Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Kenapa kita perlu jadi kaya?
Siapa je kat muka bumi ni yang tak nak kaya. Kalau boleh semua orang nak jadi kaya. Kaya ini boleh didefinisikan dari pelbagai sudut, sama ada kaya ilmu, kaya jiwa, kaya harta dan banyak lagi. Bukan kaya roti tu ye.
Terpulang pada pemikiran masing-masing. Lain orang, lain pendapatnya. Dalam artikel ni, saya akan fokus terhadap kaya harta dan sebab mengapa ramai memilih untuk menjadi kaya.
Semua orang ada impian dan goal target masing-masing. Seperti nak rumah besar, kereta mewah, barangan branded dan macam-macam lagi. Tak salah pun nak ada impian besar-besar ni. Dengan adanya impian ni, ia umpama berjanji pada diri sendiri untuk push diri berusaha lebih keras dalam mencapai sesuatu. Kalau orang lain boleh jadi kaya, takkan aku tak boleh?
Mesti rasa syok kan kalau kita mampu beli banyak benda dengan hasil titik peluh sendiri. Jauh berbeza berduit dengan tidak berduit. Tetapi kebanyakan orang ni, tindakannya tu tak selari dengan apa yang diimpikan. Cakap nak kaya, tapi buat kerja malas, belanja tak ingat dunia. Sah sah sampai ke sudah tak kemana.
Ini bukan namanya janji ditepati. Ini janji dicapati woi.
Ramai yang mungkin tak setuju dengan statement ni, tapi percayalah inilah hakikatnya. Kebiasaannya kita akan dengar ayat ‘Money can’t buy happiness‘. Namun begitu tahukah anda, berdasarkan kajian lebih 20% berlakunya penceraian disebabkan berlakunya krisis kewangan.
BACA: Masalah Kewangan Punca Perceraian
Nak bahagia anak, isteri, ibu bapa kena ada duit. Sebab kita perlukan duit untuk sediakan makan pakai, penjagaan kesihatan, installment rumah, ansuran kereta dan banyak lagi sebab. Semua ni atas dasar keharmonian keluarga. Kesan jangka masa panjang untuk masa depan anak anak dan family kita bermula dari usaha kita sekarang.
Jadi nak bahagia kena berduit.
Di samping itu, anda boleh tetapkan sekali target anda nak jadi kaya bukan semata-mata kaya harta, tetapi kaya amal ibadah juga. Nak pergi haji atau umrah kena ada duit. Nak bayar zakat dan sedekah kena ada duit. Apabila kita kaya, kita boleh bantu ramai orang dan banyak amal yang boleh kita lakukan.
Mesti ramai pernah dengar ni
‘Kaya-kaya bukan boleh bawak masuk kubur pun!’
Percayalah, selagi kekayaan itu disalurkan pada sumber yang betul, seperti sedekah kepada anak yatim, sedekah bina masjid, dan wakaf tanah kubur. Kaya itu kita boleh bawa mati ye. Ini semua dalam bentuk amal jariah dan pelaburan saham akhirat. Cubalah bayangkan berapa banyak dah tu? Kaya dunia dapat, kaya akhirat Insha Allah dapat juga.
Bestkan macam ni? Renung-renungkan.
Makin banyak harta kita, makin banyak juga peluang kita untuk membuat simpanan dan pelaburan. Peluang tu pun kena selaraskan dengan ilmu supaya probability untuk kita buat silap lebih rendah.
Belajar untuk bezakan antara keperluan dan kehendak. Belajar bezakan antara aset dan liabiliti. Belajar menguruskan kewangan dengan bijak, confirm akan ada duit lebihan untuk pelaburan dan simpanan.
BACA: Cara Simpan Duit Dengan Bijak
Umur kian meningkat, kudrat pula mula menghilang. Sampai bila kita mahu bekerja. Anda boleh jamin ke tenaga yang kita ada sekarang akan sama dengan usia kita puluhan tahun mendatang? Buat persediaan awal bermula dari sekarang.
Rugi jika anda bekerja makan gaji dari bulan ke bulan tanpa membuat sebarang bentuk pelaburan. Dengan pelaburan, anda boleh jana income dan anda boleh tetapkan bila nak stop kerja. Umur 40 tahun? 50? 60? Terpulang pada diri. Jadi, anda dapat hidup dengan hasil dividen pelaburan sahaja.
Goyang kaki di rumah, duit tetap ada. Hebat kan.
BACA: Anda Tahu Tak Macam Mana Cara Pelabur Berfikir?
Tak salah pun nak jadi kaya, itu pilihan kita. Andai kaya suatu hari nanti, ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin menunduk. Jangan sampai leka dan mendongak ke langit.
Kaya dengan niat yang baik, pasti wujud corak positif dalam hidup kita. Abaikan bisikan manusia yang cuba menjatuhkan diri. Pekak kan telinga dan jalan terus.
Sekadar perkongsian dan nota buat diri ini juga. Moga ia bermanfaat buat semua dan jangan lupa share ye.