Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Sepanjang bulan ini, kita di kejutkan dengan beberapa kisah kematian yang sememangnya memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Antaranya kemangkatan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat .
Kali ini, penulis ingin berbicara mengenai pengurusan harta selepas kematian. Dalam skop yang lebih kecil, penulis percaya kebanyakan si mati pasti meninggalkan harta kepada warisnya. Apa yang berbeza hanyalah peninggalannya dalam jumlah yang banyak atau sedikit. Tidak dinafikan juga yang tidak meninggalkan apa-apa harta pada waris.
Apa yang perlu dilakukan oleh waris dengan harta tersebut? Hari ini, masyarakat lebih mementingkan tuntutan harta pusaka setelah berlakunya kematian individu. Benarkah perkara pertama yang perlu di lakukan adalah menuntut HARTA PUSAKA? Ada juga yang bertelagah antara menuntut perlaksanaan wasiat atau harta pusaka. Yang mana perlu ditunaikan dahulu. Tipulah kalau ada segelintir dari kita tidak berebut-rebut dengan harta itu.
Bukan perkara baru dalam kalangan masyarakat menuntut hak harta si mati!
Gunakan harta si mati untuk tujuan pengurusan jenazah. Bermula dari dimandikan sehinggalah dikebumikan.
2 jenis hutang yang perlu diselesaikan. Hutang Allah SWT dan Hutang dengan manusia! Hutang dengan Allah SWT antaranya, Zakat, Kifarah, Nazar, Haji dan Fidyah. Bagaimana untuk tahu jumlah hutangnya? Disinilah kita perlu menganggarkan jumlah yang di tanggung oleh si mati.
Tunaikan wasiat jika si mati ada meninggalkan wasiat. Urus wasiat tidak melebihi 1/3 daripada harta si mati. (perlu fokus untuk topik wasiat)
Ini penting, utamakan dulu bahagian pasangan si mati. Pasti kedua-dua mereka telah menyumbang untuk memiliki harta. Harta sepencarian ini hanya diketahui oleh pasangan dengan si mati. Jadi, jumlah tuntutannya hanya di ketahui oleh mereka. Contoh, jika si bapa meninggal, pasti ibu berhak menuntut harta sepencariannya.
Setelah selesai urusan kelima-lima di atas. Baki yang tinggal bolehlah di bahagiakan secara faraid kepada mereka yang berhak.
** Kenapa ikut urutan? Sekirannya harta si mati digunakan untuk no. 1 dan no.2 dan telah habis hartanya. Maka, tiada apa lagi yang boleh di tuntut oleh waris. Sekarang anda dah faham kenapa semua orang terus lompat ke nombor 5?
Kegunaan dan pengurusan harta si mati perlu di laksanakan secara berturutan. Maknyanya dari nombor 1 sehingga 5. Tetapi, hari ini ada segelintir yang terus lompat ke nombor 5! Kenapa?
Hari ini, ilmu ini semakin dilupakan. Sedangkan banyak manfaat yang di perolehi bila kita mempraktikkannya. Benar, kerana harta keluarga jadi berpecah belah, naik turun makhamah dan akhirnya nilai perolehan harta menjadi sedikit. Maka pelajarilah ilmu ini, supaya kita terhindar dari melakukakn perkara yang bertentangan dengan syariat.
“Pelajarilah ilmu faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku akan mati, ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau-bilau. Sehingga apabila dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka
tidak dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan kes mereka.”
(Riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas’ud r.a.)
“Pelajarilah ilmu faraid kerana ia sebahagian daripada agama kamu dan ia adalah setengah daripada ilmu. Ia juga adalah ilmu yang pertama dicabut daripada umatku.”
(Riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah r.a.)
Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit ilmu kepada pembaca. Kongsikan ilmu ini bersama-sama supaya mendapat manfaat semua.
Jika ada sebarang komen, atau pendapat bolehla tulis diruang komen ya.
Jangan lupa untuk like FB kami di
FB : Kaki Property
#kakiproperty