Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Fasa pertama Projek MRT telah pun siap dibina dan telah pun beroperasi sepenuhnya. Mungkin ada tertanya apa kebaikan projek MRT ni untuk rakyat.
Sebelum tu, kita nak kena tau dulu apa sebenarnya projek MRT yang sering naik di TV dalam berita terutamanya.
Mengikut Suruhan Jaya Pengangkutan Awam, Aliran Transit Massa (MRT) Lembah Klang (KVMRT) adalah salah satu projek infrastruktur pengangkutan awam darat yang terbesar dilaksanakan di Malaysia setakat ini.
Projek ini termasuk di dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), bertujuan untuk meningkatkan integrasi dan kecekapan pengangkutan awam bandar.
Laluan 1 ni adalah yang sedang beroperasi sekarang. Laluan ni bermula di Sungai Buloh dan melalui pusat bandar Kuala Lumpur sebelum berakhir di Kajang.
Banyak gak tempat shopping yang MRT ni lalu macam One Utama, area Sunway Pyramid, dan beberapa lagi pusat tumpuan.
Laluannya sepanjang 51 km dan ada 31 stesen, kalau naik KTM jenuh ni menunggu. Tapi MRT kekerapan perjalanan dikatakan setiap 3.5 minit.
Bagi laluan kedua pula, laluan yang dijangka akan dibina adalah dari Sungai Buloh ke Serdang dan ke Putrajaya. Lepas ni nak pergi office kat Putrajaya dah boleh naik MRT ja. Laluan ketiga belum rasmi lagi.
Jom kita bincang sama-sama kebaikan projek MRT ni.
1) Memudahkan menambahkan pilihan perjalanan rakyat yang menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat-tempat yang menjadi tumpuan atau tempat kerja.
2) Menjimatkan kos pengguna. Jika sebelum ni sesorang terpaksa menggunakan teksi untuk bergerak dari sungai buloh ke One Utama, sekarang dah boleh guna MRT je. Banyak dapat jimat.
3) Masa perjalanan dapat disingkatkan. Kalau benar kekerapan perjalanan sebanyak 3.5 minit, boleh dikatakan anda sampai je stesen MRT, dah boleh terus boleh naik dah. Terus bergerak ke stesen seterusnya tanpa perlu mengharungi traffic jam kalau guna kereta.
4) Mengurangkan kesesakan jalan. Mungkin tak nampak ketara sangat sebab jalan sentiasa akan sesak. Cuma rakyat dah ada pilihan untuk guna pengangkutan awam daripada menggunakan kereta untuk ke satu tempat.
5) Mengurangkan pencemaran udara. Bunyi dah macam essay budak sekolah dah tapi hakikatnya kalau dapat megurang penggunaan kereta, yes, pencemaran udara dapat dikurangkan sedikit.
Ini apa yang dapat kita lihat setelah MRT laluan 1 tu beroperasi. Kalau yang berpengalaman guna MRT ni tiap-tiap hari boleh la kongsi dengan kami.
BACA LAGI: Hotspot Hartanah Dengan MRT