Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Entri kali ini mungkin akan menyebabkan beberapa pembaca panas punggung. Mungkin pembaca akan berfikir bahawa Kaki Property menyokong tindakan Kak Anis. Tidak sama sekali! Entri ini hanya mahu menunjukkan bahawa pelaburan hartanah bukan industri yang mudah untuk di tempuhi. Tanpa ada kecekalan dan kesabaran. Ada yang sudah memiliki 60 biji rumah.
Mindset orang kita, beli rumah tahun ni, tahun depan dah boleh jual mahal. Beli rumah boleh letak sewa tinggi melangit. Ini persepsi yang salah.
Kejayaan tidak akan datang dengan mudah. Ikuti pandangan Tuan Zaidi mengenai pemilikan hartanah yang banyak ini.
Saya nak kongsi serba sedikit pengalaman saya beli rumah. Pengalaman saya,pengalaman orang lain mungkin berbeza dengan pengalaman saya. Bukan nak bandingkan dengan sesiapa. Ini cerita saya bukan cerita orang lain.
Oleh kerana perkara ini sudah lama berlaku, maafkan saya kalau saya ingat-ingat lupa akan fakta dari sudut masa, nombor dan sebagainya yang saya berikan mungkin tidak tepat. Rumah saya beli ketika berusia sekitar 23 tahun, masa itu gaji saya sekitar RM700 sebulan, tidak termasuk OT dan claim, ini pada akhir 90an atau awal 2000. Kebanyakan netizen belum lahir, kalau ada pun mungkin sekolah rendah.
Saya tak nak tulis kisah klise, makin nasi kepal kicap atau makan nasi lauk telur masak kicap sekali sehari(RM1.30 beli kat cafeteria pejabat) dan tidur di bawah meja pejabat selama 3 thun kerana berjimat dan kumpul duit, nak berulang-alik ke rumah mak ayah agak jauh takut terbarai di tengah jalan motor kapcai C70 pinjaman arwah Ayah dan kalau nak merasa makan sedap dan tidur sedap bila sekali sekala balik rumah keluarga dan outstation jer. Itu semua cerita dan kisah klise.
Semasa saya beli pangsapuri pertama saya berharga RM95K dengan diskaun pemaju di Bandar Sri Putra, Bangi. Saya Cuma keluarkan modal booking RM1K sahaja selebihnya pembiayaan penuh oleh pihak bank. 3 bulan kemudaian saya pun dapat kunci rumah, selama satu tahun rumah itu kosong tanpa penghuni kerana saya tidak tahu bagaimana nak sewakan rumah itu. Selepas itu saya sewakan RM500 setiap bulan. Saya bayar bank lebih tinggi dari sewaan yang saya kutip.
5 tahun kemudian saya beli rumah kedua. Saya tidak mahu kisah rumah pertama berulang (sewa lagi rendah dari bayar bank), saya beli unit yang mempunyai GRR (Gurantee Rental Return) pada harga RM85K dan skim ini cuma bertahan selama 3 tahun sebelum ianya runtuh dan saya kini masih membayar ansuran rumah tersebut yang sehinggan kini kosong tanpa penyewa. Saya tidak jual sebagai satu peringatan betapa bodohnya saya satu ketika dahulu.
Setelah saya taubat tak sanggup nak jadi bodoh, saya habiskan ribuan ringgit untuk belajar selok belok tentang hartanah, jual motor besar dan semua koleksi kesayangan saya dan bertemu dengan mentor-mentor saya dalam bidang ini, salah seorang darinya memiliki lebih 700 unit hartanah dalam pelbagai sektor antaranya rumah kedai, lot komersial, ruang pejabat, bangunan, kediaman, tanah , kilang dan sebagainya.
Setelah belajar dan menimba ilmu dalam hartanah, pada satu ketika saya boleh membeli 3 hingga 5 hartanah dalam sekalian pembelian, dalam masa kurang dari 5 tahun saya sempat mengumpul lebih 20 buah hartanah ketika itu, ketika umur saya 32 tahun saya bersara dan berjaya memiliki RM1 JUTA saya yang pertama (my first million kata orang jawa)
Namun langit tidak sentiasa cerah , pada akhir usia saya 33 tahun semuanya runtuh dan saya terpaksa menjual 11 hartanah yang saya miliki dan masih tidak mejual pengangang saya dalam beberapa perniagaan. Saya berhutang lebih RM2 juta biarpun setelah menjual 11 hartanah yang saya miliki.
Sehingga kini saya masih membayar sebahagian kecil daripada hutang tersebut sebagai peringatan kepada diri saya tetapi takda la berjuta mcam dulu. Saya tidak pernah muflis, cuma hampir-hampir sahaja. Saya tahu perasaan orang berhutang (been there, done that and got the T-Shirt orang Jawa kata). Pada satu ketika saya pernah mempunyai lebih 18 kad kredit pelbagai warna. Belum lagi dikira pinjaman peribadi. Mungkin sebab itu ramai yang kenali saya sebagai pakar hutang.
Ini Cuma sebahagian kecil risiko dari pelaburan hartanah dan pernjiagaan, saya memiliki kedua-duanya. Hanya yang berjiwa kental dan berani sahaja yang mampu mengharunginya. Kalau baru beli 6 buah hartanah netizen dah meroyan, korang belum jumpa lagi mereka yang memiliki ribuan hartanah dan puluhan serta ratusan perniagaan. Bunyi macam best , cuba la kalau berani. Itupun kalau berani tanggung risikonya.
Saya berhenti kerja makan gaji berusia 25 tahun. Saya fokus pada perniagaan dan pelaburan terutama hartanah. Tidak saya nafikan, mosal utama saya datang dari luar negara. Sejak umur saya 27 tahun saya merantau dan tunggal di luar negara mencari pengalaman. Bunyi macam best, cuba la sehelai sepinggang merantau dan mencuba nasib di luar negara, itupun kalau berani la.
Alhamdulliah, kini saya berusia 43 tahun, syarikat saya kini menguruskan lebih 60 biji rumah (hartanah) dan hampir 400 penyewa serta perniagaan sampinganya. Saya pernah hadapi 3 kali krisis ekonomi tahun 97/98, 2006/2008, 2014/2015 dan insyaallah kalau panjang umur krisis tahun 2018/2020 pula. Jangan hanya baca kisah kejayaan (ada kalanya belum berjaya pun), ketahui juga kisah suka duka bagaimana mereka berjaya.
Ikut jejak langkah mereka kalau berani, jangan hanya sekadar berani menaip di papan kekunci handphone sahaja sedangkan nak beli seluar dalam atau tudung pun masih minta duit mak ayah lagi atau hutang lama mak ayah masa kahwin dulu pun masih belum langsai sedangkan anak dah masuk dua.
Semua orang boleh berjaya tetapi bukan semua orang mempunyai kesanggupan untuk berjaya dan lalui perjalanan kejayaan yang penuh liku dan pahit terutama jika hanya punya nafsu besar yang besar tetapi jiwa yang kecik, hidup kita sepadan dengan usaha kita., sanggup berusaha lebih maka lebih la hidu kita, kalau memiliki jiwa yang kecik maka hidup kita juga akan kecik, yang mampu kita lakukan hanya merungut dan salahkan orang lain kerana kekecilan jiwa yang kita miliki.
Takda masalah kalau gaji kecik punya banyak rumah jangan harap gaji besar satu rumah pun takda, harap jangan punya hidup yang tragis, orang lain kumpul harta tetapi kita Cuma sempat kumpul beban semasa hidup kita. Harta boleh di sedekahkan, di infaq dan di waqafkan, kalau hanya mampu di tinggalkan cuma beban? Itu memang tragis.
Waallahualam.
Itu pandangan Tuan Zaidi. Kita perlu lihat bagaimana cara beliau menempuh liku-liku untuk berjaya. Bukan melihat kejayaan semata-mata. Mungkin ada yang masih berbunyi. Dulu rumah murah, bolehlah beli. Sekarang mahal. Tak mampu! Tepuk dada tanya selera, kalau tak berusaha kita tak kan berjaya. Kalau tak bertanya, kita takkan tahu apa rahsianya. Kekayaan takkan jatuh dari langit, melainkan kamu berusaha dan Allah SWT turunkan rezeki buat kamu.
Sekian.
Rujukan: