Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Kenapa Menjadi Bujang Tak Elok Untuk Kewangan Anda


Kenapa Menjadi Bujang Tak Elok Untuk Kewangan Anda

Lepas raya ni, ramai yang akan melangsungkan perkahwinan. Dulu datang kad jemputan, sekarang yang datang whatsapp dan jemputan di facebook. Selama hidup bujang, semua hal kita lakukan sendiri. Kita fikir, jadi bujang ni senang dan mudah nak plan semua nya sendiri. Tapi sebenarnya, menjadi bujang tak elok untuk kewangan anda !

Oleh itu kita tengok artikel ni yang saya sediakan bertajuk : Kenapa Menjadi Bujang Tak Elok Untuk Kewangan Anda

1. Pendapatan Anda Kurang Daripada Rakan Yang Dah Berkahwin

Nampak kelakar kan? Sebenarnya tak!

Menurut kajian di Amerika Syarikat, melalui Current Population Survey (CPS) 2013, mereka mendapati bahawa lelaki berkahwin memiliki pendapatan lebih tinggi sebanyak USD 16,000. Ini mungkin terjadi kerana majikan melihat orang yang sudah berkahwin lebih bertanggungjawab.

Ye lah kan. Kalau tak karang, kena buang kerja nak bagi anak bini makan pasir ka. Oleh sebab itu sama ada sedar atau tidak , majikan akan memberi gaji lebih tinggi kepada pekerja berkahwin kerana juga berpendapat mereka ada tanggungan lebih tinggi.

 

2. Risiko Kewangan & Perbelanjaan Lebih Tinggi

Kita ingat kan perbelanjaan kurang kalau jadi single ni. Sebenarnya lagi mahal. Kenapa? Sebab kalau single, semua kena bayar sendiri. Sewa rumah sendiri, duit kereta sendiri, duit bil sendiri, duit makan sendiri. Lagi pulak , bila bujang ni memang tak lah nak masak sendiri. Memanjang beli kat luar. Mahal makan luar ni. Kedai mamak pun makan nasi kosong, kari banjir, ayam seketul dah RM7-8. Tak masuk air lagi.

Kalau berkahwin, perbelanjaan dikongsi bersama. Gaji yang dapat akan dikongsi untuk bayar sewa , duit bil, duit kereta. Makan pun boleh masak sama-sama. Sihat lagi jimat!!

Lagi pula, kata lah salah seorang tiba-tiba kena retrench oleh kerana kegawatan ekonomi semasa ni, seorang lagi masih ada penghasilan untuk bertahan sementara waktu.

3. Lebih Sukar Nak Minta Pinjaman Rumah

Ada dua benda penting kat sini kenapa lebih sukar nak mintak pinjaman rumah. Satu nya harga rumah sekarang gila punya mahal. Gaji seorang memang tak cukup lah. Jadi nak memudah kan lulus loan , kena lah pakai dua nama. Join loan. Kalau bujang, nak join loan dengan siapa?

Yang ke dua pula, setiap bank ada cara penilaian untuk pemohon pinjaman ni. Antara kriteria di lihat walaupun tak lah terlalu berat adalah status perkahwinan. Bank lebih prefer orang berkahwin. Sebab nya sama dengan point nombor 1. Lebih nampak terurus, stabil dan bertanggungjawab.

4. Tak Dapat Berjimat Banyak Dari Cukai

Dalam undang-undang cukai Malaysia, ada keadaan yang lebih menguntungkan untuk dapat penjimatan cukai bagi mereka yang dah berkahwin. Sebagai contoh , pasangan berkahwin boleh file kan cukai mereka bersama atas syarat-syarat tertentu. Dengan sebab itu mereka boleh dapat kan pelepasan cukai untuk beberapa aspek tertentu.

5. Orang Bujang Banyak Hutang

Bila kau ni macam have nothing to lose, tak da risau keadaan anak bini sebab kau bujang, lebih besar risiko yang akan di ambil. Sebab itu banyak yang berani ambil loan peribadi, ambil loan beli kereta or motor sukan. Pakai kad kredit menggila. Dan macam-macam lagi lah kebodohan yang di laku kan.

Kalau kau dah kahwin, nak sign Loan Offer letter tu pun 200 kali fikir. Kalau tak boleh bayar naya aku ni. Kalau bujang ni, sign je. Tak caya?

…………………..

Banyak manfaat nya kan? Jadi kalau dah capai kemampuan, dan mahukan ekonomi lebih baik, boleh lah berkahwin. Yang dah kahwin jangan mengaku bujang 3 pulak.

btw, penulis masih bujang. 

Kongsi Artikel Ini
Tajul Rijal Annuar
Tajul Rijal Annuar

Tajul Rijal adalah seorang Usahawan dan Perunding Hartanah. Beliau adalah salah seorang pengasas Kakiproperty.com.

Di masa lapang nya beliau suka menikmati sushi dan makanan korea bersama adik nya serta bermain bersama anak buahnya, Amsyar dan Cik Min.

Beliau pakar dalam digital marketing dan hebat dalam teknik sales. Selain itu, beliau juga Perunding Hartanah berpengalaman yang telah membantu klien nya menjual hartanah mereka dengan jayanya.

Untuk konsultansi, boleh whatsapp beliau di 0182407720

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *