Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Mesti ramai yang tahu pasal IKEA. Selain dari nak beli perabot comel-comel, IKEA ni tempat feveret nak cari makan. Biasa orang cari meatball dia lah. Tapi saya suka dia punya Salmon dan Lamb ribs. Tapi tahukah anda, IKEA ni di mulakan sejak tahun 1943 lagi. Tetapi bagaimana IKEA bermula?
IKEA diasaskan oleh Ingvar Kamprad. Ingvar Kamprad dilahirkan pada tahun 1926 di sebuah kampung di Agunnaryd di selatan Sweden. Sejak kecil lagi Ingvar ni memang suka berniaga. Mungkin dah ada dalam darah keturunannya kerana keturunan ibu nya juga adalah peniaga di Aimhult dan bapanya serta datuknya juga peniaga.
Sejak berumur 5 tahun dia mula berniaga. Mula nya dia menjual mancis, kad krismas, ball point dan barang-barang kecil secara menaiki basikal. Waktu itu, dia tak kira sangat untung nya. Ingvar cuma suka menjual.
Ketika dia berusia 17 tahun, bapa Ingvar memberinya sedikit duit sebab dia ni budak bijak kat sekolah dan dapat markah yang baik. Ingvar, dengan semangat nak berniaga, terus memulakan syarikatnya yang dinamakan IKEA.
Asal nama IKEA adalah huruf depan bagi namanya dan tempat-tempat yang dekat di hati nya.
IKEA itu adalah hasil dari nama I untuk Ingvar, K untuk Kamprad, E untuk Elmtaryd dan A untuk Agunnaryd
Waktu ini Ingvar belum menjual lagi perabot. Dia akan merantau ke seluruh selatan Sweden mencari produk yang bagus untuk di jual. Bijak nya dia, dia menggunakan teknik pengiklanan melalui tempahan surat. Dulu bukan macam sekarang. Orang sekarang beli guna online je dah sampai.
Ingvar gunakan konsep jualan menggunakan tempahan di mana pembeli akan lihat newsletter barang-barang untuk di jual dan akan membuat tempahan melalui surat menyurat. Old school betul. Dan dalam usia muda, dia menjalankan bisnes nya waktu kena pergi National Service (macam kita punya PLKN lah)
Pada tahun 1948 adalah bermulanya IKEA menjual perabot. Ingvar mendapatkan bekalan perabot daripada kilang perabot berdekatan rumahnya. Kemudian dia membuat satu brochure , IKEANews untuk mengiklankan produk yang ada termasuk sofa bed dan chandeliers.
Oleh kerana Ingvar ini Dyslexic, dia sukar untuk hafal dan faham kod nombor yang biasa orang guna. Jadi dia comes up dengan menamakan perabot-perabot tu dengan nama tersendiri. Sebab tu datangnya meja dengan nama Ingartop dan kerusi bernama Dalfred.
Bisnes beliau berkembang dan kemudian Ingvar cari seorang pekerja. Pada hujung tahun nya dia ada 8 orang pekerja hingga pada tahun 1959 IKEA mempunyai seramai 100 orang perkerja.
Sebelum ini Ingvar hanya menjalan kan bisnes melalui tempahan sahaja tanpa ada kedai fizikal. Pada tahun 1950an, bisnes melalui tempahan ini mengalami persaingan yang sengit. Oleh kerana untuk bersaing harga, banyak penjual menjual barang tidak berkualiti.
Oleh itu, Ingvar berpendapat IKEA perlu kedai fizikal di mana pelanggan boleh melihat sendiri perabot sebleum membeli. Ianya adalah permualaan bisnes model IKEA sekarang di mana tempahan dan kedai perabot berjalan seiringan.
Keputusannya betul menjadi. Tambah lagi ketika pembukaan kedai nya, Ingvar memberi kopi dan roti bun percuma kepada pelanggan adalah batu asas kepada restaurant IKEA yang ada sekarang.
Pada tahun 1965 pula, oleh kerana persaingan dan permainan kotor dari pesaing yang cuba menjatuh kan IKEA, maka IKEA pun bermula untuk mereka sendiri perabot mereka sehingga lah sekarang.
Kalau kita beli barang IKEA ni, kita tak akan dapat barang macam kat kedai perabot bhai Pakistan yang dah siap pasang dan angkut pakai lori. Di IKEA kita akan beli perabot tu yang dah siap pack dalam kotak dan kita akan pasang sendiri di rumah.
Ianya bermula apabila seorang lelaki iaitu Gilis Lundgren sakit hati sebab tak dapat masukkan meja kedalam kereta nya. Lalu dia cabut kan kaki meja tersebut dan selitkan di bawah.
Dengan cara ini sebenarnya banyak kebaikan yang boleh di dapati. IKEA dapat mengurangkan kos buruh untuk pemasangan , pengangkutan dan juga untuk storage perabot-perabot IKEA. Dengan itu perabot IKEA tersebut boleh di jual dengan lebih murah kerana banyak kos dapat di kurang kan.
