku” ataupun “Nailed House” di negara China. Rumah paku ni adalah gelaran di China untuk rumah yang degil tak nak pindah, dan berada di tengah-tengah kawasan pembangunan. Jom kita tengok rumah paku yang ‘famous’ di sana.
1) Ini di Hangzhou. Kalau anda tengok, sepatut jalan raya tu nak dibina ‘straight’ macam jalan biasa, tapi, pemilik tanah tersebut enggan menjual tanah dan bangunan di situ. Nak buat macam mana lagi, terpaksa pemaju buat jalan mengelilingi tanah tersebut.
2) Yang ni pulak di Sichuan, kes lebih kurang dengan Xu, pemilik tak puas hati dengan pampasan. Walaupun bekalan elektrik dan air dah dipotong, sepasang suami isteri dah tua tetap tak nak berpindah walaupun kena memanjat 20 meter untuk naik ke rumah. Risau runtuh je tanah tu.
3) Kalau tadi atas tanah, yang ni berada di bawah tanah. Lokasi di Hubei. Pemaju naikkan tanah sekeliling rumah tu, menyebabkan rumah tu seakan ‘ditelan bumi’. Bekalan elektrik dan air pun dah dipotong. Masalahnya bila hujan, air bertakung di kawasan rumah. Tetap tak mengalah.
Kat Malaysia ada tak macam ni? Kalau anda di situasi mereka, apa akan anda buat? Jual jugak walaupun tak berbaloi, atau jadi rumah paku bertahun-tahun?
Rujukan: ChinaDaily
[…] valuer yang bagi nilai tu, itu adalah nilai tuntutan pemilik rumah/tanah. Korang dah baca artikel RUMAH PAKU sebelum ni? Kali ni terjadi di negara […]