IKEA berkembang dengan sangat laju. Ia mula membuka cawangan di Denmark (1969), Switzerland (1973), Germany (1974) , Australia (1975) , Canada (1976), Austria (1977), Belanda (1979) dan negara-negara yang lain lagi.
Strategi nya mudah. Sebelum masuk ke sesebuah negara, IKEA akan memulakan hubungan dahulu dengan pembekal tempatan serta memahami undang-undang setempat, budaya, sokongan kewangan dan politik serta mengkaji idea yang akan memudahkan pembukaan syarikat mereka di negara tersebut. Macam bila IKEA di buka di Malaysia lah. Yang hasilnya tiap hari penuh je IKEA di Damansara dan baru-baru ni di Cheras.
Selari dengan pengembangan IKEA, Ingvar mahu menerapkan nilai kepada syarikatnya. Pada tahun 1976, Ingvar menulis visi nya di dalam sebuah makalah dinamakan The Testament of a Furniture Dealer dan di hadiahkan kepada ke semua staf nya sebagai hadiah krismas. Makalah ini diberikan kepada semua staff hingga kini untuk menerap kan nilai Ingvar kepada staf nya.
Antara nilai yang diberikan adalah bagaimana untuk menghargai masa iaitu membahagikan masa dalam hidup kita setiap 10 minit dan menggunakan setiap 10 minit untuk benda berharga dan tak membazirkan nya.
Pada tahun 1986, Ingvar memberi laluan kepada Anders Moberg sebagai presiden dan CEO yang baru. Moberg sudah berkerja bersama Ingvar selama 30 tahun dan ketika beliau menjadi CEO yang baru IKEA semakin berkembang pesat ke seluruh dunia sebelum tampuk kepimpinan IKEA di serahkan pula kepada Anders Dahlvig.
1. Bermula Awal
Ingvar bermula seawal umur 5 tahun. Dia buat kerana passion. Dia memang suka berniaga. Itu membentuk sikap. Kemudiannya pada seawal umur 17 tahun dia dah mulakan sendiri IKEA.
2. Kerja Usahawan Adalah Menyelesaikan Masalah
Ingvar nampak masalah yang di hadapi oleh pembeli. Pembeli mahukan perabot yang murah. Dia dapat kan perabot yang murah pada awal perniagaannya. Kemudian bila dia melihat masalah dihadapi pelanggan iaitu perabot murah biasanya tak berkualiti, dia kemudiaannya membina kedai perabot fizikal supaya pelanggan boleh pilih dahulu dan lihat dahulu.
3. Waktu Awal Tak Perlu Jual Produk Sendiri. Pasarkan Produk Orang Dahulu.
Pada awal permulaan berniaga, Ingvar hanya menjual produk orang lain. Dia tak galak sangat lah nak jadi founder produk dan menjual produk sendiri yang akhirnya produk tersimpan bawah katil , berhabuk dan kita menangis tepi bucu katil. Ingvar dari awal menjual produk orang lain. Dari kotak mancis hingga lah perabot. Hinggalah pada tahun 1965 baru lah dia mereka sendiri produk nya.
4. Bermula Beransur-Ansur. Tak Perlu Ada Kedai Sendiri Pada Awal Perniagaan.
Model bisnes nya pada awal adalah mengambil tempahan melalui surat (mail order). Hanya beberapa tahun selepas itu ketika sampai keperluan untuk membuka kedai nya sendiri maka dia buka kedai fizikal.
5. Selesaikan Masalah Yang Pesaing Kita Tak Boleh Selesaikan.
Ingvar nampak masalah biasa di hadapi pelanggan adalah barang tak berkualiti. Maka dia buat kedai fizikal tetapi tetap mengekalkan konsep tempahan. Pelanggan susah nak bawa masuk barang ke dalam kereta. Jadi dia buat flat packaging. Semua itu tak dapat di selesaikan oleh pesaing nya sebelum ini.
6. Terus kan Berkembang
Ingvar bermula seorang. Kemudia dia menggajikan seorang perkerja. Setelah tak berapa lama, dia menambah kepada 8 orang pula dan menjadi 100 orang. Dia berkembang mengikut keperluan dan bukan terus buka kedai renovate mahal-mahal dan gajikan 20 orang staf. Boleh mati kering bang kalau bisnes tak jalan. Ingvar bermula kecil hingga akhirnya menjadi besar ke serata dunia.
7. Syarikat Perlu Ada Nilai dan Setiap Warga Syarikat Perlu Faham Dan Amalkan Nilai Itu.
Ingvar menerapkan nilai yang dia percaya kepada syarikatnya. Dia menulis makalah untuk perkerja nya baca dan fahamkan. Ia nya jadi budaya syarikat. Budaya ini membentuk nilai yang baik yang di amalkan syarikat.
8. Percayakan Staf dan Beri Mandat Untuk Berkembang.
Ingvar tahu untuk berkembang lagi, dia perlu melepaskan jawatan nya sebagai CEO dan memberikan nya kepada orang yang dia percaya. Dari hal itu, IKE berkembang lebih pesat di bawah kepimpinan baru.